Sunday, August 9, 2009
:: UTP Dah Buka Balik ::
Semlm,tamatla sudah percutian 9 hari 8 malam (seminggu) aku dirumah.Percutian berrsempena penyebaran H1N1 ni amat bermakna buat aku.Walaupun ia cuti mengejut,tapi hikmahnye tak terkata.Sgt best.Alhamdulillah.(^_^)
Antara aktiviti aku mase cuti:
1- Makan
2- Mengadap komputer
3- Kemas umah
4- Shopping
5- Menyambut Nisfu Syaaban bersama keluarga. (^_^)
6- Bantu mak,abg serta kakak ipar aku utk menjaga Miqdam.
7- Bawak Miqdam gi klinik kesihatan wat medical check up. Pengalaman gi hospital time H1N1 duk makin havoc.
8- Melawat kebun kelapa sawit.Tgk org tough kait bua kelapa sawit.Siyes tough tgn dia.huhu
dan bermacam2 lagi aktiviti aku................
Yg pasti....mmg rase sgt best. Jadi cam anak tunggal jap kat umah bersama parents.
Anyway,skang dah kat UTP. Rase cam semester baru nak bermula.Adeyh...byk nk kene catch up nih.
Jom2. Dapatkan balik spirit utk Campus life di UTP (^_^)
Wassalam (^_^)
Friday, August 7, 2009
:: Hari Ini Dalam Sejarah : 123456789 ::
At 12 o clock 34 minutes and 56 seconds today (7th August 2009), the time and date will be:
07.08.09
only once in a lifetime.....................
So,the time and date will read 12:34:56 07/08/09 --> 123456789.
This won't happen again for another thousand years!!! (^_^)
#####################################################################
Salam.Baru je sebentar td berlalunye detik bersejarah ni.So,sape perasan,Alhamdulillah.
So,ni aku senaraikan pe berlaku yg de kaitan ngan aku pada detik bersejarah tu:
1- Miqdam (anak sedara) aku selesai dicukur rambutnya oleh ayah aku (Atuk Miqdam la).
2- Aku sedang berchating ngan Rufaidah yg forward msg di atas melalui gtalk.Terima kasih Rufi.
3- Membaca komik Naruto Episod 459 online yg baru aku download.
So,ni la antara yg aku buat pada detik tu.
Anda pula bagaimana??
(^_^)
Thursday, August 6, 2009
:: Special Friendship ::
Ni ade artikel aku terbace dr lama web iLuvIslam mengenai tip2 utk Persahabatan (Special Friendship). Semua ada kawan,rakan dan sahabat. Tapi pasti jua setiap org ade sahabat yg special dikalangan rakan2 anda.Sahabat yg special ni pastinya lain dr sahabat2 yg lain.So,mari kita lihat ape tip2 utk menjaga persahabatan begitu. Aku petik skit2 ar dr keseluruhan artikel itu(actually hampir suma aku copy :P)Aku dah highlight main point dia. Kalo malaz bace suma,bace yg kaler lain tu pun dah kire ok kot.So,kalo nk bace artikel penuh,leh Klik kat sini.
Oh ya,artikel ni dlm BI.hehe.Selamat membaca :)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Friendship is a most beautiful thing happened to human being. We all meet some people with whom we never had a kinship, but they become so special in our life that it becomes hard to live without them. Let us see some points we should consider while playing a role in friendship. Many poets have described friendship as one of the most fascinating bond we ever make in our life. It's the most beautiful thing that happens to us.
Friendship is a relation that is entirely based on trust, belief of two friends in each other.................Let us see some important points that we should take care of if we wish to be good friend for someone:
1. Be a secrete admirer of your friend:
2. Don't proved him/her wrong in public:
3. Try to understand your friend:
4. Pull Your Friend Away From Making Mistakes:
5. The Ego Problem:
6. Try to Teach Good Things:
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Source : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1395

So,dikesempatan ini,sempena Nisfu Syaaban,sempena dibukakan buku amalan baru, aku nk mohon ampun maaf pada semua rakan2 yg mengenali aku.Kita buka buku baru bersama.
Buat sahabat2 aku, maaf jika aku tidak menjadi sahabat yg baik utk korg. Aku akan cuba yg terbaik utk menjadi sahabat yg baik pada korg. InsyaAllah,harap artikel ni jadi panduan yg baek ukt kita bersama.
Ukhwah Fillah Abadan Abadaa (^_^)
Wassalam (^_^)
Wednesday, August 5, 2009
:: Doa Elak Jangkitan Wabak ::
InsyaAllah,setelah kita berusaha,kita harus berdoa jua pada Allah SWT yg mendtgkan penyakit ini kerana Allah SWT sahajalah yg berkuasa utk mengelakkan kita dr penyakit ini.Semua nya di bawah kekuasaan Allah SWT. So,yg kita mampu hanyalah bertawakkal pada Allat SWT.
|| Sila Klik Gambar utk lihat lebih jelas dan Save ke Komputer anda ||Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kami berlindung dengan Mu Ya Allah,
Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan,
kami berpaut padaMu Ya Allah, Tuhan pemilik sekalian alam yang ghaib,
dan kami bertawakkal padaMu Ya Allah, Tuhan yang hidup lagi tidak mati.
Wahai Tuhan kami,
Jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dasyat,
dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un danbala bencana,
dengan ihsan Mu, wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui,
Sesungguhnya Mu Ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W,
ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya.
Segala pujian bagi Mu Ya Allah, Tuhan Pemilik Sekalian Alam.
Amin.
