Monday, December 22, 2008

...::Eksiden::...

Dalam tempoh perjalanan Journey to The South,3 eksiden berlaku dihadapan mata aku.
Ish3......berikut adalah kes2 yg terlibat:

Kes 1: Kerete dan Kereta

--> Bertempat di pasar malam Bangi pada hari Selasa bersamaan 16 Disember 2008.sebuah kereta Proton Persona kelabu telah melanggar pintu sebuah kereta Proton Iswara Silver tyg dibuka secare tiba2. Laluan tu memang la sempit.Muat2 utk satu kete je.Yg Iswara tu parking then trus buka pintu. Prakk!!sesedap bunyi keropok ikan yg dikunyah. Bengkok ke depan trus pintu kete tu. Nasib la.alhamdulillah,tiada kemalangan jiwa.
--> Moral>> Nak buka pintu kereta,usha dulu depan ngan belakang kot2 ade kenderaan mahupun manusia xlupe juga haiwan2 yg nk lalu. Kalo xpintu kete yg rosak,yg lalu tu pun bleh cedera.

Kes 2: Kereta dan Motosikal

--> Ni plak kat Batu Pahat, Johor pada 20 Disember 2008. Berdekatan laluan masuk ke rumah kenduri sepupu aku tu. Laluan besar,nak masuk ke simpang taman perumahan. Satu kerete mercedes lama berwarna perang telah memperlahankan kelajuannya utk memasuki simpang taman,namun pemandu wanita itu tidak memberi lampu isyarat utk membelok. Lalu,sebuah motosikal yg dipandu anak muda dlm linkungan umur 16-18 tahun telah melanggar belakang kereta dgn niat utk memotong kereta Mercedes yg sedang memperlahankan kenderaannya.Krapp!!Satu lagi bunyi plastik pecah atau bunyi rangup kedengaran. Mase tu aku duk lepak tepi jalan tu je menunggu rombongan pengantin.
--> Lampu belakang kereta pecah. Sayap kiri moto pecah. Keadaan moto xdpt dikenalpasti.Yg pasti cam xleh nk start je. Alhamdulillah,penunggang motosikal tu xcedera parah. Dia just terlompat jatuh dr moto ke atas jalan raya. Topi keledar yg diikat kemas pada kepalanya menyelamatkan nya.
--> Moral>> Pakai topi keledar dan ikat dgn kemas.InsyaAllah kecederaan dpt dikurangkan kalo berlaku eksiden. Kedua,dah kete tu direka mempunyai lampu signal,guna la. Nak wat pe simpan.Harap je kete lawa.tapi xtau gune.Padan muka dah pecah lampu tu.huhu.

[ Kes 3: Mangsa kemalangan yg telah meninggal dunia]

Kes 3: Motosikal dan misteri

--> Ni berlaku kat lebuh raya. Tapi kes ni au xtgk sewaktu berlaku la. tapi selepas kejadian. Yg aku nmpak,just motosikal lagenda hijau dan mayat berdarah yg ditutupi plastik hitam atas jalan. Darah dia agak byk membasahi jalan. Xtau la cam ne berlaku.Tapi keadaan tu cam menununjukkan kemalangan berlaku dlm kelajuan yg tinggi. papepun,semoga roh simati dicucuri rahmat.
--> Moral>> Hati2 di lebuh raya yg kenderaannya laju2 belaka.

Demikian lah 3 kes kemalangan yg berlaku baru2 ni di depan mata aku. Kes 3 la paling ngeri.Tapi aku xnampak la sewaktu kejadian. Kes 1 dan Kes 2 memang btul2 depan mata aku berlaku.

Apepun,kite minta perlindungan dari Allah SWT agar dijauhkan dr sebarang kecelakaan mahupun kemalangan yg memang xde bau ni.

Wassalam (^_^)

1 comment:

cIk pEnNa said...

berhati2 di jalan raya..