Wednesday, December 24, 2008

...::Pengisian Sisa2 Cuti Semester::...

Salam sejahtera.

2 minggu lagi aku akan pulang ke UTP.So,mcm2 gak dah aku wat dlm minggu nih.
Aku cube mengisi mase2 yg ade dirumah ni dgn aktiviti2 yg memberi makna dan faedah kepada aku serta org sekeliling aku.

Antare aktiviti itu ialah,yg pertama ialah memancing di kolam paya berdekatan perumahan di Venice Manjung pada hari Isnin yg lalu.Dekat jugak la ngan umah aku. Memancing ngan budak2 sekolah mngh dr taman perumahan aku.Ni la kirenye kawan2 aku.Mereka adalah Ajis F4,Adiib F3 dan Aidil F2.

[ Ni antara hasil pancingan aku,ni contoh yg kecik.Ade je yg besau dr ni.yg best nye bila joran kite mengena dan ikan tu ditarik ke atas darat.(^_^)]

Tempat tu agak menarik. Berbekalkan tiga btg pancing,byk gak ikan yg kitaorg lemaskan di udara.Dr kul 8 pagi sampai la 12 tgh hari kot berjemur di bawah sinaran mentari.ade dua jenis je pun,talapia ngan ikan duri. Tapi majoriti ikan talapia ar.Best2.siyes best.Kejap je dah dpt.Baling je...umpan kene.Layan.(^_^)

Rabu,iaitu hari ni.Aku bawak lak diorg tgk wayang kat Sitiawan. Budak2 ni jarang atau xpenah gi wayang.Kire aku dah rosakkkan diorg ar ni.Haih.Jahat tul aku.Tambahan plak,aku bawak 2 org adik aku sekali.Huh. Citer yg kitaorg tgk ialah Ip Man ( bace Yip Man dgn longhat Cina).Citer kungfu yg berunsur sejarah semasa perang dunia kedua. Menceritakan kisah hidup seorg Sifu kungfu yg amat handal ketika itu.Byk cabaran yg dilalui beliau dlm menempuh zaman itu. Beliau juga merupakan Sifu kepada Bruce Lee.Ikutilah kisah hidup tu dgn menonton citer tu.Serius best! (^_^)

[ Ip Man atau Yip Man,Master kungfu yg berdedikasi dan hebat--> Klik utk trailer]

Selain tu,aku juga sedang mengupdate diri berkaitan UTP dan juga mengupgrade komputer aku.Alhamdulillah.RAM komputer aku dah besar la dari yg sebelumnya.Genuine2 utk OS (Operating System) pun dah dapat disingkirkan.Harap2 xde masalah la pasni.

So,takat ni je la.
Sehingga diupdate lagi.

Wassalam(^_^)

Tuesday, December 23, 2008

...:Tagged lagi:::...

Aku ditagged lagi.aih.....
kali ni oleh Fastrack.terima kasih la ye... (^_^)

1.What is the relationship of you and him/her?
-He is my junior at my school,Seratas
. Can be my bro,can be my fren or both.

2. Your impressions towards him/her.
-Xtau nak kate cam ne.Ok je.Junior yg baek bg aku.


3. The most memorable things he/she had done for you.
-pe dia buat utk aku ek??Disebabkan dia junior aku,so dia jadi mangsa buli aku la kot.hehe


*Soklan no 4 aku xtau la mane pi.next je la -->

5. If he/she become your lover, you will..
-Minta clash trus.xmo2.minta jauh la...


6. If he/she become your enemy, you will...
-Aku tembak ngan M16 kalo bleh.haha.xmo ar enemy2. kalo nk jadi gak,jadila.Janji jgn kaco idup aku.:P


*Mane pi lak soklan no7 ngan no8??haih..next2!!-->

9. The most desirable thing to do on him/her is..
-Lepak2 sambil gebang diwaktu malam bersama amad di dorm A1-1.Really miss that time (^_^)


10. The overall impression of him/her is...
-Unsangkarable...Faris,ko penah dgr istilah ni?


11. How do you think the people around you will feel about you?
- Don't know.Just be myself. ape korg rase ek tentang aku??

