Friday, May 25, 2012

The Red Cars Met

Salam.
Sebelum masuk PIPE, aku melajak ke Seremban.
Selain niat utk menziarahi family ex-rumate aku,agenda lainnye adalah melepak ngan geng2 UTP yg menetap di Nogri
 Lepak terakhir sebelum masing2 memulakan kerjaya masing2.

Who knows, finally, aku n rumate aku bekerja di tempat yg sama. Setelah byk lg yg sama sebelum ini, Alhamdulillah, kerja pun tempat yg sama. Subhanallah. Pasti ade hikmah.
Yang pasti, kita merancang, Allah swt jua merancang. Dan sesungguhnya Allah swt jualah sebaik-baik perancang.
(^_^)

"Kebetulan hanyalah pada pandangan manusia, tapi tidak pada Allah swt. Segalanya adalah dibawah kekuasaan-Nya. Finding the Hiqmah"

Wassalam
(^_^)

Thursday, May 24, 2012

Impian Hamba

Impian Hamba
Rabbani



Pada-Mu Allah kami bermohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa...Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Biarlah sedikit asalkan diberikannya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah tauladan

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala 
Dari pancaroba dunia

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

Wassalam
(^_^)

Friday, May 18, 2012

The Beginning

Salam.
Alhamdulillah.
Tepat pukul 8.00pagi, 16 May 2012 bersamaan 24 Jamadil Akhir 1433,
aku melapor diri sebagai staff PETRONAS di PETRONAS Leadership Center (PLC).
Masuk2 je..terus kene menjalani PETRONAS Induction Program for Executives (PIPE).
So, induksi ni akan berlangsung selama 14 hari sehingga 29 May 2012.
InsyaAllah, 30 May 2012 plak akan secara rasminya melapor diri ke tempat kerja yg telah diamanahkan.
Semoga program ini memberi manfaat di dunia dan akhirat.
InsyaAllah
(^_^)

Hadiah dr Abg Wan, Kak Aini n Miqdam. Thankz

This is PIPE 92

Wassalam
(^_^)


Monday, May 14, 2012

New Journey of Life

Salam.
Not much to say.
Sabtu lepas, gi ke KL bersama rakan2 MEDTECH utk kenduri salah seorg senior kami, Syazwan Akmal (Kema). Majlis diadakan pada waktu malam di Tasik Ampang Hilir. Meriah. Ditambah plak dgn reunion MEDTECHians yg sempoi2 belaka. Miss the moments.
(^_^)

Photo:Credit to Danish

4 Generasi Presiden MEDTECH.

Jumpa Dr Raja dan Ustaz Nik Abduh mase perjalanan pulang ke Perak.



Dan hari ini, aku akan bergerak ke KL,meninggalkan Manjung sebagai tempat bermastautin.
And the new journey will begin.
(^_^)


Wassalam
(^_^)

Thursday, May 10, 2012

Second Key : Pressure Your Peers

Salam.
Alhamdulillah
Finally
Dengan izin Allah swt, maka tercapai jua hasratku utk memiliki sebuah kereta sendiri.
SAGA FLX SE 1.6L with CVT
Fire Red

Thankz to my family and my close frens for their support
(^_^)

Front

Right

Right

Rear


5 hari sahaja lagi. Counting the days (^_^)

Wassalam
(^_^)

Sannah Helwah Kak Long

Selamat Hari Jadi buat Kak Long.
Semoga Berbahagia di dunia dan akhirat.
InsyaAllah
(^_^)

Wassalam
(^_^)

Monday, May 7, 2012

Towards The End of Jobless

Alhamdulillah.
Hari ni selesai medical checkup kat Ipoh Specialist Hospital. Kul 8 sampai sana,terus daftar diri. Kul 8.30 baru start process. Dimulai dgn ujian mata, berat dan tinggi. Pastu amik darah utk didiagnostik. Selesai diambil darah, gi ujian pendengaran dan ujian paru2,pastu terus gi X-Ray. Pastu baru gi sarapan. Setelah dpt semua result diagnostik, baru jumpa doktor utk pengesahan. Dr. Azhar nama beliau.Pas beliau approve semua ujian dan mengesahkan aku fit utk bekerja, maka selesai misi pertama aku utk hari ni. 4 jam gak la utk process semua tu.

