Thursday, April 5, 2012

#Preview : Proton Preve

Salam.
Skang perbualan hangat berkisar kepada Proton Preve yg bakal dilancarkan 16 April 2012.
Mari sama2 tunggu bagaimana spesifikasi yg sebenar2nya yg akan dikeluarkan Proton. Wat mase ni,bleh bace preview di sini --> AutoAnda 



Antara preview yg menjadi tarikan aku adalah:

1- Bagi yang tertanya tentang nama Prevé, ia sebenarnya berasal dari perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud "to prove" atau untuk membuktikan.
2- Prevé pada asalnya direka untuk menggantikan model Persona. Namun permintaan pasaran yang masih kuat untuk Persona menyebabkan Proton terpaksa menjual model Persona lagi selepas ini, walaupun speknya akan diturunkan.

3- Prevé juga ialah model Proton pertama yang datang dengan coat-hanger, diletakkan di setiap B-pillar. Namun bagi penduduk Malaysia yang jarang memakai kot, mungkin ia bakal jadi tempat gantung Milo-ais atau roti canai tapaw.

4- Menurut Proton, Prevé mencapai 100km/h dari pegun dalam masa 9.6 saat, jauh lebih pantas dari Civic, Altis, Forte dan Focus. Kelajuan maksimum ialah pada 205km/j dan penggunaan minyak pula ialah 8.2L/100km (RM15.58,RON95 )

5- Baru untuk Proton ialah sistem audio Double DIN yang datang dengan skrin sentuh dan sistem navigasi. Menggunakan hardware dari Bosch dengan empat speaker, sistem audio ini mudah digunakan dan skrinnya menghasilkan imej yang cantik. Ia juga mempunyai sistem Bluetooth untuk telefon.

Papepun,tunggu je la dah kuar nanti. Ni baru preview,kene tgk review plak camne (^_^)

Wassalam
(^_^)

#Mari Belajar : Bacaan Solat


Wassalam
(^_^)

Tuesday, April 3, 2012

|| Tahniah! ||

Salam.
Last wiken, gi KL.
Ade pe kat KL ek utk kali ni?
Perjalanan kali ni adalah utk menghadiri jemputan rakan medtech aku yg bertunang pada hari ahad baru2 ni.
Tahniah buat Kak Lela atas pertunangan ini.
Semoga segala perancangan dan urusan dipermudahkan.
InsyaAllah.
Xsabar nk tgk majllis persandingan plak nanti.
Save the date.
November FTW
(^_^)

With all MEDTEChians yg hadir.

Kak Lelaa dan anak buahnye yg comel. Happy birthday Jiha (^_^)

Yg lain2 ni bila nih?haha

Simple but meaningful. Biskut yg penuh nostalgia.

Anak buah kembar Kak Lela

Bergerak dr ke KL pukul 7 pagi dan sampai semula ke UTP pukul 6 ptg. Pastu gi sate bota, bagi merasa sate yg menjadi trademark di sekitar UTP ni. Later,kita merasa Bubur Perak plak ye. InsyaAllah. Malam tu gi Jusco Station 18. Ade org nk usha MacBookAir. 2nd time for me to go there in 4 days.

Alhamdulillah. Projek video yg menyebabkan aku kene ulang alik UTP setiap minggu akhirnya selesai. Sampai junior2 yg jumpa pun ckp aku ni bape kali nk repeat UTP. Haha. I love UTP. Lots of memory.
Thanks pada semua yg terlibat secara langsung atau xlangsung dlm projek ni terutamanya Syazwan, Hazeet, Mahsyar, Am, Afnan, Awang dan Dqeen. 
Done.

Wassalam
(^_^)

Friday, March 30, 2012

|| JUSCO Station 18 is Officially Opened ||

Salam.
Semalam turun UTP lagi. Still with the project. Hope that will be the last changes on the video. Isnin ni will be the last form. Hopefully. Pas jumpa client, lunch sorg2 kat V2 dan solat di Masjid An-Nur. Pas solat, gi Jusco Station 18 ngan Hazwan Arif. Saje nk tgk tmpt baru buka. Beliau ade misi lain. So, dia follow utk menyelesaikan misi tersebut. Ok. Nak citer melalui gambar. Sila ikuti gambar2 berikut.

Beliau posing tepi Jusco Station 18. Blkg tu kete jam xhingat.

 
Ok. Before jenjalan, usha2 peta dulu. Then baru explore. So, inilah plan Jusco Station 18 ni. Bleh tahan gak besar dia. Ade 5 tingkat termasuk Roof. Tingkat 3, 4 dan 5 adalah utk parking kete. Tingkat 1, 2 dan 3 adalah tempat kedai2.


