Salam. Ptg td,UTP dilanda ribut kuat sehingga byk pokok tumbang. Ade yg menghempap kenderaan di tmpt parking kereta. Namun, Alhamdulillah tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Innalillah. Mohon perlindungan Allah SWT drpd sebarang bencana. Ni ade beberapa gmbr di snap dr kanta iphone4 rumate aku.
||Sebuah kereta Viva dan Saga dihempap pokok di depan V1D ~ pic credit to Safwan||
Ni info peristiwa tsunami yg tercatat dlm sejarah.
1755: Tsunami memusnahkan Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang.
1883: Letupan gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda, Indonesia menyebabkan tsunami setinggi 35 meter dan mengorbankan 36,000 nyawa.
1946: Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 meter dan membunuh 165 orang.
1960: Gempa bumi paling besar dalam sejarah ( 9.5 skala Richter) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawaii.
1976: Tsunami melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang.
1998: Gempa berukuran 7.0 skala Richter di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 meter dan membunuh lebih 6,000 nyawa.
2004: Gempa bumi besar menyebabkan tsunami dengan ketinggian ombak 35 meter dan mengorbankan lebih 250, 000 nyawa di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Afrika. Acheh adalah antara negara paling teruk mengalami kemusnahan yang mengorbankan kira-kira 170,000 nyawa dan 500,000 kehilangan tempat tinggal.
2006 - Gempa bumi menyebabkan tsunami di selatan pulau Jawa, Indonesia dengan ombak setinggi 21 meter di Pulau Nusakambangan dan mengorbankan 500 nyawa.
2010 - Gempa bumi di Santiago, Chile menyebabkan tsunami. 521 nyawa terkorban.
2010 - Letusan Gunung Merapi di Kepulauan Mentawai, meletus menyebabkan tsunami dan mengorbankan 446 nyawa.
"Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari bahaya karam tenggelam, kebakaran, ambruk dan runtuhnya bangunan, bencana gempa, kemarau dan kekeringan, bencana banjir hujan di luar batas normal, sambaran petir taufan dan badai angin puting beliung, angin puyuh, angin sharshar, angin dabbur, segala jenis angin yang berhembus keras dan kencang, segala jenis bala’ bencana, paceklik dan kelaparan, krisis ekonomi dan keuangan, wabah penyakit, fitnah hidup dan segala godaan, baik yang nyata maupun yang tersembunyi. Ya Tuhan kami! Selamatkanlah kami, keluarga dan kaum kerabat serta semua warga desa kami dan semua kaum muslimin."
Alhamdulillah. Td gi Ipoh. Beli brg skit,teman rumate beli speaker n dptkan sedikit hiburan ~ wayang. Citer yg dipilih kali ni adalah citer yg kuar hari ni, Hikayat Merong Mahawangsa [HMM], sebuah filem dibawah arahan KRU.
Komen dr aku,yg bukan la sape2 dlm industri perfileman Malaysia,hanya penonton filem yg mane tiket wayangnya sempat dibeli mase tibe dikaunter beli tiket.
Action - Boleh tahan.ade byk lawan2 jugak. Nmpak la jugak lawan tu btol2. Bukan maen2 punye.
Jalan citer - Xboring sgt la. But still ade part bosan kat tgh2. nasib la xlama sgt,kalo tak mmg aku dah padam.
Lawak jenaka - Boleh tahan. Lawak yg tak dibuat2. ade skrip yg menarik,tp still xdpt lawan Hantu Kak Limah Balik Rumah punye pengaruh.
"Pelabuhan adalah tempat persinggahanku,tempat tinggalku adalah lautan"
"Apa salahnya mengintai lauk dibawah tudung salji??"
So,rating yg aku nk kasi utk standard filem Malaysia, 3.8/5. Aku suggest korg tgk. Satu filem yg boleh katakan style baru kat Malaysia. Tahniah Yusry dan KRU.Bleh improve lagi....pueh hati ar (^_^)
Salam. Semalam pulang ke kampung Selama, Perak, kampung belah Mak aku. Selain ingin hadiri jemputan doa selamat sempena kehadiran 2 waris baru mak sedaraku, perjalanan tu jua bertujuan utk menziarahi sedara-mara yg dah lama xjumpa.
Aktiviti selepas majlis doa selamat tu adalah bermain bola,badminton dan mandi sungai. Best tul wat aktiviti2 ni kat kampung. Xde sape kaco,halaman luas dan cantik. Alhamdulillah. Malam td balik semula ke UTP. Sambung study. ade 2 perkara kene selesaikan minggu ni.
1- Study Malaysian Study (5 Chapter) [Test 1] 2- Research for LPG Refinery [Group Project]
Harap sempat la selesaikan 2 ni. Kikis otak yg dah berkarat ni....