Sunday, November 3, 2019

DqeeNash Family (^_^)

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.

3 November 2019
Sabtu.
Kini kami telah pun dikurniakan 3 cahaya mata yang comel, riang dan sihat. Hari ini kami telah menyertai program "Dads Stroller Fun Run 2019" anjuran Huggies di Eco Ardence, Setia Alam, Selangor.

Hari ni merupakan kali pertama kami menyertai aktiviti larian sebegini setelah sekian lama "bercuti" sejak Dqeen mengandungkan Husna dahulu dalam tahun 2014. Tahun ni, penghujung 2019, kami sertai semula tetapi dengan 3 orang anak kecil kami, Husna, Huda dan Hasif.

Berikut adalah gambar sekitar program hari ni.
Alhamdulillah. Haaza min fadhli Robbi.





Medal pertama anak-anak Kami (^_^)


Untuk Rekod, ini Permata Hati kami setakat hari ni.

Anak Pertama
Nurul Husna Binti Muhammad Nasrullah
Tarikh Lahir: 14 September 2014/10 Zulkaedah 1435H, Ahad, 10.58am
Lokasi: Colombia Asia Hospital Seremban, Labour Room 1
Doktor: Dr. Nurintan
2.7kg, 37th Week
#minidqeenash

Anak Kedua
Nurul Huda Binti Muhammad Nasrullah
Tarikh Lahir: 2 Januari 2016/21 Rabiul Awwal 1437H, Sabtu, 2.47am
Lokasi: Colombia Asia Hospital Seremban, Labour Room 2
Doktor: Dr. Nurintan
3.1kg, 38th Week
#minidqeenash2

Anak Ketiga
Muhammad Hasif Binti Muhammad Nasrullah
Tarikh Lahir: 3 Ogos 2017/10 Zulkaedah 1438H, Khamis, 6.04am
Lokasi: Colombia Asia Hospital Seremban, Labour Room 1
Doktor: Dr. Nurintan
3.47kg, 40th Week
#minidqeenash

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
(^_^)

Sunday, June 14, 2015

Sukan KSRP Wilayah Pantai Timur (SPT) 2015

Assalamualaikum.

Kali ni nak bercerita sedikit aktiviti minggu lepas. Bukan hujung minggu ye..tp sepanjang minggu. Haha. Minggu lepas ditugaskan utk mewakili PGB dgn nama Gas Business dalam Kejohanan Hoki SPT selama 3 hari. Perlawanan kali ni diadakan di Stadium Hoki Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan Pahang. Kali ni kami stay kat Kosma Business Hotel. Mmg terletak betul2 di tgh2 bandar Kuantan iaitu di blkg East Coast Mall. Xjauh dr Stadium Darul Makmur Kuantan.


Alhamdulillah. Berjaya merangkul Naib Johan setelah tewas dalam penentuan Penalty Shoot-Out setelah seri 2-2 dengan pasukan Business Support. Berikut adalah keputusan kesemua perlawanan yg terlibat.

Peringkat kumpulan:
GAS Business(5) vs PETCHEM (0)
GAS Business  (5-0) vs OIL Business (0)

Separuh Akhir:
GAS Business (6) vs GEBENG (1)

Akhir:
GAS Business (2) vs BUSINESS Support (2)
(Penalty: 1-3)


Alhamdulilah. Dianugerahkan Man of the Match Final. Total skor tournament kali ni adalah 6.

Dengan team GAS ni, makan adalah nombor satu. Pastu barulah pikir pasal game. Haha. Kali ni merasa la makan tempat2 best di Kuantan. Antaranya adalah MABIQ Restaurant dan Ana Ikan Bakar. Antara tarikan utama kat MABIQ Restautant adalah Paih Patin Tempoyak. Mmg 10/10 la markah aku bagi. Siyesly sedap dan amat menyelerakan. Alhamdulillah.


 Sekian untuk laporan kali ni.
Sehingga update seterusnya, InsyaAllah.

Wassalam
(^_^)

Sunday, May 24, 2015

Air Terjun Menderu [Hutan Lipur Air Menderu]

Assalamualaikum.

Kali ni nak share skit pasal aktiviti hujung minggu lepas iaitu berkelah di Air Terjun Menderu. Pagi tu berurusan skit kat Tabung Haji pastu wife ajak berkelah kat air terjun. So, beli lauk skit dan bawak la bekal ke sana. Pas Zohor kat rumah, kami pun bertolak. Rupenye dekat je lokasi air terjun ni dr rumah kami. Alhamdulillah, dalam setgh jam sampai. Dalam 25 km je dari Paka.

Bleh navigate ke Hutan Lipur Air Menderu utk ke lokasi. Dr jalan utama, jauh gak skit ke dalam.

Secara ringkasnya, tempat ni best. Recommended. Dari segi rating...ini rate aku bagi seperti dibawah.

Kebersihan - 6/10 (Bilik air dan surau bersih, tong sampah disediakan. Pondok berpasir skit. Better bawak tikar)
Kemudahan - 8/10 (ade surau, tandas, pondok, meja makan,tempat bbq dan parking)
Keindahan Semulajadi - 7/10 (Air jernih, nmpak ikan,ketam, ayak-ayak. Pohon rendang)
Kesesuaian untuk berkelah - 7/10 (Lebih sesuai pada yg berkeluarga, kanak2 kerana air xderas sgt dan xdalam)
Overall - 7/10


Bawak Husna maen air terjun sekali. Sejuk air dia tapi seronok plak Husna mandi-manda. Tahan sejuk jugak dia. InsyaAllah bleh dtg lagi lain kali.

Begitulah serba sedikit perkongsian utk kali ni. 
Sehingga berupdate lagi.

