Thursday, April 9, 2009

>>Fikir2kan,dan Selamat Beramal<<

Salam.
Kat bawah ni,ade sedikit sedutan artikel yg aku bace dr blog rakan aku,Amin.
Menarik artikel ni,moga2 bermanfaat pada semua pembaca.

***************************************************************************************************************************
Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia ciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir.” Surah Ar-Ruum, ayat 21. Jadi kalau kita buat apa yang Nabi tak suruh, kita ikut sunnah siapa? Sedangkan perkahwinan itu adalah amalan Rasul-Rasul terdahulu. “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan......ilaa akhir ayat.” Surah Ar-Ra’ad, ayat 38.”

Panjang lebar penjelasannya. Aku seolah-olah disindir secara halus. Pedih untukku rasa. Pahit untukku telan. Tapi itulah kebenaran yang harus kuterima. “Kalau lelaki tu baik, pertama sekali, dia akan selamatkan kita dari maksiat. Selamatkan kita dari dosa. Dia takkan pegang-pegang kita sebab dia tahu tangan kita hanya untuk suami. Dia takkan ajak kita berjumpa berdua sebab dia tahu apa hukumnya. Kalau sebelum kahwin lagi dia tak boleh pimpin kita, bagaimana esok lusa? Boleh percaya ke mereka boleh bimbing kita?
Dan kalau wanita itu baik, dia akan pastikan lelaki pertama di Hatinya adalah suaminya. Lelaki pertama selain mahramnya yang menyentuhnya adalah suaminya. Bukan senang-senang je bagi kat lelaki yang entah apa-apa. Dan lelaki ni, walau sejahat mana pun apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia mesti nak juga memilih wanita yang baik.” Aku tunduk. Mukaku merah. Malu. Tapi pada siapa? Pada Kak Siti atau.....? Ada rasa bersalah. Ada rasa berdosa tapi pada siapa...? Air mataku cuba kutahan. Tak ingin kulepaskan di depan Kak Siti. Biar ia bertakung di tasik hatiku yang kering kontang dilanda kemarau lantaran dosa yang kulakukan. Masih adakah setitis embun yang sudi bertakung di dalamnya? Kupandang langit hatiku. Gelap. Suram. Tiada bercahaya. Masih adakah mentari yang sudi menyinari segenap ruang hatiku? “Jadi Kak, perempuan yang bercinta tu jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?” “Tentulah. Mana ada lelaki normal yang suka pada barangan ‘second hand’,sedangkan barang baru masih ada. “ Dadaku bergetar mendengar suaranya. Tegas tapi berhikmah.
****************************************************************************************************************************
*Aku dlm cerita ini adalah seorg wanita.

So,utk cerita yg lebih lanjut dan menarik,bleh la trus ke blog kawan aku ni.
Klik je kat sini.(http://aminbaek.blogspot.com/)

P/s:
-->Amin,pinjam artikel dr blog ko ek.Tq (^_^)

Sehingga kini,
Wassalam (^_^)

1 comment:

Amin Baek said...

peh...hahah..xpe..xkesah..sebar2kn la..smoga lebih ramai dapt manfaat nye dr situ..insyaallah