Tuesday, May 17, 2011

|| Plumbing ||

Salam.
Aktiviti cuti semester.
Cuti kali ni,2 kerja plumbing telah aku laksanakan.

First, tangki air rumah bocor. So,xleh pakai dah. Utk nk salurkan air ke bilik air,kene sambungkan paip air direct ke paip yg disalurkan ke bilik air. So,masuk bumbung rumah utk wat suma tu. Mcm masuk sauna. Sauna free.hehe

Second, hari ni,pagi tadi betulkan paip air yg bocor kat blkg rumah. Dalam dinding.
So,pecahkan dinding,lantai utk trace lokasi paip yg bocor. Dah jumpa,baiki je la kan.
Cam biase,xsuka citer pnjg. Ni dia keje2 plumbing.


Tracing
|| Mula2,usha lu mane punca air kuar.Tebuk skit2 ||

Drilling
|| Process menebuk dinding utk kerja2 pembaikan ||

Traced
|| Kebocoran ditemui!! ||

Piping
|| Process pemotongan part yg bocor. Paip yg diguna kontraktor xori. Xde line biru ||

Done
|| Proses pembaikpulihan selesai. Done ||

α
Wassalam (^_^)





Monday, May 16, 2011

|| Selamat Hari Guru ||

Salam.
Sempena sambutan hari guru ni,nk ambil peluang ni utk ucapkan selamat hari guru pada semua guru2 yg telah mendidik aku dr tadika sampai la skang.

1- Sekolah tadika,xhingat la plak ape nama sekola tadika tu...kat Kampung Melayu Subang, Selangor.maaf lah.kecik lagi mase tu... -_-
2- Sekolah Kebangsaan Subang, Selangor.
3- Sekolah Kebangsaan Lekir, Batu 8. Sitiawan, Perak.
4- Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak. [SERATAS]
5- Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh Perak. [UTP]

Selamat hari guru pada semua warga pendidik di seluruh Malaysia.


GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN  NEGARA 



P/s: Bermula di Selangor, dan kembali ke Perak sehingga kini. Ni la perjalanan pengajian ku.Terima kasih cikgu (^_^)
α
Wassalam (^_^)

Saturday, May 14, 2011

|| The End of the 1st Semester of Final Year ||

Salam.
Alhamdulillah. Bermula sudah cuti semester setelah berakhir nya final exam. So,tamat sudah final year 1st semester aku. Ade 2 semesster lg.
Pas habis exam,ade la wat beberapa aktiviti bersama rakan2 before balik rumah. Antaranya:

1- Gi tgk THOR ngan Syazwan n Safwan.
2- Makan Domino's Pizza dgn housemate kat bilik je sambil lepak2 menyejukkan badan dibawah kipas.
3- Jumpa lecturer,bg kad ucapan selamat hari guru.
4- Antar member gi stesen ktm bt gajah.
5- Gi basuh kete,tp bukan kete aku..kete AGP.
6- Gi IRC,teman member cari buku utk FYP. tp aku lepak luar je.
7- Tgk movie independence sambil makan kfc,sambil tido.haha

Cam biasa,pasti Neem tak ketinggalan. What she got?? 

Rumate
|| Bergmbr ngan rumate kat blok 21 pas jumpa lecturer ||

Walking
|| Azrul ngan Afiq berlenggang nk ke IRC kot..study2.selisih mase balik dr jumpa lecturer ||

Complex
|| The Lights ||

C.Complex
|| Sambil lepak2 tunggu Syazwan carik buku,snap pape yg ade. ||

Books
|| Books and IRC ||

α
Wassalam (^_^)

Tuesday, May 10, 2011

|| Ucapan ||

Salam.
Sini ade ucapan skit before nk balik umah utk cuti sem (seminggu je pun).


Selamat Hari Jadi Kak Long.
Semoga sentiasa bahagia disamping keluarga.
(^_^)

I-City
|| With Kak Long and her family at IceWorld, Shah Alam ||

Selamat memasuki alam pekerjaan.
Semoga menjadi perkerja yg perform.
Jaga diri bebaek kat Sarawak nun
(^_^)
Zahid
||Abg Yang. My elder brother.||

α
Wassalam
(^_^)

Sunday, May 8, 2011

|| Happy Mother's Day ||

Sempena sambutan Hari Ibu, nk ucapkan...........

SELAMAT HARI IBU

HAPPY MOTHER'S DAY

Ibuku
|| Dedicated to Mak ||

Juga diucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu2 yg lain terutamanya Ummi (N9, Auntie Azlin (Perak) Kak Long dan Kak Aini.


α
Wassalam (^_^)

Tuesday, May 3, 2011

|| Study Week ||

Salam.
Skang tgh mood study week (xsampai seminggu pun,5 hari je..layak ke disebut study week?).

