Sunday, August 5, 2012

Nuzul Quran

Salam Ramadhan.
Salam Nuzul Quran

Sempena Nuzul Quran yg akan berlangsung esok, mari kita kenali Al-Quran secara asas.
Semoga bermanfaat. InsyaAllah

#TahukahAnda?

*********************************************

Al-Quran mengandungi 30 Juzuk, 114 Surah dan 6236 Ayat(Pendapat Ahli Kufah: diriwayatkan dari Hamzah AzZayyat, Al-Kisaie dan Khalaf bin Hisyam - Bukan 6666 ayat. --> SUMBER) dengan kira-kira 1.2 juta huruf.

Terdapat 86 Surah Makiyyah an 28 Surah Madiniyyah

AL-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 Tahun, 2 Bulan 22 Hari iaitu 12 Tahun 5 Bulan 13 Hari di Makkah  dan 9 Tahun 9 Bulan 9 Hari di Madinah .

Surah terawal diturunkan adalah Surah Al-'Alaq, Ayat 1-5 di Gua Hira'

Surah terakhir diturunkan pula mempunyai khilaf dimana ada ulama' mengatakan Surah Al-Maidah, Ayat 3 dan ada pula mengatakan Surah Al-Baqarah, Ayat 281. Sila baca petikan dibawah utk maklumat lebih lanjut

"Walau bagaimanapun, para ulama' tafsir telah menyatakan bahawa ayat 281 surah adalah yang terakhir diturunkan sebagaimnana pendapat Imam Sayuti berpandukan daripada kenyataan Abdullah bin Abbas yang dibawa oleh An-Nasaie bahawa 'Akramah Bin Abbas telah berkata : "Ayat yang terakhir ialah ayat 281 Surah Al-Baqarah yang diturunkan pada malam ke 9 sebelum wafatnya Rasulullah".

Untuk mengukuhkan dakwaan para Mufassiruun, Al-Sayuti menambah bahawa ayat 3 Surah Al-Maidah yang didakwa oleh majoriti umat Islam sebagai ayat yang terakhir diturunkan 18 hari sebelum kewafatan baginda.

Beliau berhujjah lagi, ayat 3 surah al-Maidah menjelaskan bahawa segala ajaran Islam telah sempurna dengan segala hukum-hakam dan kewajipan sebagai seorang muslim, tetapi ia tidak menafikan turunnya ayat lain selepasnya yang hanya memberi peringatan dari azab Allah spt ayat 281 surah Al-Baqarah di atas. Maka ini jelas menunjukkan bahawa ayat surah adalah ayat yang terakhir diturunkan. " - SUMBER

****************************************************

Mengakhiri post kali ni, mari sama2 kita hayati maksud ayat 1-5 Surah Al-Baqarah ini.
Selamat beramal. InsyaAllah.



Wassalam
(^_^)

No comments: