Monday, May 31, 2010

|| Nasib Freedom Flotilla ||

Salam.
Isu terkini adalah mengenai serangan tentera zionis laknatullah ke atas kumpulan kapal bantuan kemanusiaan, Freedom Flotilla ke Gaza (LL4G) sejak pg td.
Berikut adalah keratan laporan permulaan mengenai serangan.....

---------------------------------------------------------------------------
Israel Menembaki Marvi Marmara
31 May 2010, 09:56.

Setelah konvoi Freedom Flotilla menunaikan shalat Subuh, komunikasi satelit yang ada di kapal sempat terputus selama satu jam dan setelah kembali mengudara, diberitakan dari live streaming IHH bahwa 2 orang telah meninggal dan hampir 30 orang terluka karena serangan helikopter dari Israel. Belum ada keterangan mengenai siapa korban yang meninggal dan terluka tersebut.

Penyerangan yang dilakukan Israel ini dilakukan saat kapal Mavi Marmara sedang berada di perairan internasional. Berikut adalah sebuah ucapan yang terdengar dari live streaming kapal Mavi Marmari:

“We have critically injured people here, we need help. Do not fire on us, We are civilians”

(“Di sini ada orang-orang yang terluka kritis, kita butuh bantuan. Jangan menembaki kami. Kami orang sipil”).

------------------------------------------------------------

Sumber : http://sahabatalaqsha.com/

Betapa kejamnye tentera zionis ni.Marilah sama2 kita doakan keselamatan pejuang2 Freedom Flotilla yg telah diserang oleh zionis laknatullah ini. Setakat ni,hubungan dgn kapal tu masih terputus. Latest punye update,15 terkorban dan 50 cedera parah. Ya Allah,selamatkanlah mereka. Musnahkanlah zionis laknatullah dgn kekuasaan-Mu.

|| Klik utk besarkan image ||

Update :

--> http://twitter.com/sahabatalaqsha

--> http://sahabatalaqsha.com/nws/


Wassalam.

Wednesday, May 26, 2010

|| Picture of the Day ||

Salam.
Kelmarin pi jog kat tasik UTP bersama rumate,faiz dan family abg aku.So berjumpa la ngan anak buah aku sekali,Miqdam.Rindu nye kat dia. Dah bergigi dah beliau.ade 4 btg.comey2.

So,faiz ade bawak kamera DSLR beliau.So,ade snap skit gmbr. Dan gmbr yg plg menarik yg aku nk share ngan korg ni haa......very2 meaningful.bg aku la....korg rase cam ne?ape yg korg paham bila tgk gmbr nih???

|| Safwan & Miqdam ||

Pastu esoknye pi lunch kat TG Corner kat Taman Maju dgn family medtech. pas makan,tah cam ne bleh terkeluar nk pi tgk wayang.So,ptg tu gak kitaorg gerak pi JJ.So,tgk la citer Shrek Forever After. Kelakar giler citer tu. Tapi yg lebih best dr tu adalah,hangout bersama family medtech dihujung2 sem ni sebelum gi intern. U all make me happy. (^_^)

Next,nk gi mane lak??? :P

Wassalam (^_^)

Monday, May 24, 2010

|| 8 hari ||

Alhamdulillah.
Selesai sudah 3 papers final exam ku.
Ade lagi 8 hari utk paper yg last iaitu Process Plant Design (PPD) pada 2 Jun.
So,ape nk wat ek?nanti tunggu la update.

Tetibe nk share ape yg aku tgh minat skang ni....

1- Movie - Baru pas tgk The Fourth Kind.Citer makhluk asing culik manusia.Menarik gak,tapi kene hati2 bab akidah kat part last nanti.....bleh la try tgk...cuak giler.




2- Picture - Ni gmbr yg aku suka. Sebabnya,ni sahabat aku merangkap juga rumate aku,Safwan.Gmbr ni diambil mase Dinner CJ7 oleh rakanku Faiz (FirstForay).



3- Song - Celine Dion -I'm Alive. Sebabnye ni lagu tema montaj Appreciation Night MEDTECH 2010. Bestnye montaj tu.Menyentuh jiwa.Thankz Syazwan for the montaj.

4- Quote -" It is neither flesh nor blood but ♥ HEART ♥ that make us family."
Quote ni menerangkan relationship antara dak2 MEDTECH.Love you all. (^_^)

Pas ni xtau nk wat pe. Sebelum start study balik, macam2 plan nk wat.Ape ek?tgk la nanti.haha

Wassalam (^_^)

Saturday, May 22, 2010

|| Keratan Akhbar Online ||

Salam. Dunia sekarang.Dah melampau2 melampaui batasnye. Astaghfirullah.Musuh Islam sgt berani mencabar sensitiviti Islam.Ni berita terkini.

**************************************************************

Lukis nabi cetus perang di Facebook

2010/05/21

Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika

SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.
Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu.
Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah.

Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad
Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei.

Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu.
Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan.

Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi.

Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. – AP

*********************************************************
Sumber : Berita Harian Online

Wassalam (^_^)

Monday, May 17, 2010

|| Guru ||

Salam.
Semalam adalah sambutan hari guru.Jadi,aku mengambil peluang utk mengucapkan selamat hari guru kepada guru2ku melalui facebook.So,ade reply yg sgt2 menarik perhatian aku.ni haaa.....

Haha.....teringat balik nostalgia di zaman sekolah. Begitulah kebanyakan cikgu aku bila komen pasal aku. Mmg aku kuat tido dlm kelas. Sampai report kat parents aku mase amik result exam. huahua. -_-

Anyway,final exam dah bermula.Cuma aku je blum.rabu ni baru start exam.
Pada rakan2,maaf kupinta jika ada salah silap dan terima kasih for everything.

All the Best (^_^)
Aal Iz Well (^_^)

Wassalam (^_^)

Friday, May 14, 2010

|| Aktiviti Study Week ||

Salam.
Study week hampir berakhir.beberapa hari je lagi first paper akan bermula.
So,pe aku wat study week ni?ni dia.......

CJ7 Farewell Dinner

||Nas -Sap-Syaz-Din||

Cool (^_^)

|| Selamat berinternship rakan2 semua ||


-----------------------------------------------------------------------
MEDTECH Appreciation Night

||Thankz MEDTECHians||


|| With 2 Advisors - Abg Khaibad n Tn Hj MNR ||

---------------------------------------------------------------------

Dah2.2 ni je la nk update.
Actually,minggu lepas,iaitu seminggu sebelum study week telah membuat satu rekod baru,dimana aku telah pergi ke IPOH sebyk 6 kali dalam mase seminggu,ditambah plak tgk wayang 4 kali. Satu aktiviti yg menarik dan merbahaya utk kesihatan akaun bank ku.haha. Xpernah2 lagi wat cam tu before2 nih.huhu.

|| Jadual study n jadual exam. ||

Apepun, final exam dah dekat. All the best utk study nih. All the best jua pada diriku. Study mood ni,susah tul nk dtg,bila dah dtg plak,senang2 je hilang.adeyh :P

|| Workstation yg telah berubah sedikit drpd hari tu||

Wassalam. (^_^)

Monday, May 10, 2010

|| PCS Group 5 : Dr. Sumathi ||

Salam.
Post ni khas utk group subjek PCS (Presentation and Communication Skills) aku iaitu group 5.
Lecturer utk kelas ni ialah Dr. Sumathi. Kelas ni terdiri drpd seramai 25 pelajar dimana hampir semuanya dr Chemical Engineering kecuali 2 pelajar Electrical Engineering.

Teringat mase mula2 nk pilih kelas PCS mase awal sem hari tu. begitu sukarnye utk masuk kelas berdasarkan schedule yg sesuai dgn jadual kelas lain. Akhirnya,atas iniatif sendiri,kami menubuhkan kelas sendiri berdasarkan slot yg sesuai. So,sebab tu la majoriti adalah dr course sendiri. Dan kami redha je sape2 pun jd lecturer kitaorg mase tu.

|| 3 Idiots.Haha. 3 sekawan ||

Dan setelah keputusan dibuat, lecturer kitaorg adalah Dr. Sumathi. Jadi,ape lg. Macam2 la research dibuat utk mengetahui bagaimana pengajaran beliau dan plg pntg,mcm mane result dak2 yg pernah belajar ngan dia. Dr ape yg dikhabarkan senior2, susah utk mendapat keputusan cemerlang (A @ A-) dlm kelas beliau. jadi pada mulanya aku agak gementar. Pelbagai persoalan timbul di benak hati. Adakah beliau garang?adakah beliau sentiasa serius mengajar?dan mcm2 lagi persoalan timbul sebelum kitaorg ke kelas pertama PCS.

Jadi,setelah pergi ke kelas pertama beliau,first impression menunjukkan bahawa beliau agak strict dlm pemarkahan.So,sebab tu la susah skit nk skor cemerlang dlm kelas beliau. Namun,dr sehari ke sehari,minggu ke minggu,bulan ke bulan,akhirnya,kami mula mengerti.

|| Dr. Sumathi ||

Beliau merupakan lecturer yg mementingkaan KUALITI pelajar2 nya. Utk subjek PCS ni,ade 4 kali kitaorg akan di evaluate. 2 by group,2 by individual. So,setiap kali beliau evaluate kitaorg,sering kali dnyatakan pada kami,

"Your mark reflects your presentation performance. I am just a mirror to you".

So,kitaorg pun dah paham skang kenapa senior2 kate susah nk skor dlm kelas dia.Sebab beliau memberi markah berdasarkan bagaimana kita present. Kirenye,kite sendiri bleh sedar berapa markah yg kita deserve berdasarkan performance kita. She can give us more marks,but it will not help us to improve our presentation skills.

So,thankz so much to Dr. Sumathi for your lessons. thankz to all PCS Group 5 members. You all are just awesome (^_^)

|| PCS Group 5 : After last class just Finished ||


Credit to Faiz [First Foray] for all the pictures (^_^)

Wassalam (^_^)

Friday, May 7, 2010

|| The Victory of Chemical Assessment ||

Salam
Seperti yg dijanjikan.
hari ni nk report pasal CJ7 Premier League (CPL 2010).

Tournament ni diadakan semlm.Bermula kul 8 pagi sehingga 10.30 pg.
Bertempat di Futsal Court V5.
Team aku, iaitu Chemical Assessment dianggotai oleh Nash (aq la tu),Syazwan,Safwan (Rumate aq), Zakwan, Amin, Kamil dan juga Adi.Semua ni dak2 umah aku sebenarnye.haha.

Saje nk citer sejarah team ni.Team ni adalah team plg lama aku join.Ditubuhkan sejak tahun 2007,iaitu tahun kitaorg masuk UTP. Tournament pertama kitaorg join adalah Karnival Village 1 pada tahun 2007. Mase tu tanpa dijangka,team ni telah mendapat kedudukan no 3. Tanpa dijangka jua,team ni masih kekal sehingga sekarang. (^_^)

|| Spot the differences (^_^) ||

So,pada tahun ni,team aku ni sekali lg telah menampilkan diri utk CJ7 Premier League (CPL 2010). utk tahun ni,liga ni disertai oleh 6 team iaitu Chemical Assessment, Faramel, The Nerds, Jogantan, Oreo dan Pejambubeh. Kali nih,Chemical Assessment tampil dgn jersi berwarna perang gelap tajaan Cheetah (beli kot :P).

Perlawanan pertama dgn The Nerds menaikkan semangat kitaorg setelah menang 5-0 walaupun ade pemain import dlm pasukan tu (Dr. Nurul Hasan,TP Lecturer).Kemudian, semangat kami sedikit tergugat setelah tewas dgn pasukan Faramel yg terdiri drpd pelajar2 international termasuk dr negara Malaysia sendiri (Presiden RCSU 2010). Namun semangat kami kembali kental setelah menang berturut2 ke atas 3 pasukan seterusnya iaitu Oreo, Pejambubeh dan Jogantan.

Team

P

W

D

L

GF

GA

GD

PTS

1

Chemical Assessment

5

4

0

1

14

5

9

12

2

Faramel

5

3

2

0

10

4

6

11

3

The Nerds

5

2

0

3

12

10

2

6

4

Pejambubeh

5

1

2

2

4

7

-3

5

5

Jogantan

5

1

1

3

5

11

-6

4

6

Oreo

5

1

1

3

6

13

-7

4



Alhamdullilah. Chemical Assessment ditabalkan sebagai JUARA CPL 2010. Dan Golden Boot plak di beri kepada Nash (aq la ek??haha) dgn jaringan 7 gol. Penjaring keua terbyk di pegang oleh rakan sepasukanku iaitu Syazwan sebanyak 5 Gol termasuk ditabalkan sebagai Best Striker (^_^).

|| Chemical Assessment the Champion||

Apepun, jutaan terima kasih dan tahniah pada pasukanku, Chemical Asessment kerana berjaya menjuarai CPL 2010 ni setelah menunggu 4 tahun sebenarnye utk menjadi juara. Adi,the best goalkeeper ever. Zakwan,defender terbaik. Amin, pemain tgh yg best. Kamil, pemain yg xdpt dijangka gerakannya. Safwan,pemain tgh yg sgt berpotensi,tapi sebab jarang turun je. Tahniah kerana tersenarai sebagai penjaring gol. Syazwan, gandingan yg terbaik pernah aku ade. hari2 kalo gi maen futsal,mesti geng ngan dia la. Chemistry mmg kuat ar. Best striker ever. Tahniah buat korg semua.Thankz very2 much.