12. The character of you for yourself is?
-Friendly.Saya suka berkawan.budak2 pun layan je.budak2 ar best.haha (^_^)

[ Ni la sebahagian kawan2 aku mase cuti nih.Budak2 ni ngah siap2 nk memancing ikan kat paya belakang tu. Byk gak dapat.Layan (^_^)]

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
-Saya pemalaz (*_*)


14. The most ideal person that you wanna be is?
-Be myself. Just perbaiki diri dari yg buruk kepada yg baik.


15. For the people who likes you, say something to them.
-Ade ke org suke aku?? Trimas!!

16. 8 people to tag:
1. Amad Hasif
2. Safwan
3. Azlan
4. Faizura
5. Azura
6. Faris si pengetag.haha (Aku kejam)
7. Anis
8. Syazwan


17. who is no. 2 having a relationship with?
-entah.biarlah rahsia.

18. Is no. 3 a male or a female?
-Male = Lelaki


19. If no. 7 and no. 8 were together, would it be a good thing?
-huh.Cam menarik je.hehe

20. How about no. 5 and 6?
-Diorg xde kaitan pape.Just sedare seIslam.

21. What is no. 1 studying about?
-Amik aliran sains tulen kat SERATAS tanpa amik subjek EST.

22.Is no. 4 single?
-No more i think.kan2??

23. Say something about no. 2.
-He is my BEST FRIENDS (^_^)

So,takat ni je la tagged yg aku nak jawab.
Malaz tul la.Nasib baek pendek je.
Kepada yg kene tagged,ikutla nk jawab ke tak.Aku berbesar hati kalo korg jawab dan terima kasih diucapkan.

P/s: No more tagged pas ni.Pliz!!malaz nk jawab lar....

Wassalam(^_^)

Monday, December 22, 2008

...::Aku,Midvalley dan Sahabatku::....

Assalamualaikum...
saje mau isi entry mengenai tajuk post ni...

Pada 17 Disember 2008,aku telah ke Midvalley Megamall buat pertama kalinya dgn menaiki komuter dr UKM. Akhirnya,tiba jua aku ke tempat yg besar cam tu. Namun aku tidak keseorangan kerana aku bertemankan sahabat aku yg juga roomate aku kat UTP,Safwan.

Kitaorg dah plan lama dah nk gi Midvalley.Dia saje nk bawak aku jejalan sana. Almaklumla,aku xpernah jejak tempat tu. So,terlaksana juga plan time tuh.Aku tiba kat midvalley kul 10.30 pagi. Dia lak sampai kul 12.30 tgh hari direct dr Seremban.

[ Midvalley Megamall...gmbr diambil dr jejambat nk ke pintu masuk]

Aku diarah tunggu di foodcourt sebab dekat je ngan pintu masuk ke stesen komuter.So senang nk jumpa. Memang besar tempat tu. Aku juga dinasihat supaya jgn merayau2 lagi sebab dikhuatiri sesat.haha.kelakar skit kat sini.

So pas kitaorg jumpa,tempat pertama di explore ialah Pet World. Tempat tu memang besar dan ade macam2 jenis pet. Sahabat aku ni rindukan hamster beliau yg telah mati. Saje la nk usha hamster2 yg ade kat situ. Tapi xbeli pun sebab xtau nk bawak balik cam ne.Jauh kan.

Then,kitaorg truskan perjalanan dgn membeli barang2 beliau iaitu beg utk ke kelas dan jua tali pinggang kat kedai Tropicana. Smart gak ar dia beli. Aku xmampu nk beli barang cam tu.So,usha je la.hehe

Pas settele bayar suma,kitaorg cari makan lak. Kali ni aku memang dah janji nk belanja dia.So dia pilih la kedai yg dia nak. Sekali dia pilih Kenny Roagers Roaster. Pergh,tempat yg xpernah aku masuk. Maklum la dgn harga dan makanannya yg ala barat atau dikenali sebagai Western Food.
[ Ni dia menu yg kiatorg makan,bleh tahan ar sedap dan tahap kepuasannya..try2 ]


Kat situ,macam2 dia ajar aku cam ne nk tempah dan cam ne nk makan.Haha.agak kelakar sebab memang aku xtau cam ne nk makan menu cam tu. Tapi aku layan je. janji sedap kan.
So,that's the first time aku makan kat tempat yg agak high class cam tu sebab harga dia memang mantap ar.hoho.

