Saturday, February 28, 2009

>>Accomplished<<

Assalamualaikum dan salam sejahtera.........
Alhamdulillah,akhirnya event yg telah dirancang sekian lama(3 bulan gak kot) telah berlangsung dan selesai td.Event Media Junior yg telah bertukar nama ke Cyberkids atas sebab2 tertentu telah pun menutup tirainye ptg td di Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.

Berbekalkan tenaga kerja sebyk 37 org bersama 40 org kanak2 Tahun 4 sekolah itu,program ini berlangsung tanpa sebarang masalah yg menggugat ape yg telah dirancang.So,insyaAllah objektif program ini diharap tercapai.


Syukur Alhamdulillah.
Dikesempatan ini,ucapan terima kasih tak terhingga kepada:
-->Ibubapa aku yg sentiasa memberi sokongan moral dan fizikal.
-->Advisor-advisor MEDTECH Club yg sentiase memberi nasihat dan sokongan padu terhadap usaha melaksanakan program ini.
-->HICOM MEDTECH Club yg sentiasa memberi kepercayaan kepada aku dan komiti aku utk merancang dan melaksana program ini.
-->Komiti2 ku sekalian,Hicom,Logitech,PnP,EnS,PR,EnA dan FnB.Sesungguhnya komitmen anda amat baik dan membanggakan.Tanpa anda,sukar utk porgram ini dilaksanakan dgn baik.Terima kasih semua.
-->Rakan2 jua yg mana ada juga yg beri sokongan moral utk aku laksanakan program ini walaupun berbagai halangan yg timbul sepanjang tempoh merancang program ini.

Walaupun beberapa masalah timbul,dgn takdir Allah SWT,kita semua dapat bangkit dan teruskan dan selesaikan perjuangan ini.Diharap dugaan2 itu dapat memberi sebyk-byk pengajaran dan pengalaman kepada semua utk mengenal lagi erti dunia.Bak kata2 advisor,Ape yg berlaku pasti ade hikmahnye.InsyaAllah.

P/s:
-->Gambar2 utk hari berkenaan insyaAllah di post kemudian.Nantikan :)
-->So,this is the time I want to give back my time to myself.TQ (^_^)

--> Study smart,play hard......Chaiyok2!!...Bbasya! :)

Sehingga kini,
Wassalam(^_^)

Thursday, February 26, 2009

>>Gempak Seyh<<

Salam...
saje nk share skit.Ni adalah video klip yg aku terusha kat dlm myspace.Bg aku bleh tahan gempak video klik utk lagu Bunkface ni.Kreatif.Sgt menarik.

Diorg ni dak2 sekolah aku.SERATAS. Form 5 skang ni.nk SPM la kirenye.One of them is my brother.Not bio-sibling,but brother from my school.So,enjoy the show!




P/s:
--> Amad,pinjam video korg.Best.sebab tu share.ok je kan?
--> Revolusi. Sudahkah anda berevolusi wahai adik2 form 5 sekalian?? :)


Wassalam(^_^)

Wednesday, February 25, 2009

>>Kini<<

Salam...
Alhamdulillah.Keadaan kini dah semakin reda dgn masalah2 yg memeningkan serta menensionkan aku.Harap masalah yg timbul akan selesai.Amiiin.

2 events MEDTECH Club dah pun berlangsung iaitu EMS09 dan MT09.Tinggal satu je lagi,MJ09.InsyaAllah berlangsung sabtu nih.Harap event yg pertama kali diadakan ini akan berlangsung dgn lancar dan baik disamping sentiase dibawah Rahmat Allah swt.

Test dan quiz pun dah dilalui.Tawakkal je la.Cuma citer menarik disini ialah baru2 ni ade salah seorg rakanku telah jatuh pengsan.Entah ape puncanya,hanye dia dan Allah swt yg tahu.Maybe sebab tekanan dan terlalu letih kot.Yg menariknye ialah mengenai rakanku yg lain yg menjadi org pertama menjumpai rakanku yg jatuh pengsan ni diluar bilik.Dgn coolnye dia angkat si pengsan ni dan bawak masuk bilik.Angkat sorg2 pada mulanye,then dia minta tlg rakan2 lain.Kalo ditulis disini,maybe pembaca2 sekalian xpaham pe yg menariknye.Cuma,just nk kate,rakanku itu begitu cool menghadapi rakanku yg pengsan nih.Huhu.Cayo lah!

Xtau nk citer pe lagi.Blank wat mase nih.harap ape dirancang berjalan ngan lancar.Tawakkal je la.

Sehingga kini,

Wassalam(^_^)

Sunday, February 22, 2009

>>Sweet 20 (^_^)<<

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
tajuk post ni direka semata-mata.Tiada dlm mane2 buku mahupun kamus dewan mahupun komik2 seperti Gempak atau Utopia.

Alhamdulillah.Agak meriah sambutan lahir aku tahun ni.Byk kenangan manis berlaku mase ni.Byk kejutan.Biase la kot bg sesetgh org.Tapi bg aku,maybe tu la first time aku kene cam tu.Xpenah lagi sehinggalah kali ke 20 nih.papepun,aku happy.
Terima kasih pada family aku dan jua rakan2 yg telibat.Nasib baek ar xkena simbah air ke,tepung ke atau kene baling telur. :P

[ All the 3 cakes....suma sedap. Yg plg sedap yg last....that's from my family :)]

So,semalam first trip dak chemi year 2 semester 1 pegi ke Malay-Sino.25 org pegi dr 26 yg berdaftar utk pegi smlm.So,sorg tu maybe de masalah skit kot. Bertolak kul 8 pagi dan sampai dalam kul 8.30 pagi.So,jejalan kat sana,dgr2 penerangan.Best gak la.Bnde yg simple bleh jd mcm2.Bg aku simple la sebab raw material dia hanye garam yg kite masukkan dalam masakan.
Kemudian di campur dan bertindak balas ngan bahan kimia lain,mcm2 bnde lain yg kite selalu gune dlm kehidupan harian kita terhasil.Alhamdulillah,begitu la indahnye ciptaan Allah swt.

[ Suma 25 org,tapi ni antare 5 org yg pegi....jap,aku kompius sebab pe aku tetibe tinggi???org kata,bnde plik jgn tegur..huhu :P ]

Pas habis trip,amik la gmbr skit2 kat sana.Gmbr kenang-kenangan.Then,balik ke UTP dan sampai dlm kul 12 lebih.kire2 4 jam la trip tu.pastu dlm kul 1 lebih,gi Chemor,Ipoh utk amik adik aku dr sekolah nk balik umah.Sampai la kat umah dlm kul 4.30 ptg.Mlm tu ade la celebration skit.

So,alhamdulillah.Sambutan lahir aku ke-20 plg best berbanding yg sebelumnya.Tq suma.Love u all especially my family and my best fren,dan xlupe jua pada rakan2 ku sekalian. (^_^)

P/s:
--> Kali ni ade 3 kali celebration,3 kek.huh.dahsyat2.sebab tu sweet 20.hehe.tq2.
--> Pasni,fokus balik on tanggungjawab.Responsibility as a Muslim,as student,as PM event as well as a friend.
--> Study2. Byk tul test,quiz serta lab report.

Until now,that's all.

Wassalam(^_^)

Friday, February 20, 2009

>>2 Dekad<<

Salam.....
Alhamdulillah.
Hari ni,genapla umur ku 20 tahun bersamaan 2 dekad.

Bila umur meningkat,cabaran makin besar.Memang btul pun,mencabar gak hidup sekarang.Sejak2 akhir2 ni,byk kejadian yg amat2 menguji diri aku.Rasenye tu baru permulaan.

Pasni,ape lagi cabaran yg dtg,aku xtau,terserah pada Qadak dan Qadar Allah swt.Semoga peningkatan umur ni bleh mematangkan aku lagi.Semoga kesilapan2 yg lalu dapat aku baiki agar hidup ni sentiase bertambah baik.

Kesempatan ini,ingin aku ucapkan terima kasih pada ibu bapa aku yg melahirkan,menjaga sera mendidik aku sehingga ke hari ini.Tanpa mereka,siapalah aku skang.

Dan jua,aku memohon jutaan kemaafan pada semua yg mengenali aku. Aku hanye manusia biasa.Yg langsung xdpt lari dr membuat kesilapan.Dgn kesilapan la kita mampu belajar mengenalpasti kekurangan diri.InsyaAllah.

[ 3 hadiah pertama dr rakan2.....thankz pada yg memberi........(2 brgn ADIDAS..waaa.best2)]

P/s:
-->Terima kasih pada rakan2 yg memberi hadiah sempena harijadi ke-20 ku ini iaitu Safwan,Anis dan Ain.Jasa korg dikenang.

-->Terima kasih jua pada yg mengucapkan selamat hari jadi kat aku.tenkiu (^_^)

Sehingga kini.
Wassalam(^_^)

Wednesday, February 18, 2009

>>Event-Event<<

Salam sejahtera

Alhamdulillah,masalah yg telah timbul baru2 ni beransur2 cool.Walaupun xselesai lagi,tapi tahap problem tu dah makin kurg.Alhamdulillah.Thanks pada yg membantu terutama rakan2 dan komiti2 ku sekalian.

Kini,demam test dan quiz dah makin hampir.Minggu depan,insyaAllah ade 2 tests dan 1 quiz.Setakat ni la.yg pasti,bila dah start quiz dan test ni,maka akan berturut2 test dan quiz yg lain.Yg pasti,kene gak hadapi dan buat persediaan.

[ Mase dlm kelas THERMO.....antare subjek "angker" gak kot....study2!!]

So,kepada suma rakan2 UTP umumnya dan rakan2 CHEMI Semester JAN 09 khususnya,selamat menjamu lecture note2 serta tutorial mahupun latihan2.All the best semua.Bbasya!!

Doakan kejayaan aku jua...tenkiu :)

P/s:
-->Poning tul ngan event2 kat utp,bertimbun2.Ponat eden :P


Sehingga kini,
Wassalam(^_^)

Monday, February 16, 2009

>>Be Strong<<

Salam.....

Something happen and could change my life after this....

Dikala angka umurku nk bertambah,ketika ini la cabaran dan dugaan yg besar mendatang.Betul2 menguji kesabaran,ketabahan serta kecekalan.

Dikala ini juga,i loss one of my friend.Hope,kita bleh berbaik semula suatu hari kelak.

Dan aku harap aku mampu harungi suma nih.

Udah2.....go for solution.

"Bahawa sesungguhnya tiap-tiap Kesukaran pasti ada kemudahan"
[Al-Insyirah:5]


P/s: What is the meaning of F.R.I.E.N.D.S???? :|


Wassalam(^_^)

Saturday, February 14, 2009

>>Fall<<

Salam..........

Akhir2 ni byk gak masalah dihadapi.Seriusly,maybe time ni adalah antare masa yg agak sulit dalam kehidupan aku.Dugaan yg betul2 mencabar.Diambang umurku bertambah,nampaknye masalah yg sgt besar dtg bertandang.Xnak ckp pnjg,just to say...........

Sy perlukan kekuatan jiwa dan raga.
Need support.

And now,maybe i'll see what i can see........

- Problems come along with the Solutions,find it.............
-and I think,i'll see the value of friendship from my friends.just stand by for it.....

Wassalam(^_^)

Tuesday, February 10, 2009

>>1 Negeri 2 Kerajaan<<

Salam sejahtera.

Kehangatan gelombang kontravesi politik di Perak masih belum pulih. Sekarang ni negeri ku,Perak Darul Ridzuan masih lagi mempunyai 2 kerajaan iaitu Kerajaan Pakatan Rakyat dan kerajaan BN yg baru2 ni berjaya merampas kuasa majoriti dr tangan kerajaan Pakatan Rakyat yg diketuai oleh Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin.

Aku agak kagum dgn beliau kerana ketenangan beliau dalam menghadapi dugaan ni.Tidak seperti beberapa pemempin yg cepat "melatah" apabila menghadapi masalah.Tidak byk yg dapat aku perkatakan mengenai isu ini.Semua ni disebabkan ketiadaan internet di bilikku sepanjang cuti ni.Hari ni baru wujud internet kat komputer aku.Yang dapat aku perkatakan,aku tetap menyokong Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin utk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pimpinan beliau.

Ni beberapa petikan yg menarik perhatian aku mengenai isu yg masih belum selesai ni.

"Seandainya gelaran Datuk Seri ditarik atau dilucutkan, ianya tidak mengapa kerana perasaan hormat rakyat pada Nizar bukan datang atas gelaran itu tapi kerana sifat peribadinya yang begitu disanjungi.

Tapi kalau beliau ditahan dibawah akta ISA, maka satu lagi malapetaka besar akan melanda Umno di Perak. Rakyat secara keseluruhannya akan melihat bahawa itulah klimaks kezaliman Umno kepada Kerajaan Pakatan yang dizalimi melalui tindakan Kudeta yang tidak bermaruah."

[HarakahDaily]

[MB Perak ketika dihalang polis utk memasuki pejabat beliau di SUK]

"Mohammad Nizar kemudian keluar kenderaan rasminya dan berjalan menuju pintu masuk tetapi dihalang oleh polis yang kendengaran berkata, "Datuk, tolong beredar. Saya hanya mengikut arahan."

Menteri besar Pakatan Rakyat itu kemudian menjawab:

"Tidak dapat masuk tidak mengapa. Hari ini tidak ada banyak temu janji. Hari ini adalah hari (bertemu) pelanggan."

[Malaysiakini ]

**Titah Sultan Perak pada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin:

"Allah SWT sentiasa bersama dgn org yg bersabar"

Wassalam(^_^)



Friday, February 6, 2009

>>Perak Darul Ridzuan<<

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sebagai rakyat atau anak jati negeri Perak,isu kerajaan Perak ini amat sensitif bg aku.Sekarang,BN atau Be-End dikatakan mempunyai majoriti utk memerintah semula negeri Perak.Namun,bg aku,aku amat2 la xsuka dgn perkara ni.Jika BN memerintah Perak,kerajaan itu sebenarnye disokong oleh org2 dikalangan kerajaan itu sendiri,tetapi bukan rakyat.
Perkara ni amat jelas sekali kerana rakyat terang2 memberi sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat yg telah memerintah sekarang,dan bukannya kepada BN.Ini diperkuatkan lagi setelah kekalahan BN yg amat memalukan di Permatang Pauh dan Kuala Terangganu baru2 ni.Jelas sekali rakyat kebanyakannya telah menolak BN.

[ Datuk Seri Ir.Mohd Nizar Jamaluddin dan Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat ]

So,sebagai respon dgn ape yg berlaku sekarang di Perak,aku mendoakan agar Pakatan Rakyat yg diketuai oleh Datuk Seri Ir.Mohd Nizar trus memerintah negeri Perak.

Utk maklumat terkini dan lebih lanjut,sila klik link dibawah:

-->Malaysiakini Online

Wassalam(^_^)

Tuesday, February 3, 2009

>>MEDTECH MONTH<<


Salam..
just sedikit promotion.....

Februari 2009

Bulan ni merupakan bulan yg menarik bg aku dan mungkin jua kepada org lain.
Antara yg menarik ialah MEDTECH MONTH.
Medtech ni ialah sebuah kelab di UTP iaitu MEDIA and TECHNOLOGY CLUB of UTP.So,bulan ni byk event medtech akan dilansungkan iaitu

--> EMS09 [Event Management Seminar]--14 & 15 Februari 2009

--> MT09 [Media Tour]--21 & 22 Februari 2009

--> MJ09 [Media Junior]-- 28 Februari 2009

Untuk keterangan lanjut mengenai event2 ni,bleh la klik kat nama event kat atas tu.
Semoga event2 ni dapat dilaksanakan dgn jayanya.All the best utk suma yg terlibat.


"Manusia merancang,Allah SWT juga merancang,namun ALLAH SWT jualah sebaik-baik perancang"

P/s: Ade lagi yg menarik di bulan nih,tapi tunggu la di lain post.InsyaAllah.

Wassalam(^_^)