Pada team2 lain,thankz and sorry kalo mase maen,terlebih kasar ke. pada organizer (Zaki and Din), thankz very2 much for the support and the medals and trophy.InsyaAllah,we will meet again in CPL 2011.

Buat warga CJ7,selamat mengulangkaji utk final exam yg around the corner nih.
dan juga selamat menjalani internship. jgn kita lost contact lak mase internship nih, gunakan medium yg ade(GG,blog,gtalk,enset & etc) utk keep in touch.

|| Warga CJ7 in CPL2010||

Wassalam (^_^)

Thursday, May 6, 2010

|| Iron Man 2 ||


Salam.
malam td pi tgk Iron Man 2 kat jaya jusco ipoh.
Gerak pas maghrib dlm kul 8 dgn 2 buah kete.Kete Wan and Syazwan.
Peserta hangout kali nih adalah -->
Safwan (Rumate),Syazwan, Poji, Zaki an Sami (Yaman's Brothers)

Citer Iron Man 2 bleh tahan ar bestnye...lebih byk iron man nye dlm citer ni.
Aksi dia menarik gak la.
Best2.

|| baru pas habis tgk ||

So,pada yg blom tgk...siler2 la tgk.
xrugi tgk..action muvie ni menarik.Dan yg plg menarik,tunggu habis crdit of the muvie... cam ada trailer utk penutup citer ni.Cam trailer utk next Iron Man je..haha...

So,nk tau pe trailer nye...pas tgk...tunggu sampai habis suma credit2 tu. (^_^)

|| Tekun tunggu trailer for next Iron Man 2 (^_^) ||

Next post --> CPL 2010

Wassalam (^_^)

Tuesday, May 4, 2010

|| WorkStation : Tagged ||

Salam. Menjawab tag diqeen.ni arahan beliau.


------------------------------------------------------------------------------------------------
dqeen said...

sume yg komen nih:

1. Syazwan
2. 'achong
3. amad si wumet
4. Adib
5. Nash
6. Zati
7. Azrul
8. Aleplop

Sila post gambar workstation anda SEKARANG. Jangan kemas atau cuba mengalihkan ape2 barang sekalipun. Pakai kemre fon pun bolehh! Aku nak jadi org 1st komen!

Terima kasih heeheee :D
May 3, 2010 10:49 PM
------------------------------------------------------------------------------------------------

Menjawab tag beliau.Ni gmbr yg ko nk sgt diqeen.haha...komen2. (^_^)

|| Front view [K770i]||


|| Right view [K770i] ||

|| Left view [K770i] ||

So,ni la workstation aku. Yg komputer tu namanya....ape ek.xde nama la plak.nk bubuh nama Hunter,bleh gak kot. Ni nmpak kemas sebab kelas ku dah habis utk sem ni.Yeah!!!

Tunggu dah start study week baru semak.xpo...kasi bersih dulu before tmpt ni akan dilanda ribut taufan nanti :P

Wassalam (^_^)


Sunday, May 2, 2010

|| Mari Sholawat ||

Menarik lagu nih.Mula2 dgr mase Kembara Sufi VIII baru2 ni.Dinyanyikan oleh Azhan Atan.Mari hayati lagu ni bersama.

Wali Band - Mari Shalawat

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Daripada kita pacaran
Lebih baik kita sholawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan

Awas jangan dekat-dekatan
Kita ‘kan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita sholawatan

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Bukan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu

Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah jangan kau pikirkan
Mending kita sholawatan

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah


Wassalam (^_^)

Saturday, May 1, 2010

|| 1000th ||

Salam.
Saje nk post.
Akhirnya....rakan facebook ku telah pun menjejak angka 1000!!!
Terima kasih pada semua rakan2 facebookku.Walau hanye beberapa saje rakan yg aktif aku folow,tapi kehadiran korg telah mengaktifkan facebook aku dgn update2 korg.hehe....tq (^_^)


Rakan ke 1000 ku ialah Jannah Abdulah Sahimi.
Tahniah :P

Wassalam (^_^)