Thursday, August 30, 2012

Salam Eidilfitri 1433H



Salam EidilFitri 1433 H.
Maaf Zahir dan Batin.
Walaupun dah dah terlewat hampir 2 minggu, sekurang2nya masih lg dlm bulan Syawal kan.Hehe.

So, dikepilkan besama post ni adalah gambar2 sekitar sambutan raya kali ni.
Gmbr2 adalah sekitar keluargaku dan sedara-mara sebelah mak dan ayahku.
Beginilah perjalanan rayaku.....

Gambar Mak dan Ayah bersama cucu2.

My beloved Parents

Abg Mie dan Kak Long beserta anak2.

Abg Wan dan Kak Aini beserta Miqdam

Fyqah berani btol main ayam ni. Ayam yg disembelih utk buat rendang raya.

Pas solat raya, tradisi bersalam-salaman serta pemberian duit raya diteruskan saban tahun.

Fyqah dan adiknya, Naufal.

Petang raya pertama, beraya ke rumah keluarga Kak Aini. Kuning bertemu Hijau. Perak bertemu Kedah. Perhimpunan Bersih bertemu Himpunan Hijau #EH. =p

Perjalanan raya diteruskan ke kampung sebelah Mak di Selama, Perak. Ni keluarga Mokti.

Ni plak keluarga Pak Nor dan Mak Nor. Adik beradik Mak sebenarnya ramai lg. Tp ni yg sempat diambil gmbr.

Ayah dan Mak bersama basikal nostalgia.

Ni la basikal Mak gi kerja dulu. Betapa berkualitinya brg2 dahulu.

Perjalanan raya diteruskan ke kampung sebelah Ayah di Teluk Intan. Rumah ni dah jd Home Stay utk Keluarga Aaisyah.

Tazkirah Subuh di pagi hari oleh org2 berpengalaman.

Hari Keluarga bg Keluarga Aaisyah. Bermain bowling.

Ade la sedikit majlis penyampaian hadiah.

Sehari sebelum pulang ke KL, petik buah mangga di ladang sebagai buah tgn.

Bukan main seronok lg dpt petik sndiri buah mangga ni. We choose ourself. Fresh.

Pastu masing2 balik ke rumah masing2. Selesai lah perjalanan raya bersama family kali ni. Alhamdulillah.
Sebagai penutup, ni gelagat anak2 buahku, Miqdam dan Syafiqah. Byk lg, tp tunjuk 2 ni je.



Wassalam
(^_^)


Thursday, August 9, 2012

Happy Birthday Dude!

Buat sahabatku, Syazwan.
Selamat hari jadi ke-23 bro.
Semoga happy selalu, Bahagia di dunia dan akhirat.
InsyaAllah.


Wassalam
(^_^)

Sunday, August 5, 2012

Nuzul Quran

Salam Ramadhan.
Salam Nuzul Quran

Sempena Nuzul Quran yg akan berlangsung esok, mari kita kenali Al-Quran secara asas.
Semoga bermanfaat. InsyaAllah

#TahukahAnda?

*********************************************

Al-Quran mengandungi 30 Juzuk, 114 Surah dan 6236 Ayat(Pendapat Ahli Kufah: diriwayatkan dari Hamzah AzZayyat, Al-Kisaie dan Khalaf bin Hisyam - Bukan 6666 ayat. --> SUMBER) dengan kira-kira 1.2 juta huruf.

Terdapat 86 Surah Makiyyah an 28 Surah Madiniyyah

AL-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 Tahun, 2 Bulan 22 Hari iaitu 12 Tahun 5 Bulan 13 Hari di Makkah  dan 9 Tahun 9 Bulan 9 Hari di Madinah .

Surah terawal diturunkan adalah Surah Al-'Alaq, Ayat 1-5 di Gua Hira'

Surah terakhir diturunkan pula mempunyai khilaf dimana ada ulama' mengatakan Surah Al-Maidah, Ayat 3 dan ada pula mengatakan Surah Al-Baqarah, Ayat 281. Sila baca petikan dibawah utk maklumat lebih lanjut

"Walau bagaimanapun, para ulama' tafsir telah menyatakan bahawa ayat 281 surah adalah yang terakhir diturunkan sebagaimnana pendapat Imam Sayuti berpandukan daripada kenyataan Abdullah bin Abbas yang dibawa oleh An-Nasaie bahawa 'Akramah Bin Abbas telah berkata : "Ayat yang terakhir ialah ayat 281 Surah Al-Baqarah yang diturunkan pada malam ke 9 sebelum wafatnya Rasulullah".

Untuk mengukuhkan dakwaan para Mufassiruun, Al-Sayuti menambah bahawa ayat 3 Surah Al-Maidah yang didakwa oleh majoriti umat Islam sebagai ayat yang terakhir diturunkan 18 hari sebelum kewafatan baginda.

Beliau berhujjah lagi, ayat 3 surah al-Maidah menjelaskan bahawa segala ajaran Islam telah sempurna dengan segala hukum-hakam dan kewajipan sebagai seorang muslim, tetapi ia tidak menafikan turunnya ayat lain selepasnya yang hanya memberi peringatan dari azab Allah spt ayat 281 surah Al-Baqarah di atas. Maka ini jelas menunjukkan bahawa ayat surah adalah ayat yang terakhir diturunkan. " - SUMBER

****************************************************

Mengakhiri post kali ni, mari sama2 kita hayati maksud ayat 1-5 Surah Al-Baqarah ini.
Selamat beramal. InsyaAllah.



Wassalam
(^_^)

Wednesday, August 1, 2012

1st Outstation

Salam.
Ramadhan Kareem!
Alhamdulillah.
Done 1st Outstation
as an employee.
Kerteh
A peaceful place.
Subhanallah
(^_^)

View from by room. Subhanallah.

The Sunrise. Selalu kat Manjung tgk Sunset je. Subhanallah

Bermain2 dgn ombak dipagi hari sebelum pulang ke KL.

Wassalam
(^_^)