Sunday, January 2, 2011

|| Selamat Hari Jadi, Pedang Allah ||

Salam. 
Post khas buat sahabatku, Saifullah atau aku panggil dia Epoi je. Genapla sudah umur beliau 22 tahun pada hari ni. Semoga terus berjaya didunia dan akhirat.


Sedikit info mengenai persahabatan kami.
Bermula tahun 1998,aku mengenali beliau di Sekolah Kebangsaan Lekir, Batu 8 iaitu sewaktu berumur 9 tahun (darjah 3). Aku masuk skola tu penghujung drjh 2,dan dia masuk darjah 3. Masuk2 je,terus menjadi pesaing tegar dlm akademik mahupun ko-kurikulum.Dah la nama pun dekat2.Tapi persaingan secara sihat la. Kitaorg bersahabat sejak mula berkenalan lg. Dgn result UPSR yg sama, Alhamdulillah,kitaorg ditakdirkan utk terus bersaing di sekolah menengah yg sama, SERATAS. Berkongsi result PMR yg sama juga, terus lg bersaing dlm satu kelas dlm aliran Biologi. Di SERATAS,beliau melebihi sedikit dlm akademik mahupun ko-kurikulum (HICOM Pengawas Sekolah). 
Dgn result SPM beliau melebihi aku 1 A (sebab aku ade 1 B),beliau meneruskan pelajaran di peringkat universiti dlm bidang MEDICAL. So,skang ni beliau kat Poland. Sedangkan aku mengambil keputusan utk melanjutkan pelajaran dlm bidang ENGINEERING di UTP. tapi Malaysia je la..bukan Toronto ye... =p
Skang,kami masing2 dlm bidang masing2. Bersaing namun di haluan yg berbeza dlm bidang akademik. Apepun,aku doakan sahabatku ni akan terus berjaya di dunia dan akhirat. Ini bermakna, sudah 13 tahun  ukhwah ni terjalin. Ukhwan Fillah Abadan Abadaa.InsyaAllah (^_^)


2 Januari 1989 M
Isnin
24 JamadilAwal 1409 H
P/s : Epoi,ni cilok gmbr ko dr facebook je. Gmbr ak ngan ko dah lama xamik. balik Malaysia,lepak2 cam biase ek..all the best bro! (^_^)


Wassalam (^_^)

Saturday, January 1, 2011

|| 1-1-11: New Year ||

Salam tahun baru 2011 buat semua.
Alhamdulillah,kita diberi kesempatan utk menghirup udara Allah swt sehingga ke saat ini.
Hari ni,masuklah kita ke tahun baru 2011 dan meninggalkan 2010 yang penuh memori2 indah mahupun xindah.



|| 2011 01 01 - Selamat Tahun Baru 2011 ||

Alhamdulilllah. hari ni pi i-City Shah Alam bersama Kak long, Abg Mie, Syafiqah dan Abg Yang. Niat asal just nk pi tgk tmpt2 lampu2 tu je. Alih2,sampai sana dlm kul 6.30pm (kete pun xbyk lg,xjam pun),rupa2nya ade sambutan tahun baru 2011 peringkat negeri Selangor kat situ. So, kira rezeki la dtg situ ade sambutan plak. Layan!!!


Sedikit info pasal i-City Shah Alam ni....terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Masih byk construction yg sedang dijalankan. Tempat dia best,Lights Wonderland berasaskan lampu2 bermacam bentuk. Ade haiwan,tumbuhan dan objek. Bayaran?? RM10 per entry untuk satu kete. Dpt kupon sekali bernilai RM10. Kupon tu bleh pakai utk masuk Safari. Tmpt2 yg ade boneka haiwan2 safari tu kene byr nk masuk. RM2 per head. So,dgn kupon tu,kire free la. Pastu ade tmpt Snow World (ye ker nama tmpt dia ni??haha). Siyes sejuk. Nk masuk tempat mcm salji tu RM25 utk dewasa dan RM20 utk kanak2. Dpt sekali baju sejuk. Kasut kene sewa, RM10.


Ok.cukup pasal i-City, jom  layan gmbr yg sempat di snap sebelum baterinye habis menjelang tahun 2011.




|| 2010 12 31 - Sekitar 7pm di i-City Shah Alam ||
  
||2010 12 31 - Syafiqah at i-City Shah Alam||

||2010 12 31 - Kami di i-City Shah Alam. Safari world.||

||2010 12 31 - Kami di Snow World. Countdown kat oversea kot.... =p ||

||2010 12 31 - Aku dan family Kak Long. Syafiqah dah kesejukan ||

||2010 12 31 - With my elder brother. Mcm kat London rasenye ||

||2010 12 31 - I've shot every single color of lights. Subhanallah ||

Subhanallah. Itu la kalimah yg dpt disebutkan sepanjang berada di sini. Sungguh indah ciptaan Allah swt. Semua ini milik Allah swt. Bersyukur ke atas nikmatnye kerada tanpa ilham yg diberikan pada manusia,xwujud la tmpt camni.

Papepun,berakhirnya tahun 2010. Bermulalah tahun yg baru,tahun 2011 Masihi. Mari buka buku baru lagi walaupun dah buka dah 26 hari yg lalu (1432 H). Semoga tahun ini akan lebih baek dr tahun yg sebelumnya. Amiin. Maybe tahun ni tahun terakhir sesi perbelajaran aku. Doakan agar kejayaan demi kejayaan dicapai. 

Tahukah anda?
Tahun 2011 memberi umurku 22 tahun pada 20 Februari (20-2-2011). Namun, 1432 H memberiku umur 23 tahun pada 14 Rejab (14-7-1432). 

Wassalam (^_^)

Friday, December 31, 2010

|| 2010 ||




Salam 31 Disember 2010.

Post ke 250.just nice to post this post.hah...ape aku ngarut nih..
Alhamdulillah. Diberi lagi kesempatan umur sampai ke hari ni. So,post ni maybe khas utk gmbrkan memori aku sepanjang tahun ni.not all,tapi boleh la.....
Amaran,post ni mempunyai byk gmbr. Lets the pictures tell the story (^_^)

|| 1 Januari 2010, Kita disambut ngan gerhana bulan. Shot from Seri Manjung ||
|| 4 Januari 2010,Achik di hantar ke PLKN,duta tunggal keluargaku ke PLKN.||
|| 13 Janurari 2010, Majlis doa selamat kat umah Abg Wan sempena rumah baru dan anak baru - Miqdam ||

||14 Januari 2010, bertanggungjawab sebagai ketua media facee utk MAS Jan 10||


||15 Januari 2010, pertghan bulan Januari,disajikan pula Gerhana matahari,Subhanallah||


||31 Januari 2010, antara outing dak2 medtech adalah ke Kellie's Castle. Gmbr ni masuk majalah. Yeah! ||

|| 15 Februari 2010, sambutan bday aku ngan adik aku. sambut sekali sebab dekat2 je tarikh ||



||21 Februari 2010, Aku, Syaz n Dqeen at Bukit Merah. pas habis Leadership Camp anjuran UTP||
||27 Februari 2010, Media Tour 2010 [MT10],live at SkyBridge||
||28 Februari 2010, serentak ngan ni adalah MT10,sehari selepas kelahiran Syafiqah,anak buahku yg kedua.||


||18 April 2010, lepak2 ngan syazwan n awang ke teluk batik. xdok kojo kan...haha ||


|| 6 Mei 2010, team futsal aku yg sudah berumur 3 tahun akhirnya menjuarai CPL 2010. ||
||10 Mei 2010, berakhirnya kelas PCS kitaorg. kelas utk presentation. cuak kot ||

|10 Mei 2010, MEDTECH Appreciation Night 2010. Berakhirnya tanggungjawab aku sebagai presiden |||

||14 Mei 2010, dinner perpisahan CJ7. pastu,masing2 membawa diri ke tempak intern masing2 ||

||6 Jun 2010, bersama family di Masjid Besi Putrajaya. Jalan2 di Putrajaya||
||7 Jun 2010, bermulanye internship aku di PRSB. jadi researcher jap utk 8 bulan||


||24 Julai 2010, aktiviti BBQ di rumahku di Seri manjung, Sambut bday Kak Aini dan Mak sekali||
||23 Ogos 2010, Journey to the North. Live at Gunung Jerai||


||9 Ogos 2010, Majlis Konvokesyen Kak Long. Dpt master dah beliau. Aku ni degree pun xhabis lg...skit lg.komon2||


||11 September 2010, aktiviti gambar family di hari raya, Syawal 1431 H.14 org dah skang||

||15 September 2010, Jelajah raya medtech sekitar KL. 7 + 1 Perhentian.||

||30 September 2010, Lip Lap Aidilfitri 2010 PRSB. Majlis sambutan raya kat tmpt intern aku||


||30 Oktober 2010, bergmbr di tingkat 42 KLCC,menara 2. Crew yg 'TER'libat||


||27 November 2010, MAHA 2010 di Serdang. Wat rekod sampai 4 kali pi.||


||18 Disember 2010, aktiviti memanah di Sunway Pyramid, Ice skating sekali.||
So,inilah gmbr2 aktiviti aku sepanjang tahun ni.byk lagi sebenarnya,tapi tak terupload.
Skang nak pi I-City Shah Alam. Ngan Abg Mie, Kak Long, Abg Yang dan Syafiqah. Sambut tahun baru disana kot. Saje jejalan cuti2 ni. sehingga diupdate lg di tahun hadapan Nantikan, 1-1-11.


Credit to : Faiz, Celat, Dqeen, Nina, Pisyek, Ridhwan Korea & Awang 4 the pictures.

Wassalam (^_^)




Thursday, December 30, 2010

|| Malaysia Juara Piala Suzuki 2010 ||

Salam.
Alhamdulillah. akhirnya, pasukan bola sepak Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki 2010.
Tahniah!Semoga pasukan negara kita akan lebih mantap dah berjaya di tahun hadapan dan tahun2 seterusnya.





Oh ya..kebanyakan pemain malaysia adalah sebaya dgnku. bagus2. Secara keseluruhannye,lingkungan umur permain Malaysia utk kali ni adalah antara 18-23 tahun. Xnak merepek pnjg,nk tau lebih lanjut,google ar. (^_^)

Oh..satu lagi...PM Malaysia umumkan Jumaat ni cuti umum. Thankz even aku (PETRONAS) mmg cuti pun. (^_^)

Wassalam (^_^)

Tuesday, December 28, 2010

|| Sahabat Selamanya ||

Salam. Baru dgr lagu nk kat radio. Best plak. Khas buat sahabat2 dan rakan2 ku (^_^)

Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita.....

(^_^)





Wassalam (^_^)

Sunday, December 26, 2010

|| Musolla ||

Salam.
Semlm mmg boring duk umah. Sebab duk sorg2. Keluarga kakakku [Kak Long] ke Kuantan utk menziarahi saudara abg iparku.
So,bgn2 pagi mmg bosan la. sampai la ke petang. tanye ahmad hasif (aku panggil dia amad je) ade kat mane,dan dia bg tau ade kat Time Square (TS). So,tnpa melengahkan masa,aku pun drive ar CBK aku ke sana. So,ptg semlm lalu Smart Tunnel dan pi TS n Lowyat. saje pusing2 n survey something.

So, nk share kat sini,setiap tmpt yg aku pi,insyaAllah aku akan bersolat kat sana. maklumla,dah masuk waktu solat,wajib solat. Ni surau/musolla kat tempat2 yg aku pi sekitar KL. InsyaAllah bermanfaat.

1- Alamanda, Putrajaya.
Musolla dia kat aras P3,dkt ngan centre court,menghala ke South Wing.belah kiri.

2- The Mines, Serdang.
Musolla nya kat aras 3. xtau nk bg specific camne. tapi aras 3 la kalo xsalah.hehe

3- Warta, Bangi.
Musolla mall ni kat bawah tanah. kat area parking. P1 kot.

4- Midvalley.
Musolla dia ade beberapa tempat. kat LG,dekat ngan kedai Big Apple. Ataupun kat Jusco pun ade. tapi xhingat floor bape. tapi dkt ngan brg2 elektrik.

5- Suria KLCC.
Alamak,yg ni xbrape hingat sgt. Ground floor kalo xsalah. kene lalu KFC.area2 situ la,insyaAllah.

6- Sunway Pyramid
Musolla kat sini pun ade beberapa. Satu kat tingkat 3,area ice skating.ade jugak kat first Floor (Red Zone),Level LG1 (Orange Zone) dan Level LG2 (Orange Zone)

7- Time Square.
Musolla dia tinggi skit. kat tingkat 8.

8- Plaza Lowyat.
Musolla plaza ni plak kat bawah tanah jugak. Kat parking area. Xpasti aras ape.

9- Menara 2, KLCC.
Musolla Menara 2 KLCC ni terletak di tingkat 13. Besar dan selesa. kalo Menara 1, ade kat aras 2. (^_^)

10- Pavillion
Kat sini xsempat merasa surau dia. tapi surau dia ade kat aras 5. dgr citer surau dia lawa. [link]. ade jugak kat aras parking, B2.kalo xsalah la.


11- SOGO
Surau/Musolla kat SOGO terletak di area parking jugak. Aras B1.




So,ni la surau/musolla kat mall/tempat menarik di sekitar KL yg aku dah pi sepnjang aku praktikal ni.kalo salah tu,btulkan la ek. carik sendiri kalo pi,yg pasti mmg ade.
Tinggal lagi 3 minggu lg praktikal. Next week presentation. xprepare lg. idea2,marilah....masukla dikau kedalam otakku,

Apepun,walau dimana kita berada,insyaAllah,tmpt solat tu ade. Kemudahan utk bersolat tu ade. Just nak xnak je. Sama2 lah kita menjaga solat kita. (^_^)

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”.
(Al-Baqarah: 153)

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada fahsya’(keji) dan mungkar."
(Surah al-Ankabut: 45)

P/s: Pasni nak wat journey ke masjid2 lak. Masjid kat Putrajaya dah merasa dua2. (^_^)

Wassalam (^_^)

Saturday, December 25, 2010

|| Minggu Lepas ||

Minggu lepas gi Sunway kan. Hari ni baru ade mood nk upload gambar.
Thankz to Diqeen,Adib n Pisyek 4 the pictures. (^_^)









Wassalam (^_^)