Wassalam
(^_^)

Monday, May 18, 2015

Kembali!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Summa, Alhamdulillah.
Summa, Alhamdulillah.

Huaaa...lama betul xpost kat blog. Sejak ade instagram la jadi gini. Haha. Tapi rasenye cam nk start balik berblogging. Lain feel dia sbnrnya. Meh aku update skit sejak last post yg bertarikh 7 Ogos 2014. Almost a year....fuhh.

September 2014
 14-09-2014 - Kami terima kelahiran ahli baru, Husna. Lahir pada Minggu ke 37, about 1 month earlier from the EDD. Xsabar nk tgk dunia ye Husna.

Oktober 2014
Bermula la kehidupan sebagai Abah dan Ummi kepada Husna. New life, new challenges, new adventure.

November-Disember 2014
Hujung tahun mmg menjadi kesempatan utk join training. So, kali ni join training kat Sunway Resort selama 2 minggu dan Hotel Maya, KL seminggu. Persediaan jugak la sebab start Januari 2015 akan jalani Plant Attachment kat Gas Processing Plant kat Paka, Terengganu.

Januari 2015
Bermula la sesi latihan sambil bekerja di kilang proses gas. Half of the year will be part of plant operation. Jadi orang Terengganu jap.

Februari 2015
21-02-2015 - Majlis Aqiqah Husna. Seekor kambing. Majlis serentak dengan doa selamat sempena Ayah dan Mak yg akan mengerjakan Umrah di bulan March 2015 nanti.

March 2015
Bercuti di Colmar Tropicale Berjaya Hills. Bermalam kat situ satu malam. Nyaman tul cuaca kat sana. Pemandangan pun cantik. Subhanallah.

April 2015
Husna 7 Bulan. Bulan ni xbyk aktiviti sgt kot. Tapi weekend mmg xduk diam la kat umah. Haha.

Mei 2015
Program jenjalan Family Bahagia ke Pantai Timur. Berjalan di Teluk Cempedak, Zoo Mini Kemaman, Pantai Kemasik dan shopping di Pasar Payang Kuala Terengganu. Pastu join tournament hoki kat Kuantan. Pancit jugak la maen 7 org. Haha.

Tu la serba sedikit aktiviti sepanjang blog ni menyepi. Byk je sebnrnya jenjalan dan aktiviti lain. Tapi mmg selalu update kat Instagram je. Bleh la nk usha, tp kene request la kalo nak folow. Sila la search NASHUNTER kat Instagram. Hehe. Pasni maybe bleh share info2 penting dan ilmu2 lain kat sini. Sometime, ilmu dr pengalaman sendiri tu berguna gak utk org len sebagai rujukan. InsyaAllah

(^_^)

Thursday, August 7, 2014

Salam Eidul Fitri 1435H

Assalamualaikum.
Salam Eidul Fitri 1435H.
Maaf Zahir & Batin dari kami, Nasrullah Jaafar & Shadiqin Firdus.
#DqeeNash

Alhamdulillah.
Raya kali pertama dengan isteri tersayang bersama anak pertama dlm kandungan yg berusia kira2 30 minggu (7 bulan).
Raya pertama ni, kami decide raya dibelah family Dqeen dulu dan balik ke Perak hari raya kedua. Sebabnya  abg2 aku n Kak long pun beraya rumah mertua dulu kali ni. So, kalo nk jumpa semua, aku pun kene turut serta beraya dibelah mertua dulu dan kemudian berkumpul semua di Perak.
Alhamdulillah. Happy.
(^_^)










#MiniDqeeNash incoming.
InsyaAllah.
Doakan keselamatan dan kesihatan untuk bakal ibu dan anak yg akan dilahirkan. Amiiin.
(^_^)

Sunday, February 23, 2014

Alhamdulillah. 25th and I'm Married (^_^)

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Tiada ungkapan yg lebih tepat utk mengatakan ape yg aku rase sekarang melainkan Segala Puji bagi Allah swt.
Alhamdulillah, kini telah mencecah usia 25 tahun.
Alhamdulillah, kini telah pun memegang tanggungjawab sebagai suami kepada Shadiqin.
Alhamdulillah, I'm blessed with big happy families.
Alhamdulillah
(^_^)

Majlis Akad Nikah 26 Oktober 2013 || 21 Zulhijjah 1434 (Sabtu)

 24 Januari 2014 || 22 Rabi'ul Awwal 1435 Majlis Berarak Tandu Lilin





25 Januari 2014 || 23 Rabi'ul Awwal 1435
Our Parents (^_^)

My family

Rombongan Pengantin Lelaki

My Wife's Family

My Wife's Big Family

My Wife's Big Family

Another Family. MEDTECH Family. This is how I met her (^_^)

Bersama Pengapit


1 Februari 2014 || 1 Rabi'ul Akhir 1435 Pengapit majlis di Seri Manjung, Perak

 
My Family

My Big Family

Rombongan Pengantin Perempuan

Alhamdulillah. 

Kepada isteriku Shadiqin, semoga menjadi isteri yg solehah, ibu mithali dan anak solehah.
Doakanku menjadi suami, anak dan ayah yg bertanggungjawab. InsyaAllah
Ana Uhibbuki Fillah
(^_^)




Thursday, October 24, 2013

The Time is Coming (^_^)

Assalamualaikum.
The Time is Coming Soon.
InsyaAllah.
Pray for me, for us.
(^_^)


Tarikh: 26 Oktober 2013 / 21 Zulhijjah 1434
Hari : Sabtu
Masa: 3.00 pm
Tempat: Kampung LBJ, Negeri Sembilan

Wassalam
(^_^)