Thursday, April 5, 2012

#Preview : Proton Preve

Salam.
Skang perbualan hangat berkisar kepada Proton Preve yg bakal dilancarkan 16 April 2012.
Mari sama2 tunggu bagaimana spesifikasi yg sebenar2nya yg akan dikeluarkan Proton. Wat mase ni,bleh bace preview di sini --> AutoAnda 



Antara preview yg menjadi tarikan aku adalah:

1- Bagi yang tertanya tentang nama Prevé, ia sebenarnya berasal dari perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud "to prove" atau untuk membuktikan.
2- Prevé pada asalnya direka untuk menggantikan model Persona. Namun permintaan pasaran yang masih kuat untuk Persona menyebabkan Proton terpaksa menjual model Persona lagi selepas ini, walaupun speknya akan diturunkan.

3- Prevé juga ialah model Proton pertama yang datang dengan coat-hanger, diletakkan di setiap B-pillar. Namun bagi penduduk Malaysia yang jarang memakai kot, mungkin ia bakal jadi tempat gantung Milo-ais atau roti canai tapaw.

4- Menurut Proton, Prevé mencapai 100km/h dari pegun dalam masa 9.6 saat, jauh lebih pantas dari Civic, Altis, Forte dan Focus. Kelajuan maksimum ialah pada 205km/j dan penggunaan minyak pula ialah 8.2L/100km (RM15.58,RON95 )

5- Baru untuk Proton ialah sistem audio Double DIN yang datang dengan skrin sentuh dan sistem navigasi. Menggunakan hardware dari Bosch dengan empat speaker, sistem audio ini mudah digunakan dan skrinnya menghasilkan imej yang cantik. Ia juga mempunyai sistem Bluetooth untuk telefon.

Papepun,tunggu je la dah kuar nanti. Ni baru preview,kene tgk review plak camne (^_^)

Wassalam
(^_^)

No comments: