Salam.
Alhamdulillah. Selamat tiba di Seri Manjung mlm td setelah beberapa hari travel. Berkaitan ngan post before ni, aku kuar sejak hari Jumaat yg lalu dan menuju ke selatan Semenanjung Malaysia.
Bermula hari Jumaat, selepas solat Jumaat dan lunch, aku ngan parents aku siap2 nk bertolak keluar. Perjalanan dimulakan dgn menuju je Titi Gantung utk menghantar kereta kepada adikku yg baru tamat seisi pembelajarannya di Institut Pertanian Titi Gantung. Selesai passing kete kat dia, aku dan mak&ayah meneruskan pula perjalanan ke skola adik perempuanku di Teluk Intan. Selesai urusan dgn dia, perjalanan diteruskan ke Bangi, rumah Kak Long. Lepak sana kejap, perjalanan di sambung ke KLIA utk mengambil abg aku yg menjadi misi utama perjalanan kali ni, pertukaran tempat kerja. pastu balik semula ke rumah Kak Long.
Menyambut kepulangan Abg Yang dr Sarawak. 12.35am, 24 Mac 2012.
Esoknya plak, seisi maintenance kete kancil, kedua2 kereta kancil. Salah satu akan dibawa ke Johor utk diguna oleh abg aku. Setelah checkup dibuat, akhirnya kereta kancil berwarna biru terpilih utk kesana. mmg kereta abg aku tu pun. Selesai urusan kereta, mlm tu kitaorg jejalan ke Putrajaya. Mula2 plan nk lepak depan Masjid Putra namun keadaan yg crowded membatalkan hasrat kami. So, plan bertukar utk melepak di PICC. Sampai2 je PICC tgk ramai tul wanita2 yg kelihatan solehah. Rupa2nya ade Konvensyen Bidadari Dunia anjuran ILuvIslam yg baru menutup tirainya.Lupa lak kan. So, berduyun2 la 'bidadari2 dunia' kuar dr PICC tu. Cantik sungguh pemandangan dr atas tu. Nampak pemandangan Putrajaya di malam hari. Subhanallah.
Syafiqah dan Miqdam makan aiskrim. Comot. Kesian Miqdam, mata dia xbrape sihat. Skang dah beransur pulih. Alhamdulillah.
Didepan PICC. Blkg jurugambar ade ramai "bidadari dunia' yg sedang menunggu bas utk pulang. =p
Night view of Putrajaya. Tgh2 gmbr tu, pejabat PM. Yup. PM kita.
Pagi esoknya, siap2 dan perjalanan diteruskan menuju ke Johor. Aku memandu kereta kancil 660 milik abg aku sebab beliau tidak berapa fit utk memandu kereta jarak jauh ketika itu. So, aku lead perjalanan tu dan diekori oleh Persona milik ayah aku.Perjalanan hampir 300km tu memakan masa hampir 5 jam dgn purata speed 100km/jam. Di Johor, kitaorg singgah di rumah pak sedara, Andak di Senai. Berdekatan dgn Airport Senai. Pas rehat jap, kitaorg gi Gelang Patah utk survey tempat lapor diri abg aku tu. Senang je jumpa. Alhamdulillah. 30 minit dr Senai. best tmpt dia. Then, balik semula ke Senai utk merehatkan diri.
Guess who did it? My jersi number. During secondary school. Captain (^_^)
Ni Andak. Tokey warung minum petang di Senai.
Ade kopok lekor, pisang goreng, cendawan goreng dan mee/bihun sup. Sgt sedap semuanya. (^_^)
Bergambar dgn Wan Andak before pulang. Terima kasih. (^_^)
Isnin, 26 Mac 2012. Pagi2 lagi dah siap utk gi Pejabat Jabatan Laut Wilayah Selatan. Bawak abg aku gi lapor diri. Selesai lapor diri, pindah brg2 dia ke rumah tumpangan buat sementara waktu sementara menunggu penetapan placement beliau. Mlm tu, shopping skit n balik rehat.
Ni namanya boya. Penanda bg laluan kapal2 besar. Beratnya dlm lingkungan 3 tan (3000kg)
So, Selasa. Selesai sudah misi. Kul 9am, pas sarapan skit, aku n parents aku bergerak pulang ke Seri Manjung. 500km. Something about that la. On the way tu, singgah ke rumah Safwan di Seremban. Dijamu dgn pelbagai juadah. Alhamdulillah. Dpt plak bawak balik ikan keli/sembilang segar. Lama dah xmenangkap ikan camtu. Main saup je ikan. Thankz to my bestfwen, Safwan and his family for the meal. Sgt sedap masakan Ummi.
Perjalanan diteruskan. Another 200km. Dalam kul 9pm, kami tiba di Manjung. Alhamdulillah. The longest journey that I drove. From Machap, Johor to Seri Manjung, Perak. More than 500km in a day. Awesome experience. Kepada abg aku, Zahid. Selamat bekerja di tempat baru. Semoga segala urusan dipermudahkan. InsyaAllah. (^_^)
Menikmati sunset di jeti Jabatan Laut. Subhanallah.
Disebalik kejayaan anak2, inilah penyokong kuat kami 8 beradik. Terima kasih Ayah dan Mak (^_^)
Wassalam
(^_^)
4 comments:
kalau akak salam peluk dgn wan chu..mesti hati ni rs sayu dn sebak..dpt rasakan kasih syg dan keikhlasan dia.. :)
Huhu....pic yg last sekali plg meruntun jiwa... Thanks mak ayah....sanggup berpenat lelah demi kami adik beradik.... Moga mak ayah sihat, panjang umur dan ceria2 selalu....
suma gambo by sony a55 ker
terbaek low light tue.
Yup...
Hampir suma gmbr dlm blog ni pakai Sony Alpha55.
Thankz (^_^)
Post a Comment