Saturday, August 22, 2009

:: Salam Ramadhan ::

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah,hari ni bermula la bulan Ramadhan,iaitu bulan ke-9 dalam bulan2 Islam dimana semua umat Islam diwajibkan berpuasa kecuali golongan2 yg diberi kelonggaran oleh Allah SWT utk tidak melaksanakannya pada bulan ni secara penuh dgn syarat2 yg telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Alhamdulillah,kita patut bersyukur kerana sekali lagi umur kita dipanjangkan oleh Allah SWT utk menikmati bulan yg plg istimewa bg umat Islam iaitu Bulan Ramadhan.

So.dikesempatan ni,aku nk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1430 H.Semoga kita semua sentiasa berada didalam rahmat Allah SWT dan mendapat ganjaran yg sebyknya sepanjang berada di bulan Ramadhan ni.



Satu lagi,dikesempatan ini jua,aku nk ucapkan terima kasih tak terhingga pada semua warga kelab Media dan Teknologi (MEDTECH) UTP kerana memberi kepercayaan dan amanat yg sgt2 tinggi utk memegang tampuk pengurusan kelab. Diharap semua dpt memberi kerjasama yg sewajarnya agar prestasi kelab kita akan dapat diteruskan dan ditingkatkan ke tahap yg lebih baik,InsyaAllah. Work WITH me,not work FOR me (^_^)

Sebagai peringatan dibulan puasa ni :

Perbuatan menyengajakan tidak berpuasa atau berbuka tanpa uzur syar’ie yang kita sedia maklum, adalah dosa besar yang berat ancamannya dari Allah dan Rasul-Nya.

Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya. – [Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam Mawaarid al-Zam’aan, #1509]



Sekian.
Wassalam (^_^)

2 comments:

Hazwan said...

selamat berpuasa
n tahniah!

cIk pEnNa said...

slamat berpuasa ya!