Tuesday, February 10, 2009

>>1 Negeri 2 Kerajaan<<

Salam sejahtera.

Kehangatan gelombang kontravesi politik di Perak masih belum pulih. Sekarang ni negeri ku,Perak Darul Ridzuan masih lagi mempunyai 2 kerajaan iaitu Kerajaan Pakatan Rakyat dan kerajaan BN yg baru2 ni berjaya merampas kuasa majoriti dr tangan kerajaan Pakatan Rakyat yg diketuai oleh Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin.

Aku agak kagum dgn beliau kerana ketenangan beliau dalam menghadapi dugaan ni.Tidak seperti beberapa pemempin yg cepat "melatah" apabila menghadapi masalah.Tidak byk yg dapat aku perkatakan mengenai isu ini.Semua ni disebabkan ketiadaan internet di bilikku sepanjang cuti ni.Hari ni baru wujud internet kat komputer aku.Yang dapat aku perkatakan,aku tetap menyokong Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin utk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pimpinan beliau.

Ni beberapa petikan yg menarik perhatian aku mengenai isu yg masih belum selesai ni.

"Seandainya gelaran Datuk Seri ditarik atau dilucutkan, ianya tidak mengapa kerana perasaan hormat rakyat pada Nizar bukan datang atas gelaran itu tapi kerana sifat peribadinya yang begitu disanjungi.

Tapi kalau beliau ditahan dibawah akta ISA, maka satu lagi malapetaka besar akan melanda Umno di Perak. Rakyat secara keseluruhannya akan melihat bahawa itulah klimaks kezaliman Umno kepada Kerajaan Pakatan yang dizalimi melalui tindakan Kudeta yang tidak bermaruah."

[HarakahDaily]

[MB Perak ketika dihalang polis utk memasuki pejabat beliau di SUK]

"Mohammad Nizar kemudian keluar kenderaan rasminya dan berjalan menuju pintu masuk tetapi dihalang oleh polis yang kendengaran berkata, "Datuk, tolong beredar. Saya hanya mengikut arahan."

Menteri besar Pakatan Rakyat itu kemudian menjawab:

"Tidak dapat masuk tidak mengapa. Hari ini tidak ada banyak temu janji. Hari ini adalah hari (bertemu) pelanggan."

[Malaysiakini ]

**Titah Sultan Perak pada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin:

"Allah SWT sentiasa bersama dgn org yg bersabar"

Wassalam(^_^)



1 comment:

z.a.z said...

mendalam r maksud titah sultan perak tu... emmmm~ @_@

hehe..tp disebab kan isu ni, byk tol road-block kt ipoh kan..dpn utp pun ade...