Antara promosi yang ada. RM1 utk sepasang kasut, pembelian kedua. Bijak tul org wat promotion. Mmg ramai la borong.

Antara kemudahan yg disediakan utk ibu bapa bawak anak2 shopping. Sonok la bebudak dpt naik troli camtu. #Untunglaa

Cinema TGV bakal dibuka di Jusco Station 18 ni. Makin dekat la nk tgk wayang. Esok ade test/exam pun leh tgk. Hehe. Wayang dibuka di Tingkat 2 (2nd Floor).

Setelah pusing2, misi Beliau akhirnya selesai. membeli kasut hitam utk presentation project. Oh ya, ade dua sebab beli dua baru dpt diskaun 30%. So, satu lg sape punye ek? =)

Ade pertunjukan silap mata plak. Kagum btol org tgk dia cucuk2 pisau kat kepala perempuan tu. Magik permainan zaman kanak2. Cucuk pedang kat jari (My Ggeneration) =p

Ok. Ini plak surau yg terletak di Ground Floor berdekatan Pintu Masuk C1. Kemas btol surau dorg. Bagus2.  Selesa.

Ade Jadual Waktu Solat Digital lagi. Semoga surau ni dpt dimanfaatkan oleh tetamu2 Jusco Station 18. Xsalah berhibur jika ia tidak melalaikan kita dr menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah swt. InsyaAllah

Ha?!?!Ni sape lak ni? Beliau dgn anak sape ni?
Pas jejalan kat Jusco tu, balik tu terus singgah Taman Tasik UTP. Terjumpa beberapa kenalan yg menyambung master di UTP. Ni anak May dan Izzu. 4 bulan dah umur dia. Nuha. Semoga membesar menjadi anak yg solehah

Langit UTP selepas selesai solat Maghrib. Subhanallah
(^_^)

Wassalam
(^_^)

Wednesday, March 28, 2012

|| A Long Journey, To the South of Malaysia ||

Salam.
Alhamdulillah. Selamat tiba di Seri Manjung mlm td setelah beberapa hari travel. Berkaitan ngan post before ni, aku kuar sejak hari Jumaat yg lalu dan menuju ke selatan Semenanjung Malaysia.

Bermula hari Jumaat, selepas solat Jumaat dan lunch, aku ngan parents aku siap2 nk bertolak keluar. Perjalanan dimulakan dgn menuju je Titi Gantung utk menghantar kereta kepada adikku yg baru tamat seisi pembelajarannya di Institut Pertanian Titi Gantung. Selesai  passing kete kat dia, aku dan mak&ayah meneruskan pula perjalanan ke skola adik perempuanku di Teluk Intan. Selesai urusan dgn dia, perjalanan diteruskan ke Bangi, rumah Kak Long. Lepak sana kejap, perjalanan di sambung ke KLIA utk mengambil abg aku yg menjadi misi utama perjalanan kali ni, pertukaran tempat kerja. pastu balik semula ke rumah Kak Long.

Menyambut kepulangan Abg Yang dr Sarawak. 12.35am, 24 Mac 2012.

Esoknya plak, seisi maintenance kete kancil, kedua2 kereta kancil. Salah satu akan dibawa ke Johor utk diguna oleh abg aku. Setelah checkup dibuat, akhirnya kereta kancil berwarna biru terpilih utk kesana. mmg kereta abg aku tu pun. Selesai urusan kereta, mlm tu kitaorg jejalan ke Putrajaya. Mula2 plan nk lepak depan Masjid Putra namun keadaan yg crowded membatalkan hasrat kami. So, plan bertukar utk melepak di PICC. Sampai2 je PICC tgk ramai tul wanita2 yg kelihatan solehah. Rupa2nya ade Konvensyen Bidadari Dunia anjuran ILuvIslam yg baru menutup tirainya.Lupa lak kan. So, berduyun2 la 'bidadari2 dunia' kuar dr PICC tu. Cantik sungguh pemandangan dr atas tu. Nampak pemandangan Putrajaya di malam hari. Subhanallah.

Syafiqah dan Miqdam makan aiskrim. Comot. Kesian Miqdam, mata dia xbrape sihat. Skang dah beransur pulih. Alhamdulillah.

Didepan PICC. Blkg jurugambar ade ramai "bidadari dunia' yg sedang menunggu bas utk pulang. =p

Night view of Putrajaya. Tgh2 gmbr tu, pejabat PM. Yup. PM kita.




Mirror Mirror. Another perspective. (^_^)

Pagi esoknya, siap2 dan perjalanan diteruskan menuju ke Johor. Aku memandu kereta kancil 660 milik abg aku sebab beliau tidak berapa fit utk memandu kereta jarak jauh ketika itu. So, aku lead perjalanan tu dan diekori oleh Persona milik ayah aku.Perjalanan hampir 300km tu memakan masa hampir 5 jam dgn purata speed 100km/jam. Di Johor, kitaorg singgah di rumah pak sedara, Andak di Senai. Berdekatan dgn Airport Senai. Pas rehat jap, kitaorg gi Gelang Patah utk survey tempat lapor diri abg aku tu. Senang je jumpa. Alhamdulillah. 30 minit dr Senai. best tmpt dia. Then, balik semula ke Senai utk merehatkan diri.


Guess who did it? My jersi number. During secondary school. Captain (^_^)

Ni Andak. Tokey warung minum petang di Senai.

Ade kopok lekor, pisang goreng, cendawan goreng dan mee/bihun sup. Sgt sedap semuanya. (^_^)

Bergambar dgn Wan Andak before pulang. Terima kasih. (^_^)

Isnin, 26 Mac 2012. Pagi2 lagi dah siap utk gi Pejabat Jabatan Laut Wilayah Selatan. Bawak abg aku gi lapor diri. Selesai lapor diri, pindah brg2 dia ke rumah tumpangan buat sementara waktu sementara menunggu penetapan placement beliau. Mlm tu, shopping skit n balik rehat.




Ni namanya boya. Penanda bg laluan kapal2 besar. Beratnya dlm lingkungan 3 tan (3000kg)

So, Selasa. Selesai sudah misi. Kul 9am, pas sarapan skit, aku n parents aku bergerak pulang ke Seri Manjung. 500km. Something about that la. On the way tu, singgah ke rumah Safwan di Seremban. Dijamu dgn pelbagai juadah. Alhamdulillah. Dpt plak bawak balik ikan keli/sembilang segar. Lama dah xmenangkap ikan camtu. Main saup je ikan. Thankz to my bestfwen, Safwan and his family for the meal. Sgt sedap masakan Ummi.

Perjalanan diteruskan. Another 200km. Dalam kul 9pm, kami tiba di Manjung. Alhamdulillah. The longest journey that I drove. From Machap, Johor to Seri Manjung, Perak. More than 500km in a day. Awesome experience. Kepada abg aku, Zahid. Selamat bekerja di tempat baru. Semoga segala urusan dipermudahkan. InsyaAllah. (^_^)

Menikmati sunset di jeti Jabatan Laut. Subhanallah.

Disebalik kejayaan anak2, inilah penyokong kuat kami 8 beradik. Terima kasih Ayah dan Mak (^_^)


Wassalam
(^_^)

Friday, March 23, 2012

Tuesday, March 20, 2012

|| UTP News ||

Salam.
Berita terkini dari UTP.

Berita Utama. Pasukan KUSh berjersi merah, telah menjuarai pertandingan futsal yg aku pun xtau sape penganjurnya di UTP semalam. Pasukan yg terdiri drpd Prof, Wari, Lah dan jugak pemain yg aku xkenal telah mengalahkah pasukan Indian dengan jaringan 3 berbalas 2. Utk pengetahuan pembaca, prof, wira dan lah adalah geng2 maen futsal waktu ptg ketika aku masih bergelar pelajar UTP suatu ketika dulu. Dorg mmg hebat. My Dream Team. Tahniah buat mereka.


Berita seterusnya, InsyaAllah esok akan berlangsung program ujibakat Imam Muda Musim Ke-3 di Masjid An-Nur UTP. Bg sesiapa yg berminat, bolehlah menghadirkan diri ke ujibakat tersebut bermula padal pukul 3pm sehingga 5pm. Semoga akan ada wakil dr UTP utk masuk ke peringkat final dimana nama UTP akan lebih menyerlah lagi di televisyen selain di twitter,fb mahupun surat khabar terutamanya Utusan.


Berita terakhir. UTP dikejutkan dgn berita tergempar dimana terdapat kereta2 yg high class dipandu oleh para pelajar UTP. Bermcm2 jenis kereta/kenderaan yg menjadi perbualan para pelajar terutamanya di twitter. Fenomena ini benar2 menghantui para pelajar UTP yg sememangnya #IMBA2 belaka.
Ape ke ayat last aku ni. Dah. Aku dah merepek. mari sambung #kerja aku yg masih belum siap ni. malam baru nk bermula. Huh. Chaiyok!

P/s: Another week spent in UTP. Huh!

Wassalam
(^_^)