Pas solat zohor,akua ajak dia gi tgk wayang kat Golden Scene. Disebabkan kesuntukan mase,kitaorg terpaksa amik citer Cicak Man 2-Planet Hitam.Entah la.Bagi aku xbrape best ar citer tu. Terlalu tumpukan pada graphics tapi jalan citer agak xmenarik.Bg aku la.So,aku hanye layan sebab sound system dan skrinnya yg sgt mantap ar.Serius aku layan audio dia..memang sedap didgr.

[ Menunggu di ruang menunggu sebelum masuk ke pawagam. Byk giler screen,xsalah aku ade 18 kot.]

So,pas habis citer tu dalam kul 6,kiatorg trus ke stesen komuter. Safwan dikehendaki pulang sebelum malam.So,kitaorg trus la balik. komuter time tu amat2 la penuh. Berhimpit la kitaorg dalam tu. Huh,bleh dikatakan darurat gak ar sebab terpaksa berhimpit laki pompuan sekali.Aiseh,tergugat gak iman ni sebab byk plak ah moi time tu. Xpe2,ujian.

So,akhirnya aku sampai ke UKM dan turun di stesen tu sedangkan sahabat aku tu meneruskan perjalanan ke Seremban. Akhirnya,pas maghrib kitaorg masing2 tiba ke destinasi masing2.Alhamdulillah.

Best gak time tuh. Aku terase seperti budak kecil yg di bawak oleh seorg abg berjalan2 di sebuah pusat beli belah yg amat besar. Siap ade 5 Court. Centre Court,North,South,West dan juga East Court.memang besar. Kire perak ar skit sampai sana.haha.
Papepun,terima kasih pada sahabat aku tu,Safwan yg sudi bawak aku round2 Midvalley Megamall. Lain kali gi tempat lain lak,Times Square ke..hehe

[ Aku dan Safwan dalam perjalanan pulang...really miss this time..bila la leh jalan2 cam ni lagi ek.... (^_^)]

Sehingga kini. Wassalam(^_^)

...::Eksiden::...

Dalam tempoh perjalanan Journey to The South,3 eksiden berlaku dihadapan mata aku.
Ish3......berikut adalah kes2 yg terlibat:

Kes 1: Kerete dan Kereta

--> Bertempat di pasar malam Bangi pada hari Selasa bersamaan 16 Disember 2008.sebuah kereta Proton Persona kelabu telah melanggar pintu sebuah kereta Proton Iswara Silver tyg dibuka secare tiba2. Laluan tu memang la sempit.Muat2 utk satu kete je.Yg Iswara tu parking then trus buka pintu. Prakk!!sesedap bunyi keropok ikan yg dikunyah. Bengkok ke depan trus pintu kete tu. Nasib la.alhamdulillah,tiada kemalangan jiwa.
--> Moral>> Nak buka pintu kereta,usha dulu depan ngan belakang kot2 ade kenderaan mahupun manusia xlupe juga haiwan2 yg nk lalu. Kalo xpintu kete yg rosak,yg lalu tu pun bleh cedera.

Kes 2: Kereta dan Motosikal

--> Ni plak kat Batu Pahat, Johor pada 20 Disember 2008. Berdekatan laluan masuk ke rumah kenduri sepupu aku tu. Laluan besar,nak masuk ke simpang taman perumahan. Satu kerete mercedes lama berwarna perang telah memperlahankan kelajuannya utk memasuki simpang taman,namun pemandu wanita itu tidak memberi lampu isyarat utk membelok. Lalu,sebuah motosikal yg dipandu anak muda dlm linkungan umur 16-18 tahun telah melanggar belakang kereta dgn niat utk memotong kereta Mercedes yg sedang memperlahankan kenderaannya.Krapp!!Satu lagi bunyi plastik pecah atau bunyi rangup kedengaran. Mase tu aku duk lepak tepi jalan tu je menunggu rombongan pengantin.
--> Lampu belakang kereta pecah. Sayap kiri moto pecah. Keadaan moto xdpt dikenalpasti.Yg pasti cam xleh nk start je. Alhamdulillah,penunggang motosikal tu xcedera parah. Dia just terlompat jatuh dr moto ke atas jalan raya. Topi keledar yg diikat kemas pada kepalanya menyelamatkan nya.
--> Moral>> Pakai topi keledar dan ikat dgn kemas.InsyaAllah kecederaan dpt dikurangkan kalo berlaku eksiden. Kedua,dah kete tu direka mempunyai lampu signal,guna la. Nak wat pe simpan.Harap je kete lawa.tapi xtau gune.Padan muka dah pecah lampu tu.huhu.

