Updated...........
Untuk entry kali ni...teringin sekali aku share ngan pembace sekalian tentang Madu Lebah.
Semalam....ayah aku baru balik dr johor,kursus Madu Lebah kat sana. Sampai2 je umah...trus tunjuk kat family aku tentang Madu dan gmbr2 beliau disana...
Byk gak info aku dpt........
antare yg aku nk share la.....
Madu yg asli,rupe2nye cair je...xde la pekat sgt...
Kaler dia pun lain dr yg selalu kite duk jumpa kedai2....
Ayah aku de bwk balik madu yg segar2 asli dr sarang dia...pergh...memang asli la kirenye...
best gak....sedap...khasiat pun tinggi.......
[ Lebah dan sarangnya.....actually lebah ni xde la sengat kita kalo dia xrase diancam ]
[ Madu nye terletak kat antara grid2 yg cantik ni...smart gak kan...Subhanallah ]
Bila berckp tentang Madu sebagai penyembuh penyakit...aku teringat dalil2 yg berkaitan yg telah disebut sejak zaman Rasulullah SAW......betape Islam itu serba lengkap dalam semua aspek.........
Dalil 1:
"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
(Surah An- Nahl:69)
Dalil 2:
"Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadith riwayat Ibnu Majah)
Rasenye 2 dalil ni pun dah cukup menunjukkan bahawa betapa berkhasiatnye madu lebah dlm menjamin kesihatan dan menyembuhkan penyakit manusia. Apepun, ianya sebagai usaha kita kerana yg menentukan hasilnya hanyalah Allah SWT yg Maha Berkuasa......
Sehingga kini...Wallahu'alam(^-^)
No comments:
Post a Comment