Salam. Dunia sekarang.Dah melampau2 melampaui batasnye. Astaghfirullah.Musuh Islam sgt berani mencabar sensitiviti Islam.Ni berita terkini.
**************************************************************Lukis nabi cetus perang di Facebook
2010/05/21
Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis AmerikaSEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.
Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.
Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad
Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei.
Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu.
Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan.
Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi.
Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. – AP
*********************************************************
Sumber : Berita Harian Online
Wassalam (^_^)
1 comment:
Tu r.. aku skg nak log in facebook pon dah xde mood dah..
Baik aku main digimon lagi best.. ko main la gak dow.. nanti bole battle.. ajak sap skali! :D
Post a Comment