Monday, August 3, 2009

:: Khabar H1N1 ::

Salam sejahtera...
disebabkan aku cuti ni pun sebab H1N1..so..nk sampaikan skit brite terkini pasal H1N1 kat Malaysia khususnya,dunia umumnya.......ni brite dia.....aku amik skit2 je la...pnjg gak..sure korg xbace suma :P

=====================================================================

Pada 3 Ogos 2009 sejumlah 17 kes baru influenza A(H1N1) dan 1 kes kematian dilaporkan. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Kesemua 17 kes yang dilaporkan hari ini, adalah kes sporadik atau terpencil.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 3 Ogos 2009 jam 8.00 pagi adalah sebanyak 1,446 kes dengan jumlah kematian 7 orang. Daripada 1,446 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (40%) merupakan kes import dan 872 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,408 kes (97%) telah sembuh, hanya 29 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah......................

....................Merujuk kepada situasi global, sehingga 3 Ogos 2009, sejumlah 183,854 kes dengan 1,307 kematian telah dilaporkan daripada 167 negara. Peningkatan sebanyak 28 kes dengan 6 kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Tiada pertambahan negara yang terbabit.

.........................Kes kematian ketujuh adalah seorang wanita berusia 23 tahun yang telah disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) sejak 23 Julai 2009 dan disebabkan komplikasi pada paru­paru beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Miri sejak 22 Julai 2009 sehingga hari kematian pada 4 pagi 3 Ogos 2009. Sejarah asalnya, pesakit ini telah bersalin di Hospital Miri pada 21 Julai 2009...............................................

|| Ni bukan keadaan sebenar H1N1 dlm badan manusia.Gmbr ni just ade kaitan ngan H1N1 je..hehe ||

........................Kementerian Kesihatan Malaysia masih lagi menerima banyak pertanyaan berkisar kepada langkah­langkah yang perlu dilakukan jika mempunyai gejala jangkitan H1N1. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan langkah­langkah berikut:

  1. Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap setiap kali selepas batuk, bersin dan lain­lain.

  2. Menutup mulut ketika bersin dan batuk.
  3. Menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala ILI.
  4. Mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
  5. Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak¬anak kecil ke tempat yang sesak
........................Pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi yang bersimptom jangkitan influenza A(H1N1) diingatkan supaya mengelakkan diri daripada menghadiri kelas, kuliah termasuk aktiviti berkumpulan dan pergi ke tempat tumpuan orang awam seperti pusat membeli belah. Mereka hanya dibenarkan menghadiri aktiviti­aktiviti ini selepas 1 hari bebas daripada gejala jangkitan influenza A(H1N1).............................

Maklumat semasa Influenza A (H1N1) termasuk aktiviti pencegahan boleh didapati melalui laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my ataupun melalui Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan 0388810200 dan 0388810300 yang beroperasi antara 8.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am....

====================================================================

Source : http://h1n1.moh.gov.my/KenyataanAkhbarTerkini.php

So..ni la maklumat terkini H1N1.harap2 artikel ni berinfomasi buat semua pembaca. Dr ape yg aku tau,kebanyakan kes kematian yg melibatkan H1N1 ni ade kaitan ngan Pneumonia (Jangkitan peparu).So,sape2 yg rase2 ade penyakit berkaitan peparu termasuk la perokok2,harap2 lebih berhati2 supaya Infulenza A (H1N1) ni xambil kesempatan terhadap komplikasi peparu anda. InsyaAllah. Sama2 kita berdoa agar dielakkan dr penyakit berjangkit dan berbahaya ni. Amiiin..

Wassalam (^_^)


5 comments:

nifi a.k.a beliamuda said...

aku suka nasihat yang last tu.. memang H1N1 cari peluang je kat spe2 yang memang dah ada komplikasi kat paru2.. perokok2 tegar patut sedar yang paru2 mereka itu hanya menunggu masa untuk menyambut kedatangan virus2 tu...

~~sudah ada kematian kelapan...

Amin Baek said...

da kmatian ke 8..utp ada yg positif.kenalan aku..huhuh

Nasrullah Jaafar said...

huh??!!
siyes??
dah ke8??
Innalillah.....

HmmUTP ade positif??bape org?
dan siape kenalan ko tu??ko rase aku kenal ke tak??

kalo xnak gtau kat sini..gtalk je :P

Amin Baek said...

skang da ke 11..total 4 dr mlaka..huhuh

ada kt utp..tp bpe aku xsure a..xknl kot..dak ferst year ferst..

Nasrullah Jaafar said...

owh..
weh..dah 12 dah kembali ke Rahmatullah sebab H1N1.huhu...
Innalillah..........

Ok..tapi yg pasti dak UTP pun ade gak yg kne ar.....

Mari sama2 kite doa agar dijauhkan dr penyakit ni.... Amiiin (^_^)