Tuesday, November 22, 2011

|| 21112011 Sejarah Berulang. Harimau Muda membaham Garuda Muda ||

Salam.
Sejarah berulang lagi. Alhamdulillah. Tahniah buat pasukan muda Malaysia, Harimau Muda diatas kejayaan menjuarai bola sepak 26th Asean Games 2011 ni. Garuda Muda sekali lagi dibaham Harimau Muda. Apepun, perlawanan sgt la sengit. Kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi permainan yg layak berrgelar juara. Namun, rezeki lebih memihak kepada pasukan Malaysia. Tahniah!~



UTPians

Kat sini saje nk share suasana di UTP sepanjang perlawanan yg penuh dramatik ni. Mula2 sekali, Cafe V5 sudah mula dipenuhi oleh penyokong kedua2 pasukan sejak pukul 8 malam. Masing2 mengambil tmpt dah membeli juadah dinner mengikut selera masing2. Namun, setelah pukul 8.30malam, hujan turun dgn lebatnya. Disebabkan tv di cafe v5 menggunakan Astro, so siaran xavailable. So, masing2 lari mencari tv2 di common room yg hanya pakai area biase. Walaupun tmpt xbrape best, tp disebabkan semangat kesukanan, sanggup menyempit2 dlm common room.

Suasana di Common Room V5E. Ade kanak2 dr pertandingan Soccer Kidz Peringkat Kebangsaan menonton bersama.

Setelah perlawanan berlangsung dlm 20 minit, siaran di Astro kembali pulih. Org mula berpusu-pusu semula ke cafe v5 utk menyaksikan perlawanan yg berprestij ni. Alhamdulillah,aku dpt port baek. Depan kedai air,stret je ngan tv. Kehangatan permainan semakin terase. Walaupun Indonesia mempunyai kelebihan satu goal  yg diperolehnya pada minit ke-5,namun kelihatan Malaysia byk menyerang. Dan akhirnya, pada minit ke-35, Harimau Muda berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan cantik Asra. Keputusan seri sehingga tamat separuh mase pertama. 


Suasana di "Stadium V5". Penyokong kedua-dua pasukan duduk bersama dgn aman. (^_^)

Dibabak kedua, kedua2 pasukan mengatur kembali strategi permainan. Kedua2 pasukan rancak menyerang. Namun, keputusan masih seri 1-1 sehingga tamat masa perlawanan. 30 minit masa tambahan diberikan. Pada separuh masa pertama, Indonesia mengejutkan Malaysia dgn satu goal,namun tidak sah kerana pengadil telah mengesahkan bahawa berlaku offside sebelum goal dijaringkan. Pada separuh masa kedua, Malaysia pula mengejutkan pasukan Indonesia dgn jaringan yg jua tidak disahkan kerana offside. Akhirnya, setelah 120 minit bermain, kedua2 pasukan masih seri. 

Akhirnya, penentuan juara di tentukan melalui penalti. Keeper Malaysia begitu mantap sekali kerana berjaya meneka 3 drpd 5 tendangan penalti Indonesia. Alhamdulillah, Malaysia menjuarai bola sepak ASEAN Games 2011 ni dgn kemenangan (1)4-3(1) ke atas Indonesia. Tahniah! (^_^)


 Bergambar bersama penyokong Indonesia. Keharmonian di UTP. Alhamdulillah.

Wassalam
(^_^)

2 comments:

Hazwan Arif said...

zack pakai baju merah arghh

Nasrullah Jaafar said...

haha..
entah zack...
sajo....