[ Kes 3: Mangsa kemalangan yg telah meninggal dunia]

Kes 3: Motosikal dan misteri

--> Ni berlaku kat lebuh raya. Tapi kes ni au xtgk sewaktu berlaku la. tapi selepas kejadian. Yg aku nmpak,just motosikal lagenda hijau dan mayat berdarah yg ditutupi plastik hitam atas jalan. Darah dia agak byk membasahi jalan. Xtau la cam ne berlaku.Tapi keadaan tu cam menununjukkan kemalangan berlaku dlm kelajuan yg tinggi. papepun,semoga roh simati dicucuri rahmat.
--> Moral>> Hati2 di lebuh raya yg kenderaannya laju2 belaka.

Demikian lah 3 kes kemalangan yg berlaku baru2 ni di depan mata aku. Kes 3 la paling ngeri.Tapi aku xnampak la sewaktu kejadian. Kes 1 dan Kes 2 memang btul2 depan mata aku berlaku.

Apepun,kite minta perlindungan dari Allah SWT agar dijauhkan dr sebarang kecelakaan mahupun kemalangan yg memang xde bau ni.

Wassalam (^_^)

Sunday, December 21, 2008

...::I'm back!::...

Alhamdulillah...
Jam 5.30 petang tadi...aku dan keluargaku selamat tiba ke rumah kami di Manjung,Perak.
Pagi semalam bergerak dgn kenderaan Proton Persona dan Proton Wira dr Johor dan singgah di Bangi utk berehat satu malam.Then tgh hari td,bergerak plak dr Bangi dan selamat sampai ke rumah.

So,utk post kali ni,just brief dalam bentuk diari kot. Brief ape yg berlaku dari sehari ke sehari dalam mase seminggu bermula Ahad sampai la Ahad. Kalo rajin bace la sebab maybe pnjg.kalo tak...xpo la. Tiada paksaan.

14 Disember 2008
--> Bergerak ke Bangi menaiki Proton Persona kakak ku.
--> Tiba di Bangi malam sebab sempat lagi shopping before sampai umah. Ish3....


[ Susun kete depan umah sebelum bertolak ke Bangi.Penuh ]

15 Disember 2008
--> Hari pertama di Bangi. Pagi2 kakak aku dah gi kerja.Tinggalla aku ngan 3 org adik aku. Pergh....giler boring! Tanpa komputer,tanpa game,tanpa kenderaan. Hanya ade televisyen dgn 6 channel free iaitu tv1,tv2,tv3, Ntv7,tv8 dan tv9. So,melangut la kat umah tu sampai ke ptg.
--> Ptg tu pas kakak aku balik kerja,gi Shopping kat Mydin Putrajaya. Aku pun beli la skit barang. Ngabihkan duit yg ade. :P


16 Disember 2008
--> Adik2 aku mula masuk ke Kem Bina Insan anjuran JAKIM kat ILIM. Dekat je ngan umah kakak aku tu sebab umah kakak aku memang kat ILIM.haha.Duk quarters la kirenye.
--> Pagi tu kakak aku gi HUKM utk buat fisioterapi bg pemulihan kakinya, Pastu,aku minta kakak aku antar aku kat Bangi Utama. Lepak2 la situ dr tgh hari sampai ptg. Sempat la tgk wayang sorg2 bersama 3 org lain kat ctu citer The Day The Earth Stood Still. best gak citer tu. Byk pengajaran.

[ Bila dah boring tahap gaban,amaran "Untuk kanak2 di bawah 12 tahun" pun aku xkisah....huh :P]


17 Disember 2008
--> Hari ni aku ke Midvalley. Ade urusan bisnes stick hoki. Alhamdulillah,melalui Mudah.com ade gak org nak beli stick hoki yg aku jual. Pas jumpa dan jual stick hoki tu kat org yg nak beli tu,aku lepak sorg2 kat Midvalley Megamall sambil menunggu seseorg kat foodcourt atas tu.
--> Dlm kul 12.30 tgh hari,org yg aku tunggu pun sampai. beliau adalah teman karibku dr Seremban. Dah janji nk bawak aku jejalan Midvalley,so dia pun menunaikan janji itu pada hari ni. Xbyk yg kitaorg sempat usha. Just gi beli brg dia skit ( Beg ngan tali pinggang),makan dan tgk wayang. Pas solat trus balik ke destinasi masing2.
--> Yg menarik time tu ialah aku makan kat tempat yg xpenah aku makan, Kenny Roagers Roaster. Agak sedap dan mahal. Tapi byk ar teman aku tu ajar aku makan kat tempat high class (bg aku la) cam tu.haha. Thankz ek Wan. (^_^)
--> Parents aku dah sampai umah kakak aku kat Bangi ptg tu. Mereka ke Melaka dr Manjung atas tujuan kerja berkenaan lebah.Dari Melaka trus ke Bangi. So,tidur ar kat umah kakak aku.

18 Disember 2008
--> Hari dinanti-nanti telah tiba. Kul 1.30 ptg,3 kereta dr Perak sampai ke Bangi,umah kakak aku. Pas makan tgh hari dan solat kat situ,kitaorg pun memulakan perjalanan ke Johor atau lebih specific ke Senai iaitu rumah pak sedare aku yg dipanggil Andak. Bertolak kul 3.30 ptg dan tibe kul 7.00 malam. Kire 3 jam setgh la perjalanan dr Bangi ke Senai.
Sampai2 je...trus melabuhkan diri sebab dah letih berjalan dr utara ke selatan.

[ Di sebelah rumah Andak aku..umah terbiar. Agak angker.ade gaya cam mangsa perang tak??xpun mangsa runtuhan Bukit Antarabangsa??....papepun minta jauh la bnde2 cam tu (^_^)]

19 Disember 2008
--> Ke Selatan Malaysia iaitu sempadan Malaysia-Singapore atau lebih spesifik lagi ke Danga Bay. Kami solat Jumaat kat Masjid Sultan Abu Bakar,iaitu tempat Mawi-Ekin dinikahkan keesokan harinya.
--> Pas solat jumaat,trus masuk ke Zoo Johor sebab berdepan je ngan masjid tu. Niat asal nak cari nasi utk lunch,tapi xde. So makan je burger pastu round2 zoo skit. Best la gak. Bleh tahan ar. Satu yg baru aku tahu,citer mengenai burung cenderawasih yg dikatakan hanye hidup di awan. Namun,elok je aku usha kat zoo tu. Sihat walafiat je hidup dlm sangkar bersama burung lain. Haih...bohong je kot citer2 yg aku dgr seperti citer yg mengatakan burung Cenderawasih yg sudah mati sahaja akan jatuh ke Bumi. Entah la....elok je aku tgk kat zoo tu. Pape je la.
--> ptg tu balik semula ke umah Andak.

[ Akhirnya,belakangku adalah Singapura. Pengalaman yg agak best disini.. (^_^)]

20 Disember 2008
--> Kul 10 pagi bertolak ke kenduri sepupu aku kat Batu Pahat.
--> Pas kenduri, trus bergerak pulang ke destinasi masing2. Disini,rombongan kami berpecah kepada dua dimana keluarga ku ke Bangi dan keluarga sedare aku,Wan Nek trus ke umah mereka di Langkap, Perak.
--> Kul 6.30 ptg mcm tu,sampaila ke Bangi iaitu umah kakak aku.

[ Nasib la ular ni dlm sangkar,kalo tak xde nye aku cari nahas duk depan ular cam tu.]

21 Disember 2008
--> Tgh hari dalam kul 12.30 tgh hari bertolak dr Bangi ke Manjung.
--> 5.30 ptg,alhamdulillah. Suma selamat tibe ke Manjung.
--> sempat gak maen bola sepak ngan dak2 taman aku tu.haha.terubat rindu setelah seminggu xjejak padang maen bola sepak (^_^)

[ Meninggalkan hutan batu melalui hutan hijau......selamat tinggal KL..jumpa lagi.InsyaAllah (^_^)]

So,sampai sini je dulu utk brief sepanjang ketiadaan aku kat umah tanpa mengupdate blog mahupun ape2 yg berkaitan internet. Byk lagi crite menarik yg aku nk sampaikan tapi aku simpan utk post2 seterusnya.Antarenye Midvalley,keturunan Dato' Sagor dan beberapa eksiden yg berlaku sepanjang perjalanan aku nih.

Next entry:
--> Eksiden
--> Keturunan Dato' Sagor
--> Aku,Midvalley dan Sahabatku

Sampai sini dulu.

Wassalam (^_^)

Sunday, December 14, 2008

...::Journey To The South::...

[ Journey To The South ]

Salam....
Sebelum pape,ni bukan cam filem cina yg tajuknye Journey To The West.
Citer ngarut je suma tu.
Sat gi aku akan memulakan perjalanan utk cutiku bersama family...
Genap seminggu blog ni xkan diupdated.
Journey to the South...perjalanan ke Selatan iaitu ke Selangor,Melaka,Negeri Sembilan dan berakhir di Johor.Then patah balik semula ke negeri tercinta,Perak darul Ridzuan @ Pay-Rock.

First part of the journey,gi Bangi jap ngan kakak aku.Then,stay sana sampai Khamis. Khamis,perjalanan seterusnya akan bermula.Doakan keselamatan kami pergi dan balik.
Sekian.

Sedikit pengisian,jgn lupe amalkan doa naek kenderaan.InsyaAllah perjalanan akan lebih diberkati Allah SWT dan dilindungi oleh-Nya.


[ Amiiiinnn (^_^) ]

Sehingga bertemu lagi,byk akan diupdated selepas kepulangan ku nanti.InsyaAllah.

Wassalam. (^_^)

Saturday, December 13, 2008

...::Tunang::...

Alhamdulillah....
Sebentar td selesailah pertunangan kakak saya,Nur Farizan binti Jaafar dgn jejaka dr Kelantan keturunan Raja Jembal,Tuan Muhd Shahimi Bin Tuan Abdul Rahman.Tahniah buat kakak sulongku( Mak sedare Faizura..hehe (^_^))

Sedikit info,mengenai keturunan2 ni. Bg keturunan raja,biasenye ade nama depan yg sama bg semua ahli.So bg keluarga pihak lelaki ni ,dikenali sebagai keturunan Tuan. So,jika pihak lelaki atau suami yg mempunyai nama Tuan,maka anak2nye perlu jua mengikut nama yg dimulai dgn Tuan. Jika perempuan atau isteri yg mempunyai nama Tuan,maka wujudla gelaran nama yg dimulai dgn Nik. Nama anak2 akan dimulai dgn Nik.Kire bawah skit la dr keturunan Tuan sebab darah tu dibawa oleh pihak perempuan.Begitula adat bg Melayu yg masih diamalkan di Malaysia nih.

Bawah ni ade la sedikit picture yg bleh dikongsi utk tatapan umum.....

[ My sister and My Mom pose with me and my brothers ||Yg kaler hijau tu available lagi ek...hehe :P]

[ Dak kecik ni la..rajin tul. bagus2.-->anak kecil jiran yg dijaga oleh my Mom.]


[Hantaran dr pihak perempuan .Kire la ade bapetu.hehe.
pengantin posing bersama anak sedarenye,faizura dan adiknye. Jadi mangsa buli pak sedare dia kejap.terima kasih ek faizura potong tembikai. (^_^)]


Semoga pertunangan mereka akan berkekalan sehingga ke majlis yg lebih besar iaitu akad nikah atau majlis perkahwinan seterusnye membina keluarga sehingga ke anak cucu.InsyaAllah.Amiiinnnn....

Wassalam(^_^)