4 subjek utk final kali ni. 3 subjek berturut dan satu subjek selang sehari. rasenye ni exam aku yg plg pack kat UTP takat ni.
Dr 4 subjek tu,3 drpd nya adalah subjek membaca - Malaysian Studies, Engineers in Society dan Human Resource Management. Satu je subjek kira2 (derivation) iaitu Process Optimization. Subjek membaca betul2 mencabar ketahanan mental. ngantuknya...pergh!!!

Heading                  
|| Ptg td berjaya menanduk masuk gol mase maen futsal. Pueh hati. Alhamdulillah ||

All the best pada rakan2 seperjuangan. Doakan kejayaan aku kali ni.
Target: at least, maintain result lepas. 

Nk citer skit,dgr dr radio bebaru ni. Radio Perak.fm mase drive balik dr rumah ke UTP.

Kisah Budak,kerbau dan harimau. Budak ni pengembala kerbau. So,satu hari dia bawak la kerbau tu meragut rumput kat padang ragut. Kerbau tu ikut je mane budak tu bawak. Aktiviti dorg ni perhatikan oleh seekor harimau. Harimau tu pelik camne Kerbau tu leh ikut je ape ckp budak tu even dia jauh lebih besar dr budak tu. So,pas dah letih,budak tu tido kejap kat bawah pokok,dia tmbat kerbau tu kat pokok. So,harimau dtg la dekat. Harimau tu tanye Kerbau apsal dia pi ikut budak tu. Apsal xlawan padahal badan ko besar?
So,kerbau pun jawab la.
"Budak ni ade sesuatu yg jauh lebih besar dr aku dan kau"
"Ape dia?"
"Ia adalah Akal"
Tetiba budak ni terbgn. Harimau tu xcuak. Dia nk tau sgt camne rupa Akal.
Dia pun tanye budak tu,camne rupa Akal. So,budak tu jawab,tertinggal kat rumah. Dia kate kat Harimau,kalo nk tgk,dia pi amik jap kat umah. 
Harimau tu setuju nk tunggu. Tapi budak tu ckp dia nk ikat harimau tu dulu dgn alasan xmau Harimau tu lari nanti bila dia bawak balik Akal. So,harimau tu ikut je ckp budak tu.
Selepas dah ikat harimau bebaek, budak tu pun berlalu pergi bersama kerbau tu.
sambil tu kerbau tu sempat menoleh dan ckp kat harimau sambil tersenyum kerbau,
"Itulah AKAL...." (^_^)


         α
Wassalam (^_^)



Sunday, May 1, 2011

|| 30 April 2011 - CPL 2011 + Dinner Batch Jan07 ||

Salam.

Alhamdulillah. Study week pun bermula hari ni. Sepatutnye kene mula dah la study. Tapi hari pertama ni,ade 2 event besar dlm batch aku.
Pertama - CJ7 Premier League (CPL) 2011.
Kedua - Dinner Batch Jan07.

Utk CPL 2011 ni,nmpaknye Chemical Assessment xberjaya pertahankan kejuaraan tahun lepas. kali ni dpt no 4 je. Papepun, Alhamdulillah.


CA-2011
|| Pepagi sebelum start game...muka bgn tido je suma.haha ||

CPLApril2011
|| All of us. CJ7 for CPL 2011. Who r going to be the organizer for the next CPL??ermmm... ||

The Port
|| As usual,after each tournament,kitaorg akan amik gaya yg sama. Tgk perbndingan di bawah. || 

Mine
|| pas habis suma game,gi Al-Bayan,lunch terus. Sambil2 makan,maen2 ngan tasNeem. Got this! ||

Pas dah letih maen. Balik2 bilik,terus copy gmbr dr Neem ke komputer. Duk edit2 skit. Sedar2 dah ptg. Xsempat nk tido maaa...adeyh. Kul 7pm,dak2 umah aku konvoi gi Ipoh, utk join dinner Batch Jan07. Kete yg terpilih utk gi Ipoh kali ni adalah NCA4592 dan juga AGP7553. Solat maghrib kat masjid Tronoh. Pastu terus gerak gi Tropicana Ballroom, venue jamuan batch tu.

L-3-4
|| Dak2 umah aku yg pi jamuan.||

Cj7-Dinner
|| Dak2 CJ7 yg gi dinner batch ||

So,tu la aktiviti semlm. Sehari tanpa study apa2. Dah bazir sehari mase study week utk aktiviti camni. selain merapatkan silaturahim sesama batch,aktitivi ni jugak telah pun sedikit sebyk mengeluarkan peluh2 demi menjaga kesihatan tubuh bdn. 

Chemical Assessment ni ditubuhkan sejak 2007 lagi,iaitu tahun kitaorg masuk UTP la.  Alhamdulillah,sampai skang mase bersama lagi. Ukhwah fillah,abadan abadaa....InsyaAllah.

CA2011jpg
|| Lihatkan perubahan dan perkembangan kami ||

          α
Wassalam (^_^)