Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Summa, Alhamdulillah.
Summa, Alhamdulillah.
Huaaa...lama betul xpost kat blog. Sejak ade instagram la jadi gini. Haha. Tapi rasenye cam nk start balik berblogging. Lain feel dia sbnrnya. Meh aku update skit sejak last post yg bertarikh 7 Ogos 2014. Almost a year....fuhh.
September 2014
14-09-2014 - Kami terima kelahiran ahli baru, Husna. Lahir pada Minggu ke 37, about 1 month earlier from the EDD. Xsabar nk tgk dunia ye Husna.
Oktober 2014
Bermula la kehidupan sebagai Abah dan Ummi kepada Husna. New life, new challenges, new adventure.
November-Disember 2014
Hujung tahun mmg menjadi kesempatan utk join training. So, kali ni join training kat Sunway Resort selama 2 minggu dan Hotel Maya, KL seminggu. Persediaan jugak la sebab start Januari 2015 akan jalani Plant Attachment kat Gas Processing Plant kat Paka, Terengganu.
Januari 2015
Bermula la sesi latihan sambil bekerja di kilang proses gas. Half of the year will be part of plant operation. Jadi orang Terengganu jap.
Februari 2015
21-02-2015 - Majlis Aqiqah Husna. Seekor kambing. Majlis serentak dengan doa selamat sempena Ayah dan Mak yg akan mengerjakan Umrah di bulan March 2015 nanti.
March 2015
Bercuti di Colmar Tropicale Berjaya Hills. Bermalam kat situ satu malam. Nyaman tul cuaca kat sana. Pemandangan pun cantik. Subhanallah.
April 2015
Husna 7 Bulan. Bulan ni xbyk aktiviti sgt kot. Tapi weekend mmg xduk diam la kat umah. Haha.
Mei 2015
Program jenjalan Family Bahagia ke Pantai Timur. Berjalan di Teluk Cempedak, Zoo Mini Kemaman, Pantai Kemasik dan shopping di Pasar Payang Kuala Terengganu. Pastu join tournament hoki kat Kuantan. Pancit jugak la maen 7 org. Haha.
Tu la serba sedikit aktiviti sepanjang blog ni menyepi. Byk je sebnrnya jenjalan dan aktiviti lain. Tapi mmg selalu update kat Instagram je. Bleh la nk usha, tp kene request la kalo nak folow. Sila la search NASHUNTER kat Instagram. Hehe. Pasni maybe bleh share info2 penting dan ilmu2 lain kat sini. Sometime, ilmu dr pengalaman sendiri tu berguna gak utk org len sebagai rujukan. InsyaAllah
(^_^)
No comments:
Post a Comment