Sunday, December 26, 2010

|| Musolla ||

Salam.
Semlm mmg boring duk umah. Sebab duk sorg2. Keluarga kakakku [Kak Long] ke Kuantan utk menziarahi saudara abg iparku.
So,bgn2 pagi mmg bosan la. sampai la ke petang. tanye ahmad hasif (aku panggil dia amad je) ade kat mane,dan dia bg tau ade kat Time Square (TS). So,tnpa melengahkan masa,aku pun drive ar CBK aku ke sana. So,ptg semlm lalu Smart Tunnel dan pi TS n Lowyat. saje pusing2 n survey something.

So, nk share kat sini,setiap tmpt yg aku pi,insyaAllah aku akan bersolat kat sana. maklumla,dah masuk waktu solat,wajib solat. Ni surau/musolla kat tempat2 yg aku pi sekitar KL. InsyaAllah bermanfaat.

1- Alamanda, Putrajaya.
Musolla dia kat aras P3,dkt ngan centre court,menghala ke South Wing.belah kiri.

2- The Mines, Serdang.
Musolla nya kat aras 3. xtau nk bg specific camne. tapi aras 3 la kalo xsalah.hehe

3- Warta, Bangi.
Musolla mall ni kat bawah tanah. kat area parking. P1 kot.

4- Midvalley.
Musolla dia ade beberapa tempat. kat LG,dekat ngan kedai Big Apple. Ataupun kat Jusco pun ade. tapi xhingat floor bape. tapi dkt ngan brg2 elektrik.

5- Suria KLCC.
Alamak,yg ni xbrape hingat sgt. Ground floor kalo xsalah. kene lalu KFC.area2 situ la,insyaAllah.

6- Sunway Pyramid
Musolla kat sini pun ade beberapa. Satu kat tingkat 3,area ice skating.ade jugak kat first Floor (Red Zone),Level LG1 (Orange Zone) dan Level LG2 (Orange Zone)

7- Time Square.
Musolla dia tinggi skit. kat tingkat 8.

8- Plaza Lowyat.
Musolla plaza ni plak kat bawah tanah jugak. Kat parking area. Xpasti aras ape.

9- Menara 2, KLCC.
Musolla Menara 2 KLCC ni terletak di tingkat 13. Besar dan selesa. kalo Menara 1, ade kat aras 2. (^_^)

10- Pavillion
Kat sini xsempat merasa surau dia. tapi surau dia ade kat aras 5. dgr citer surau dia lawa. [link]. ade jugak kat aras parking, B2.kalo xsalah la.


11- SOGO
Surau/Musolla kat SOGO terletak di area parking jugak. Aras B1.




So,ni la surau/musolla kat mall/tempat menarik di sekitar KL yg aku dah pi sepnjang aku praktikal ni.kalo salah tu,btulkan la ek. carik sendiri kalo pi,yg pasti mmg ade.
Tinggal lagi 3 minggu lg praktikal. Next week presentation. xprepare lg. idea2,marilah....masukla dikau kedalam otakku,

Apepun,walau dimana kita berada,insyaAllah,tmpt solat tu ade. Kemudahan utk bersolat tu ade. Just nak xnak je. Sama2 lah kita menjaga solat kita. (^_^)

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”.
(Al-Baqarah: 153)

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada fahsya’(keji) dan mungkar."
(Surah al-Ankabut: 45)

P/s: Pasni nak wat journey ke masjid2 lak. Masjid kat Putrajaya dah merasa dua2. (^_^)

Wassalam (^_^)

No comments: