Wednesday, November 30, 2011

|| Wordless Wednesday #11 ||


It is not flesh nor blood
but it's the HEART which make us
Family
(^_^)


Canon EOS 450D. MT10. Sky Bridge KLCC

Monday, November 28, 2011

|| 1 Muharram 1433 H ||

Salam Maal Hijrah.
Nk update skit aktiviti cuti wiken baru2 ni. Ahad,iaitu semlm merupakan hari pertama utk tahun 1433 H. So,isnin pun cuti. Semua ahli keluargaku berkumpum balik rumah. Best. Full house. Hari sabtu, wat bbq mlm tu. Hari Ahad, berkelah ke teluk batik. Isnin, lepak di rumah saje. siap2 balik tempat masing2. Jom tgk gmbr skit.

30 Zulhijjah 1432 H


BBQ - Sate - Durian

1 Muharram 1433 H











Teluk Batik - Banana - Berkelah - Main Bola - Main pasir



Malaysia vs Bahrain. Malaysia tewas 2-3. Sayang.

Balik UTP. Fokus. FYP plak. Kene siapkan. Setiap wiken ade event pas ni.

Wassalam
(^_^)


Saturday, November 26, 2011

|| Tahun Baru Hijrah 1433 ||

Salam Tahun Baru Hijrah
1433 H




Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.









Friday, November 25, 2011

|| ChemE Premier League November 2011 - CPL Nov '11 ||

Salam.
Malam tadi selesai sudah tournament futsal plg berprestij bg warga CJ7. Alhamdulillah. Segalanya berjalan ngan lancar. Pertamanya, diucapkan terima kasih kepada pengurus utama tournament kali ni, Hafiz Micro di atas kejayaan beliau menguruskan aktiviti ni dgn jayanya setelah beliau mengambil alih tampuk pengurusan drpd founder CPL ni, Zaki Saeed. Xlupa jua pada barisan Referee, Fauzi dan Hazwan (Beliau) yg mengadili permainan dgn baek sekali. Kedua-duanya sebenarnya adalah star dlm sukan ini, namun atas sebab tahap kesihatan fizikal yg tidak mengizinkan, mereka menawarkan diri utk menjadi Ref sepanjang permainan mlm td.Thankz jugak pada MasterChef Air kita, Luqman dan Hanifi atas air yg disediakan. Sedap.Ok..cukup..dah mcm ucapan perbukaan syarahan plak kan.

Ringkasnya, mlm td gerak dlm kul 9.30 malam dr UTP menuju Sport Planet Menglembu, Ipoh. Alhamdulillah, dlm pukul 11.00pm,semuanya telah tiba kecuali beberapa org yg ade meeting mlm tu di UTP. Maka, game pun bermula pada pukul 11.15pm dgn menggunakan 2 court. Sebanyak 6 team menyertai tournament kali ni iaitu Chemical Assessment, Gantan, Oreo, Victory, The Nerds dan jua Pejambubeh. Permainan di lakukan secara liga dimana semua team akan berlawan dgn team yg lain. Namun, keputusan akhir masih belum dikeluarkan oleh organizer. Jadi, kita layan je la gmbr2 yg berjaya disnap oleh TasNeem.







Persediaan sebelum permainan bermula.
Masing2 membuat perancangan utk corak permainan team masing2.






Kesan drpd permainan CPL kali ni. Patah. Cabut. Macam2


Antara aksi2 sepanjang perlawanan. Byk gmbr team aku je.
Sebabnya yg pegang kamera ni mmg nk amik gmbr team aku je.
haha...xpo..team lain..ade kat kamera lain.

Chemical Assessment
[Zack-Amin-Syazwan-Kamil-Adi-Sap Diah-Nas]

Victory
[Atif-Amr-Abughali-Capix-Raj-Sami]

Gantan
[Farhan-Amin Ganu-Jahar-Pokjak-Amir-Syuib-Nuar]

Pejambubeh
[Mus-Sap Atan-Faiz-Ah Seng-Azfar-Zaquan-Kacang-Din]

Oreo
[Ayik-Syafiq-Abu-Loh-Hamzah-Fahmi]

The Nerds
[Nije-Apiz-Mayak-Dharveen-Acap-Kerol-Mamat]

Barisan Organizer
[Ah Seng-Hazwan-Apiz-Hanifi-Poji-Luqman]

All of Us.

Pas penat maen,singgah mapley,melantak dulu even dah kul 3. Terbaek. Rezki mapley la mlm tu.

Maybe ni tournament CPL terakhir buat kami. Selepas 2 bulan dari sekarang, InsyaAllah, tamatla pengajian kami di UTP. Masing2 akan bawak diri, ke tempat kerja masing2.
Semoga aktiviti ni menjadi kenangan yg indah buat semua.
Sob2...dah nk habis dah kan. Wooooo..............

Jurukamera TasNeem mlm tu. Adik aku, Syahir dan adik Syazwan, Syamim.
Thankz to both sudi join sampai ke 2 pagi.

Wasssalam
(^_^)

Thursday, November 24, 2011

|| Teaser CPL Nov 2011 ||



ChemE Premier League
Nov 2011
Sport Planet, Menglembu, Ipoh
11pm-1am


Jom rasai kehangatan tournament berprestij ni.
(^_^)



Wassalam
(^_^)

Wednesday, November 23, 2011

|| TESCO Bandar Universiti Open Today ||

Salam.
Alhamdulillah. Selesai melawat TESCO Bandar U yg memulakan operasinya hari ni. Pagi ni patutnye ade kelas, tp dpt berita kelas dibatalkan.  Terus siap2 gi TESCO tu. Mula2 breakfast dulu kat Restoren Taman Maju. Pas breakfast, aku ngan rumate terus gerak ke TESCO tu. Cari parking n teruskan penjelajahan. Lets pictures tell the story.

Pintu Masuk Utama

Buat Clubcard dulu. Baru leh shoppping. Ade points.

Ni foodcourt dorg.
Nama dia Food Lab.
So,ni la suasana dlm lab tu. ade 5 kedai.
Kerusi ade 120,meja ade 30.

Barisan kedai2 yg ade.
Kedai xde la byk sgt,tp mmg bleh katakan keperluan.
Ade kedai henset,game,dvd,kek,kasut,komputer,baju,beg dan sebagainya.

Ni pulak bahagian utama TESCO.
Ade 12 kaunter.
Xseluas TESCO Pengkalan atau pun Manjung.
Tapi rasenye sesuai dgn kapasiti penduduk di sekitar Seri Iskandar ni.

Alang2 dah sampai sini,shopping la skit.
Tgk sendiri ape kitaorg beli. Xmo gtau.haha
Rumate promote Clubcard Tesco. Rasmi 1st point.

Ni plak xde kaitan ngan TESCO.
Ni setup Padang Bola kat UTP.
ade Kejohanan Mykids Soccer Peringkat Kebangsaan 2011.
Bermula 21 November sampai la 30 November.
Punya la besar Malaysia ni, kat padang UTP jugak dorg nk wat.
Dah la bebudak tu bising giler kat V5 ni.
haha..biase la..bebudak. hehe

Cukup sekadar tu utk berita terkini.
Dgr citer Billion dan seangkatan dgnnye akan memulakan operasi pada April 2012.
Makin meriah nampaknye kawasan ni.


Wassalam
(^_^)

Tuesday, November 22, 2011

|| 21112011 Sejarah Berulang. Harimau Muda membaham Garuda Muda ||

Salam.
Sejarah berulang lagi. Alhamdulillah. Tahniah buat pasukan muda Malaysia, Harimau Muda diatas kejayaan menjuarai bola sepak 26th Asean Games 2011 ni. Garuda Muda sekali lagi dibaham Harimau Muda. Apepun, perlawanan sgt la sengit. Kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi permainan yg layak berrgelar juara. Namun, rezeki lebih memihak kepada pasukan Malaysia. Tahniah!~



UTPians

Kat sini saje nk share suasana di UTP sepanjang perlawanan yg penuh dramatik ni. Mula2 sekali, Cafe V5 sudah mula dipenuhi oleh penyokong kedua2 pasukan sejak pukul 8 malam. Masing2 mengambil tmpt dah membeli juadah dinner mengikut selera masing2. Namun, setelah pukul 8.30malam, hujan turun dgn lebatnya. Disebabkan tv di cafe v5 menggunakan Astro, so siaran xavailable. So, masing2 lari mencari tv2 di common room yg hanya pakai area biase. Walaupun tmpt xbrape best, tp disebabkan semangat kesukanan, sanggup menyempit2 dlm common room.

Suasana di Common Room V5E. Ade kanak2 dr pertandingan Soccer Kidz Peringkat Kebangsaan menonton bersama.

Setelah perlawanan berlangsung dlm 20 minit, siaran di Astro kembali pulih. Org mula berpusu-pusu semula ke cafe v5 utk menyaksikan perlawanan yg berprestij ni. Alhamdulillah,aku dpt port baek. Depan kedai air,stret je ngan tv. Kehangatan permainan semakin terase. Walaupun Indonesia mempunyai kelebihan satu goal  yg diperolehnya pada minit ke-5,namun kelihatan Malaysia byk menyerang. Dan akhirnya, pada minit ke-35, Harimau Muda berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan cantik Asra. Keputusan seri sehingga tamat separuh mase pertama. 


Suasana di "Stadium V5". Penyokong kedua-dua pasukan duduk bersama dgn aman. (^_^)

Dibabak kedua, kedua2 pasukan mengatur kembali strategi permainan. Kedua2 pasukan rancak menyerang. Namun, keputusan masih seri 1-1 sehingga tamat masa perlawanan. 30 minit masa tambahan diberikan. Pada separuh masa pertama, Indonesia mengejutkan Malaysia dgn satu goal,namun tidak sah kerana pengadil telah mengesahkan bahawa berlaku offside sebelum goal dijaringkan. Pada separuh masa kedua, Malaysia pula mengejutkan pasukan Indonesia dgn jaringan yg jua tidak disahkan kerana offside. Akhirnya, setelah 120 minit bermain, kedua2 pasukan masih seri. 

Akhirnya, penentuan juara di tentukan melalui penalti. Keeper Malaysia begitu mantap sekali kerana berjaya meneka 3 drpd 5 tendangan penalti Indonesia. Alhamdulillah, Malaysia menjuarai bola sepak ASEAN Games 2011 ni dgn kemenangan (1)4-3(1) ke atas Indonesia. Tahniah! (^_^)


 Bergambar bersama penyokong Indonesia. Keharmonian di UTP. Alhamdulillah.

Wassalam
(^_^)

Monday, November 21, 2011

|| 20 11 2011 - Penang Bridge International Marathon 2011 ||

Salam.
Alhamdulillah. Hujung minggu yang memenatkan tapi menyeronokkan. Bermula Jumaat, plan asal utk berjalan-jalan bersama rakan2 telah dibatalkan di akhir2 waktu. So, jumaat tu la aku baru nk plan sendiri. UTP ade sediakan bas utk ke Penang. Tapi akan bertolak pada waktu malam sebelum acara bermula ditambah plak akan tido dlm bas. So,aku plan gi sendiri. Petang sabtu, sebaik sahaja rumate aku sampai dr rumah beliau (Seremban), aku ngan dia terus bertolak ke Penang dgn CBK. Aku drive. Paham je dia penat. So, terus ke Sg Petani sebab nk amik sorg lg member kat sana, Zakuan. 


Maghrib sampai rumah beliau. Selepas solat Maghrib disana, terus betolak ke Batu Feringgi, Penang. Sana, ade satu geng yg mmg dah gerak dr awal pagi. Geng Dqeen n her hosmet. Tapi dia sorg je yg lari marathon ni. Jumpa kat sana, dinner ramai2. Pas dinner, hujan. So,xdpt jejalan sgt kat sana. Jumpa sorg peniaga minyak wangi dr Maghribi. Best sembang ngan dia, peramah.Pas beli sebotol minyak wangi dia, terus gerak balik ke Bayan Lepas, tempat penginapan kami. Menginap di rumah ikhwah, Anas yg menetap disitu. Seorg engineer di Intel. 


Dlm kul 12.30am tido dan bgn kul 4.15 pg. Siap2 n terus gerak ke Eistin Hotel,  tempat pelepasan marathon kategori 10km. Kali ni, aku berlari ngan Safwan plak. Disebabkan medal akan diberi kepada suma Finisher yg habiskan larian dlm mase 90 minit, so aku xde la nk all out sgt nk kejar tempat. So, berlari bersama Safwan sepanjang larian. Menikmati udara segar di Jambatan Pulang Pinang di pagi hari. Sgt menikmatkan. Subhanallah Alhamdulillah.

Alhamdulillah, berjaya menamatkan larian dlm mase yg ditetapkan. Dapat medal! Suma peserta UTP dpt medal. Objektif tercapai. Pas amik2 gmbr di board rasmi event tu, kitaorg pun balik semula ke rumah Anas. Pas siap2 mandi suma, gi breakfast dulu ngan tuan rumah. Xtau ape nama tempat tu. tapi best la. Suasananya menarik. Bfast kuew tiaw sup. Awesome. Pastu,kitaorg pun beransur. Thankz to Anas. Byk gak sembang2 ngan beliau pasal keje. Best2.



So, pas bfast, terus gi Bt Feringgi. Jejalan ke Toys Museum. Pastu,gi Prangin Mall. Lunch n solat kat situ. pas solat sempat tido kejap situ. Masing2 letih. Dlm kul 3.30, kitaorg pun gerak balik. Perjalanan pulang di penuhi dgn jam. Eksiden kecil pun tp jam pnjg. Sebabnye org slow nk tgk. Padahal xde papepun. Ditambah dgn hujan lebat. Alhamdulillah, selamat tiba ke UTP dlm waktu maghrib. Letih. pas isyak tido. 







Whatever it is. I really enjoy this weekend. HAPPY TO SEE THEM HAPPY (^_^)

Wassalam
(^_^)