Salam.
Tajuk post kali ni xde kaitan pun ngan ape isi post ni. maybe kaitannye sebab cuti bersempena Tahun Baru Cina tu. Oh ya,pada warga Chinese, Selamat Tahun Baru. Gong Xi Fa Chai.
Sepanjang cuti 4 hari ni,mcm2 aktiviti yg telah dilakukan. Semuanya bersama family. Alhamdulillah. Kesemua 14 ahli keluarga dpt berkumpul di rumah pada cuti kali ni. Boleh dikatakan,berkumpul kali pertama utk tahun 2011 ni.
||Miqdam ngan Syafiqah lumba merangkak. Lumba jalan pun ade jugak||
Hari pertama cuti, menunggu kepulangan org jauh. Dr Tronoh (Abg Wan) dan juga Kak Long bersama Kak Lang (adik ye) dan juga Abg Yang. Oh ya, Abg Wan dan Kak Long tu bersama family masing2 la ye.hehe..So,hari tu xde wat mende sgt,siang tu rehat je. Maen2 ngan Syafiqah dan Miqdam. Syafiqah dah mula berjalan walaupun terhuyung-hayang je ghupe. Seghiau teman nengoknye. Malam tu,wat la BBQ kat sebelah umah. Ade surprise!! Ade kek harijadi,utk Yang[09-01], Ude[20-02], Chiah[06-02] dan Syafiqah[27-02]!!
Thankz Mak , Ayah dah adik beradik suma.
||Comelnye la budak2 ni. Geram2.||
||Try wat efek ngan speedlite baru. Kantoi!||
||Birthday Guys||
Jumaat,xde wat mnde sgt. Solat jumaat,pastu makan ramai2. Selera makan ramai2 ni len macam. Susah nk berhenti. Mmg layan ar cuti ni. mentekedaghah je keje. Malam tu pi makan seafood. Ade org belanja. Terima kasih Kak Aini [kakak ipar].
||Bokeh with Miqdam||
Hari ketiga, Sabtu. Ade kenduri anak sedara, Faizura. anak sedara pun dah kawin,bila la bapak sedara dia punye turn plak ek..haha. Kat Sg. Siput, Ipoh. Pegi la semua. Jumpa ramai sanak sedara kat sana. Best2.
||Faizura dan suami. Selamat pengantin baru||
||Singgah usha umah Abg Wan kat Jelapang. Under construction||
Hari last,iaitu hari ni, sah2 la hari yg agak xbest bg ramai warga campus. Sebabnye kene packing2 n balik campus masing2. termasuk la teman ni haa....tgh hari..kemas2,then gerak balik UTP. Hantar adik kat IPTG dulu. Kene u-turn plak nk balik UTP.
||Try wat bokeh. Pueh hati gak ar. Besar mane kasut tu??||
||Syafiqah dgn gaya ah moi. Tahun baru cina punye pasal||
Papepun, Alhamdulillah. Semuanya selamat sampai ke destinasi masing2. Tinggal la Ayah dan Mak tercinta tu berdua kat umah. Xpe,insyaAllah anak mak ni akan balik umah selalu. Mengubati kesunyian rumah tu. Sehingga berkumpul lagi satu family,insyaAllah. (^_^)
P/s: Skang dah 14 ahli kuarga. Agak2 bila la nk jd 15 dan seterusnya ni ek??erm2.... (^_^)
α
Wassalam (^_^)
No comments:
Post a Comment