Sunday, June 14, 2015

Sukan KSRP Wilayah Pantai Timur (SPT) 2015

Assalamualaikum.

Kali ni nak bercerita sedikit aktiviti minggu lepas. Bukan hujung minggu ye..tp sepanjang minggu. Haha. Minggu lepas ditugaskan utk mewakili PGB dgn nama Gas Business dalam Kejohanan Hoki SPT selama 3 hari. Perlawanan kali ni diadakan di Stadium Hoki Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan Pahang. Kali ni kami stay kat Kosma Business Hotel. Mmg terletak betul2 di tgh2 bandar Kuantan iaitu di blkg East Coast Mall. Xjauh dr Stadium Darul Makmur Kuantan.


Alhamdulillah. Berjaya merangkul Naib Johan setelah tewas dalam penentuan Penalty Shoot-Out setelah seri 2-2 dengan pasukan Business Support. Berikut adalah keputusan kesemua perlawanan yg terlibat.

Peringkat kumpulan:
GAS Business(5) vs PETCHEM (0)
GAS Business  (5-0) vs OIL Business (0)

Separuh Akhir:
GAS Business (6) vs GEBENG (1)

Akhir:
GAS Business (2) vs BUSINESS Support (2)
(Penalty: 1-3)


Alhamdulilah. Dianugerahkan Man of the Match Final. Total skor tournament kali ni adalah 6.

Dengan team GAS ni, makan adalah nombor satu. Pastu barulah pikir pasal game. Haha. Kali ni merasa la makan tempat2 best di Kuantan. Antaranya adalah MABIQ Restaurant dan Ana Ikan Bakar. Antara tarikan utama kat MABIQ Restautant adalah Paih Patin Tempoyak. Mmg 10/10 la markah aku bagi. Siyesly sedap dan amat menyelerakan. Alhamdulillah.


 Sekian untuk laporan kali ni.
Sehingga update seterusnya, InsyaAllah.

Wassalam
(^_^)

No comments: