Friday, August 5, 2011

|| Iftar ||

Salam. Iftar atau maksudnya berbuka puasa adalah waktu yg plg best bg org yg berpuasa.
Post kali ni nk share beberapa adab berbuka puasa yg diamalkan oleh Rasulullah SAW.


Adab2 berbuka puasa berdasarkan hadis2:


1- Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar.


2- Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering.


3- Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan.


4- Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka.


5- Berdoa ketika berbuka.


6- Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka.


Sumber: DrMAZA



“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”

(Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)


Wassalam
(^_^)

3 comments:

Amin Baek said...

owh man..muka aku tak masuk lak..hahah

Nasrullah Jaafar said...

hahaha...masuk telinga ko tu..ngan jambang mahal...ok la tu..hehe

nifi a.k.a beliamuda said...

Oh bahagianya berbuka dengan rakan serumah. Macam sebuah happy family je. Haha...