--> Doa untuk Keselamatan dan Kesentosaan daripada segala penyakit
--> Caranya: Baca doa ini 3 kali pada setiap pagi dan petang.
--> Dipanjangkan dari Sahibus Samahah Mufti Negeri Sembilan.Syukran (^_^)
Tuesday, August 4, 2009
:: Sahabat by Amar ::
Sini nk share skit lirik lagu bertajuk Sahabat oleh Amar.Lagu blog aku skang ni la.
So,lagu ni dituju khas buat sahabatku Safwan dan sahabat lamaku,Saifullah.
Xlupe jua pada rakan2 seperjuanganku Syazwan, Zakwan, Amin, Irda, Azura, Anis, Farah,Ahmad Hasif, Abir dan semua rakan2 yg mengenali diri ini.Nk list suma,penuh post ni ngan nama lak kang :P. Tetiba tersingkap balik memori persahabatan antara kita. Ukhwah Fillah Abadan Abadaa...InsyaAllah (^_^)
***********************************
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi
Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku
Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah
Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat
Lagu: AMAR
Lirik: AMAR
Album : Kiasan Naluri
**************************************
Monday, August 3, 2009
:: Khabar H1N1 ::
disebabkan aku cuti ni pun sebab H1N1..so..nk sampaikan skit brite terkini pasal H1N1 kat Malaysia khususnya,dunia umumnya.......ni brite dia.....aku amik skit2 je la...pnjg gak..sure korg xbace suma :P
=====================================================================
Pada 3 Ogos 2009 sejumlah 17 kes baru influenza A(H1N1) dan 1 kes kematian dilaporkan. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Kesemua 17 kes yang dilaporkan hari ini, adalah kes sporadik atau terpencil.
Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 3 Ogos 2009 jam 8.00 pagi adalah sebanyak 1,446 kes dengan jumlah kematian 7 orang. Daripada 1,446 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (40%) merupakan kes import dan 872 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,408 kes (97%) telah sembuh, hanya 29 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah......................
....................Merujuk kepada situasi global, sehingga 3 Ogos 2009, sejumlah 183,854 kes dengan 1,307 kematian telah dilaporkan daripada 167 negara. Peningkatan sebanyak 28 kes dengan 6 kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Tiada pertambahan negara yang terbabit.
.........................Kes kematian ketujuh adalah seorang wanita berusia 23 tahun yang telah disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) sejak 23 Julai 2009 dan disebabkan komplikasi pada paruparu beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Miri sejak 22 Julai 2009 sehingga hari kematian pada 4 pagi 3 Ogos 2009. Sejarah asalnya, pesakit ini telah bersalin di Hospital Miri pada 21 Julai 2009...............................................
|| Ni bukan keadaan sebenar H1N1 dlm badan manusia.Gmbr ni just ade kaitan ngan H1N1 je..hehe ||
........................Kementerian Kesihatan Malaysia masih lagi menerima banyak pertanyaan berkisar kepada langkahlangkah yang perlu dilakukan jika mempunyai gejala jangkitan H1N1. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan langkahlangkah berikut:
- Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap setiap kali selepas batuk, bersin dan lainlain.
- Menutup mulut ketika bersin dan batuk.
- Menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala ILI.
- Mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
- Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak¬anak kecil ke tempat yang sesak
Maklumat semasa Influenza A (H1N1) termasuk aktiviti pencegahan boleh didapati melalui laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my ataupun melalui Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan 0388810200 dan 0388810300 yang beroperasi antara 8.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am....
====================================================================
Source : http://h1n1.moh.gov.my/KenyataanAkhbarTerkini.php
So..ni la maklumat terkini H1N1.harap2 artikel ni berinfomasi buat semua pembaca. Dr ape yg aku tau,kebanyakan kes kematian yg melibatkan H1N1 ni ade kaitan ngan Pneumonia (Jangkitan peparu).So,sape2 yg rase2 ade penyakit berkaitan peparu termasuk la perokok2,harap2 lebih berhati2 supaya Infulenza A (H1N1) ni xambil kesempatan terhadap komplikasi peparu anda. InsyaAllah. Sama2 kita berdoa agar dielakkan dr penyakit berjangkit dan berbahaya ni. Amiiin..
Wassalam (^_^)
Saturday, August 1, 2009
:: Anak Saudara Pertamaku (^_^) ::
Nk umumkan something nih...
hehe...........
Di umumkan.........bahawasenye aku............
Dgn rasminya.....menjadi seorg Bapa Saudara......
kepada.........anak saudara pertamaku......Miqdam.
So,ni biodata beliau :
Nama: Muhammad Amirulmiqdam Bin Ahmad Nurikhwan
Panggilan: Miqdam
Nama Ibu: Aini Zuriati Binti Ahmad Azuddin
Tarikh Lahir : 26 Julai 2009, 4 Shaaban 1430 H (Ahad)
Masa Lahir: 8.45 pagi
Tempat Lahir : Hospital Seri Manjung, Perak.
Berat semasa lahir : 2.57 kg
So,semoga menjadi anak yg soleh serta membawa kebahagiaan kepada keluarga di dunia dan akhirat. Amiin (^_^)
|| Tahniah Abg Wan dan Kak Aini atas anugerah anak yg pertama!!Semoga berbahagia dan ceria selalu ||P/s:
-->Saje je nk umumkan.Cucu pertama kepada Ayah dan Mak aku la katakan...hehe..happy2 (^_^)
--> Pada hari yg sama, K.bong menymbut harijadinya. Happy Birthday Kak Bong!!! (^_^)
Sekian.
Wassalam (^_^)