Kemudian,aku menuju ke JPJ Ipoh untuk sedikit urusan. Selesai urusan, terus pulang ke rumah Abg Wan di Seputeh. Pas antar kete abg wan, tunggu bas tepi jalan utk pulang ke Manjung. Naek bas Perak Roadways. Lama xnaek bas ni. Bila naek tu, teringat balik nostalgia bas ni mase zaman foundation kat UTP. Mcm2 memori tetibe terputar balik. Tp sekejap je la sebab terus tido sementara tunggu bas tu sampai Manjung. Haha.

Gitu je la urusan/misi hari ni. Selesai. Misi seterusnya, bersambung esok. Semoga dipermudahkan. Amiiin (^_^)

Di Cameron Highlands baru2 ni. Berlatarblkgkan curam dah bukit. Jaket crew medtech tetap dihati. Haha.

Ni kat Gua Tempurung baru2 ni jugak. Bersama tripod dan TasNeem. Menjawab persoalan Hazwan Arif dalam Komen beliau. (^_^)

Mlm ni nk shoot bulan.
SuperMoon
(^_^)

Wassalam
(^_^)

Thursday, May 3, 2012

Finally........

Salam.
Alhamdulillah.
Perkara yg ditunggu2 telah pun tiba.
Syukur kepada Allah swt. Urusan telah dipermudahkan. Alhamdulillah.

InsyaAllah, 16 May 2012, Aku akan melapor diri kepada majikan ku yg selama ini telah menanggung perbelanjaan pengajianku selama 5 tahun di UTP. Jawatannye,nanti la bg tau. Lek2 lu. Satu2.....

One more thing, aku akan dpt "bini" baru. InsyaAllah. Pray for the best.

Kerja semasa free di rumah. mari bayar2 bil. Ni nk bayar bil lektrik. Dpt no yg menarik ni. (^_^)

Masuk ke UTP hari Jumaat baru2 ni sebab nk amik sijil kat JPSP. Akhirnya pak gard UTP tak mengiktiraf aku sebagai warga UTP yg bleh keluar masuk UTP sesuka hati. Ermmm

Sempat snap saat2 yg amat mengembirakan ni. Alhamdulillah.Posmen,I waited for you for so long.Finally, u came. Thankz bro.

Btw, to all UTPians, hari ni bermulalah final exam anda. All The Best. Mulakan dgn Bismillah. InsyaAllah, diterima sebagai Ibadah disisi Allah swt.

Wassalam
(^_^)

Tuesday, May 1, 2012

Nasib Bangsaku

Sebagai respon kepada isu terkini, BERSIH 3.0.
Aku nk share lagu nih.

Nasib Bangsaku ~ Mawaddah.

Mohon hayati bersama. InsyaAllah
(^_^)


Oh alangkah sayunya hatiku
Bila aku melihatkan bangsaku
Kasih sayangnya sudah musnah
Perpaduan sudah punah ranah
Bahkan berlaku di dalam bangsaku
Pergaduhan dan tipu menipu
Kasih sayang sudah tidak lagi dipeduli
Masing-masing hidup cara sendiri

Alangkah malang bangsaku 
Cuba bersatu tapi tidak mampu
Malah makin menjauhkan antara satu sama lain
Kerna kita hanya tahu menggunakan akal semata
Tuhan tidak dibawa bersama 
Tuhan tidak diambil kira

Sebenarnya kunci segalanya
Bila kita mencintai Tuhan 
Cintakan Tuhan perpaduan dan kasih sayang
Pasti Tuhan segera mewujudkan 

Oh marilah,kita semua menyintai Tuhan kita
Agar bangsa dan juga negara bersatu dan berpadu semula
Ampunan Tuhan menaungi bumi Tuhan dirahmati
Kasih sayang berbunga semula 
Semua insan hidup berharmoni

Wahai Tuhan datangkan segera 
Penyelamat bagi kami semua
Menyatukan bangsa dan juga negara
Semoga hidup aman bahagia


Wassalam
(^_^)