Jam 5.30 petang tadi...aku dan keluargaku selamat tiba ke rumah kami di Manjung,Perak.
Pagi semalam bergerak dgn kenderaan Proton Persona dan Proton Wira dr Johor dan singgah di Bangi utk berehat satu malam.Then tgh hari td,bergerak plak dr Bangi dan selamat sampai ke rumah.
So,utk post kali ni,just brief dalam bentuk diari kot. Brief ape yg berlaku dari sehari ke sehari dalam mase seminggu bermula Ahad sampai la Ahad. Kalo rajin bace la sebab maybe pnjg.kalo tak...xpo la. Tiada paksaan.
14 Disember 2008
--> Bergerak ke Bangi menaiki Proton Persona kakak ku.
--> Tiba di Bangi malam sebab sempat lagi shopping before sampai umah. Ish3....
15 Disember 2008
--> Hari pertama di Bangi. Pagi2 kakak aku dah gi kerja.Tinggalla aku ngan 3 org adik aku. Pergh....giler boring! Tanpa komputer,tanpa game,tanpa kenderaan. Hanya ade televisyen dgn 6 channel free iaitu tv1,tv2,tv3, Ntv7,tv8 dan tv9. So,melangut la kat umah tu sampai ke ptg.
--> Ptg tu pas kakak aku balik kerja,gi Shopping kat Mydin Putrajaya. Aku pun beli la skit barang. Ngabihkan duit yg ade. :P
16 Disember 2008
--> Adik2 aku mula masuk ke Kem Bina Insan anjuran JAKIM kat ILIM. Dekat je ngan umah kakak aku tu sebab umah kakak aku memang kat ILIM.haha.Duk quarters la kirenye.
--> Pagi tu kakak aku gi HUKM utk buat fisioterapi bg pemulihan kakinya, Pastu,aku minta kakak aku antar aku kat Bangi Utama. Lepak2 la situ dr tgh hari sampai ptg. Sempat la tgk wayang sorg2 bersama 3 org lain kat ctu citer The Day The Earth Stood Still. best gak citer tu. Byk pengajaran.
17 Disember 2008
--> Hari ni aku ke Midvalley. Ade urusan bisnes stick hoki. Alhamdulillah,melalui Mudah.com ade gak org nak beli stick hoki yg aku jual. Pas jumpa dan jual stick hoki tu kat org yg nak beli tu,aku lepak sorg2 kat Midvalley Megamall sambil menunggu seseorg kat foodcourt atas tu.
--> Dlm kul 12.30 tgh hari,org yg aku tunggu pun sampai. beliau adalah teman karibku dr Seremban. Dah janji nk bawak aku jejalan Midvalley,so dia pun menunaikan janji itu pada hari ni. Xbyk yg kitaorg sempat usha. Just gi beli brg dia skit ( Beg ngan tali pinggang),makan dan tgk wayang. Pas solat trus balik ke destinasi masing2.
--> Yg menarik time tu ialah aku makan kat tempat yg xpenah aku makan, Kenny Roagers Roaster. Agak sedap dan mahal. Tapi byk ar teman aku tu ajar aku makan kat tempat high class (bg aku la) cam tu.haha. Thankz ek Wan. (^_^)
--> Parents aku dah sampai umah kakak aku kat Bangi ptg tu. Mereka ke Melaka dr Manjung atas tujuan kerja berkenaan lebah.Dari Melaka trus ke Bangi. So,tidur ar kat umah kakak aku.
18 Disember 2008
--> Hari dinanti-nanti telah tiba. Kul 1.30 ptg,3 kereta dr Perak sampai ke Bangi,umah kakak aku. Pas makan tgh hari dan solat kat situ,kitaorg pun memulakan perjalanan ke Johor atau lebih specific ke Senai iaitu rumah pak sedare aku yg dipanggil Andak. Bertolak kul 3.30 ptg dan tibe kul 7.00 malam. Kire 3 jam setgh la perjalanan dr Bangi ke Senai.
Sampai2 je...trus melabuhkan diri sebab dah letih berjalan dr utara ke selatan.
[ Di sebelah rumah Andak aku..umah terbiar. Agak angker.ade gaya cam mangsa perang tak??xpun mangsa runtuhan Bukit Antarabangsa??....papepun minta jauh la bnde2 cam tu (^_^)]
19 Disember 2008
--> Ke Selatan Malaysia iaitu sempadan Malaysia-Singapore atau lebih spesifik lagi ke Danga Bay. Kami solat Jumaat kat Masjid Sultan Abu Bakar,iaitu tempat Mawi-Ekin dinikahkan keesokan harinya.
--> Pas solat jumaat,trus masuk ke Zoo Johor sebab berdepan je ngan masjid tu. Niat asal nak cari nasi utk lunch,tapi xde. So makan je burger pastu round2 zoo skit. Best la gak. Bleh tahan ar. Satu yg baru aku tahu,citer mengenai burung cenderawasih yg dikatakan hanye hidup di awan. Namun,elok je aku usha kat zoo tu. Sihat walafiat je hidup dlm sangkar bersama burung lain. Haih...bohong je kot citer2 yg aku dgr seperti citer yg mengatakan burung Cenderawasih yg sudah mati sahaja akan jatuh ke Bumi. Entah la....elok je aku tgk kat zoo tu. Pape je la.
--> ptg tu balik semula ke umah Andak.
20 Disember 2008
--> Kul 10 pagi bertolak ke kenduri sepupu aku kat Batu Pahat.
--> Pas kenduri, trus bergerak pulang ke destinasi masing2. Disini,rombongan kami berpecah kepada dua dimana keluarga ku ke Bangi dan keluarga sedare aku,Wan Nek trus ke umah mereka di Langkap, Perak.
--> Kul 6.30 ptg mcm tu,sampaila ke Bangi iaitu umah kakak aku.
21 Disember 2008
--> Tgh hari dalam kul 12.30 tgh hari bertolak dr Bangi ke Manjung.
--> 5.30 ptg,alhamdulillah. Suma selamat tibe ke Manjung.
--> sempat gak maen bola sepak ngan dak2 taman aku tu.haha.terubat rindu setelah seminggu xjejak padang maen bola sepak (^_^)
So,sampai sini je dulu utk brief sepanjang ketiadaan aku kat umah tanpa mengupdate blog mahupun ape2 yg berkaitan internet. Byk lagi crite menarik yg aku nk sampaikan tapi aku simpan utk post2 seterusnya.Antarenye Midvalley,keturunan Dato' Sagor dan beberapa eksiden yg berlaku sepanjang perjalanan aku nih.
Next entry:
--> Eksiden
--> Keturunan Dato' Sagor
--> Aku,Midvalley dan Sahabatku
Sampai sini dulu.
Wassalam (^_^)
4 comments:
haha...slaku pembace pertame,saye nk poyo r di sni...smngt update blog kul 3 pagi..huhu...2 r..ape r y kte wt xtdo pagi2 bute ni..lg stu ak xpat nk bg rimau ko mkn sbb ak trunisntall adobe flash movie player ak.. 2 r bnda plg sngal rsenye ak wt spnjg cuti ni..haha.nnt r, ak instal, ak bg rimau ko 2 mkn..haha
gi jumpe mawi ke??
hak2
waaa...nape x nengok mawi nikah??
;)
nnt dah kije kat petronas..lagik manyak tempat2 high class yg akan g makan..
so kena biasa diri dr sekarang..
;)
mana entry keturunan dato sagor??
;)
Post a Comment