Sunday, May 24, 2015

Air Terjun Menderu [Hutan Lipur Air Menderu]

Assalamualaikum.

Kali ni nak share skit pasal aktiviti hujung minggu lepas iaitu berkelah di Air Terjun Menderu. Pagi tu berurusan skit kat Tabung Haji pastu wife ajak berkelah kat air terjun. So, beli lauk skit dan bawak la bekal ke sana. Pas Zohor kat rumah, kami pun bertolak. Rupenye dekat je lokasi air terjun ni dr rumah kami. Alhamdulillah, dalam setgh jam sampai. Dalam 25 km je dari Paka.

Bleh navigate ke Hutan Lipur Air Menderu utk ke lokasi. Dr jalan utama, jauh gak skit ke dalam.

Secara ringkasnya, tempat ni best. Recommended. Dari segi rating...ini rate aku bagi seperti dibawah.

Kebersihan - 6/10 (Bilik air dan surau bersih, tong sampah disediakan. Pondok berpasir skit. Better bawak tikar)
Kemudahan - 8/10 (ade surau, tandas, pondok, meja makan,tempat bbq dan parking)
Keindahan Semulajadi - 7/10 (Air jernih, nmpak ikan,ketam, ayak-ayak. Pohon rendang)
Kesesuaian untuk berkelah - 7/10 (Lebih sesuai pada yg berkeluarga, kanak2 kerana air xderas sgt dan xdalam)
Overall - 7/10


Bawak Husna maen air terjun sekali. Sejuk air dia tapi seronok plak Husna mandi-manda. Tahan sejuk jugak dia. InsyaAllah bleh dtg lagi lain kali.

Begitulah serba sedikit perkongsian utk kali ni. 
Sehingga berupdate lagi.

Wassalam
(^_^)

No comments: