Salam.
Alhamdulillah. Hujung minggu yang memenatkan tapi menyeronokkan. Bermula Jumaat, plan asal utk berjalan-jalan bersama rakan2 telah dibatalkan di akhir2 waktu. So, jumaat tu la aku baru nk plan sendiri. UTP ade sediakan bas utk ke Penang. Tapi akan bertolak pada waktu malam sebelum acara bermula ditambah plak akan tido dlm bas. So,aku plan gi sendiri. Petang sabtu, sebaik sahaja rumate aku sampai dr rumah beliau (Seremban), aku ngan dia terus bertolak ke Penang dgn CBK. Aku drive. Paham je dia penat. So, terus ke Sg Petani sebab nk amik sorg lg member kat sana, Zakuan.
Maghrib sampai rumah beliau. Selepas solat Maghrib disana, terus betolak ke Batu Feringgi, Penang. Sana, ade satu geng yg mmg dah gerak dr awal pagi. Geng Dqeen n her hosmet. Tapi dia sorg je yg lari marathon ni. Jumpa kat sana, dinner ramai2. Pas dinner, hujan. So,xdpt jejalan sgt kat sana. Jumpa sorg peniaga minyak wangi dr Maghribi. Best sembang ngan dia, peramah.Pas beli sebotol minyak wangi dia, terus gerak balik ke Bayan Lepas, tempat penginapan kami. Menginap di rumah ikhwah, Anas yg menetap disitu. Seorg engineer di Intel.
Dlm kul 12.30am tido dan bgn kul 4.15 pg. Siap2 n terus gerak ke Eistin Hotel, tempat pelepasan marathon kategori 10km. Kali ni, aku berlari ngan Safwan plak. Disebabkan medal akan diberi kepada suma Finisher yg habiskan larian dlm mase 90 minit, so aku xde la nk all out sgt nk kejar tempat. So, berlari bersama Safwan sepanjang larian. Menikmati udara segar di Jambatan Pulang Pinang di pagi hari. Sgt menikmatkan. Subhanallah Alhamdulillah.
Alhamdulillah, berjaya menamatkan larian dlm mase yg ditetapkan. Dapat medal! Suma peserta UTP dpt medal. Objektif tercapai. Pas amik2 gmbr di board rasmi event tu, kitaorg pun balik semula ke rumah Anas. Pas siap2 mandi suma, gi breakfast dulu ngan tuan rumah. Xtau ape nama tempat tu. tapi best la. Suasananya menarik. Bfast kuew tiaw sup. Awesome. Pastu,kitaorg pun beransur. Thankz to Anas. Byk gak sembang2 ngan beliau pasal keje. Best2.
So, pas bfast, terus gi Bt Feringgi. Jejalan ke Toys Museum. Pastu,gi Prangin Mall. Lunch n solat kat situ. pas solat sempat tido kejap situ. Masing2 letih. Dlm kul 3.30, kitaorg pun gerak balik. Perjalanan pulang di penuhi dgn jam. Eksiden kecil pun tp jam pnjg. Sebabnye org slow nk tgk. Padahal xde papepun. Ditambah dgn hujan lebat. Alhamdulillah, selamat tiba ke UTP dlm waktu maghrib. Letih. pas isyak tido.
Whatever it is. I really enjoy this weekend. HAPPY TO SEE THEM HAPPY (^_^)
Wassalam
(^_^)
No comments:
Post a Comment