Sunday, December 25, 2011

|| Maher Zain + Irfan Makki + Ramli Sarip ||

Salam.
Alhamdulillah. Malam tadi telah menghadiri satu konsert anjuran kerajaan Negeri Perak sempenat Visit Perak 2012 - Yours To Discover. Konsert yg diadakan di dalam Stadium Sultan Azlah Shah, Ipoh itu bermula pada pukul 8pm. Seperti yg telah diberitahu, tiket adalah FREE!Alhamdulillah.Terima kasih kerajaan Perak.

Konsert diacarakan oleh pengacara terkenal, AC Mizal dan dimulakan dgn bacaan doa. Kemudian persembahan dimulakan dgn artis legend tempatan, Ramli Sarip. Byk lagu legend yg beliau persembahkan. Tapi maaflah, teman xpasti tajuknye. Hehe. Pastu, konsert dihangatkan lagi oleh artis dr Canada, Irfan Makki. Beliau mempersembahkan beberapa lagu baru dr album baru beliau, I Believe.

Akhirnya, saat yg ditunggu2 sudah pun tiba. Dgn penuh gempak, Maher Zain menampilkan diri dan terus memulakan persembahan. Byk lagu yg beliau persembahkan malam tu. Rasenye hampir satu album Thank You Allah beliau persembahkan. Ditambah pula 2 lagu special dlm bahasa Melayu turut dipersembahkan iaitu InsyaAllah dan juga Sepanjang Hidup (For The Rest of My Life).  Konsert mlm td jua turut membawa penampilan istimewa Maher Zain dgn baju melayu penuh. Smart!







Subhanallah. Boleh dikatakan best ar gi konsert camni. Penonton nye terkawal. Xde la terkinja2. At least aku dpt la pengalaman pergi ke konsert. Menarik. Hopefully ade lagi byk event seperti ini diadakan di Perak di masa depan. Tahun 2012, tahun melawat Perak. Jemput la ke negeri teman ye yob! (^_^)


Wassalam
(^_^)

1 comment:

Yana Shahren said...

Perhhh LIVE in CONCERT homaiii jeles kejap *pejam mata*