Sunday, May 10, 2009

::Selamat Hari Ibu, Mak::

Salam sejahtera.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian,post kali ni adalah post paling special sekali utk blog ni.Secara kebetulan,post ini adalah bersempena Hari Ibu dan dalam mase yg sama,ini adalah post yg ke-100 utk blog ni.... \o/ \o/ \o/ \o/ \o/

Berkesempatan ini,ingin sekali ku ungkapkan SELAMAT HARI IBU,especially utk MAK yg tersayang yg kini berada di rumah ku di Seri Manjung,Perak. Dikau adalah insan yg plg kusayang selepas Allah SWT dan Rasulullah SAW.Kudoakan agak MAK akan dipanjangkan umur,dimurahkan rezki,diberi kesihatan yg baik,sentiasa dibawah Rahmat Allah SWT dan diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.Amiiin.

Terima kasih buat MAK,yg telah melahirkan ku,menjaga ku dgn baik sekali,mendidik serta mengajar dan menasihati ku sehingga menjadi insan yg ada seperti aku sekarang.Tanpamu,xkan wujud aku didunia ni.

::My Beloved Family with my Beloved MOTHER::

Berkesempatan ini jua,ingin sekali Ude mohon jutaan ampun dan maaf di atas salah silap Ude dr kecik,sampai la sekarang,malah utk akan datang pun.Sebagai insan biasa,xdpt Ude elak kan utk melakukan dosa kepada MAK.Xlupa jua,Ude mohon dihalalkan makan,minum serta apa jua hak MAK yg telah diberikan.Jasamu xterbalas langsung oleh segala ape pun yg ada di dunia ini.

So,sekali lagi pada MAK, Pn. Fatimah Binti Othman.SELAMAT HARI IBU,MAK (^_^)

Ucapan ini jua dituju khas buat UMMI yg kini berada di Seremban. Kasih syg Ummi jua amat nas hargai.Terima kasih Ummi kerana menyayangi ku.Jasamu akan kukenang,insyaAllah.Semoga Ummi sihat sentiasa,ceria2 selalu dan sentiasa berada dalam Rahmat ALLAH SWT.Amiin.

Xlupa jua pada ibu2 diseluruh dunia.Selamat Hari Ibu.Kepada semua,hargailah Ibu kita xkira tempat,mase dan waktu.Walaupun satu tarikh keramat telah dipilih utk menghargai jasa ibu,namun lakukanlah penghargaan seperti ini setiap masa.InsyaAllah.Sesungguhnya, Syurga itu terletak di telapak kaki ibu.Keredhaan Allah SWT adalah dr keredhaan Ibu.Semoga,kite sentiasa di bawah keredhaan-NYA.

::My Beloved Parents::

:::::::::::::::::::::::::::::SELAMAT HARI IBU!!!!!::::::::::::::::::::::::

**************************************************************
Pada semua warga UTP, All the Best for the final exam.Semoga ape yg kita usahakan akan memberi hasil yg memuaskan.InsyaAllah,usaha dan Tawakkal kepada Allah akan memberi kejayaan kepada kita.Semoga kita diberi ketenangan,kesihatan yg baik dan minda yg cerdas semasa menjawab soklan peperiksaan.Amiiin.

Sehingga kini.

Wassalam (^_^)

Wednesday, May 6, 2009

:: Tagged ::

Salam.......
Minggu ni actually busy ngan study atau preparation for final exam,tapi xpe la.Nk kurgkan tekanan study punye pasal,aku jawab tag ni yg diberi oleh Amin Baek MU dan Nuar si perform sambil senyum2. Senyum kan salah satu motivasi diri.Jom,jawab tag.

1.Adakah anda terasa anda hot?
-->Ade la skit sebab tgh minum air kopi ginseng panas yg baru dibancuh.Ginseng memanaskan dalaman badan.Huh.

2. Upload gambar kegemaran anda

[Naruto]
3. Kenapa anda suka gambar ini?
-->Kerana aku folow komik citer dia ni. :P

4. Bila kali terakhir makan pizza?
-->Entah la.Mane nak ingat.Lama xmakan.Xselalu pun.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
-->Cinta by Nitrus (just try dgr dr pendrive Zakwan Sahak)

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
-->Try nk study Numet yg blum habis lagi nih.Byk lagi nih.Fokus2.

7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
-->Nashunter.sejak akhir2 ni,aku pun xtau la pasal pe ramai sgt panggil aku nashunter.username je utk gtalk.Tapi dah terlekat lak nama tu.adeyh.
Nash + Hunter = NasHunter

8. Tag lagi 6

1- Khairul Helmi
2- Saifullah @ Epoi
3- Hazwan @ Beliau
4- Azura
5- Irda
6- Khazaidi @ Eddy

9. Sapa No 1 pd anda?
-->Junior SERATAS @ Brother

10. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
-->errr....biarlah Beliau membuat kenyataan akhbar sendiri.Hehe

11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.
-->Seorg pelajar UTP yg periang,ceria dan happy2.Sama cam no 4 tapi bukan labgroupmate dan statemate (dia ni Terengganu).

12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?
--> Pelajar UTP gak.Coursemate,classmate,labgroupmate,Studygroupmate and Statemate (Perak) :P

13. Siapakah orang nombor 2?
--> Seorg sahabat yg plg lama bersahabat dgn aku.Kini,beliau di laluan Medic di Poland dan aku di laluan Engineering di UTP,Perak.

14. Bagi pesanan pada orang nombor 6?
--> Bro,jawab tag nih.Jgn lupo.Jaga diri bebaik.Happy selalu (^_^)

So,sampai sini je tag.
Sehingga kini.

Wassalam(^_^)

Saturday, May 2, 2009

>>Study Week for Final Exam<<

Salam..........
Post pertama utk bulan Mei 2009.So,start 1 mei ni,maka bermula lah study week bg dak2 undergraduate Universiti Teknologi Petronas (UTP).Tapi bg aku lak,blum start lagi study week.
Sebabnye,1 hingga 3 mei ni balik kampung.wahaha.So,permulaan study week ku adalah enjoy bersama family.Hehe..best2.............

Paper pertama aku akan bermula pada 11 Mei 2009.dan kertas terahir ku utk exam kali nih adalah 25 Mei 2009.Agak lama.Mungkin paling lama la setakat ni bg aku sepanjang aku belajar di UTP.Dengan jarak antara paper yg agak lama,harap2 sempat la study suma yg perlu.

Camne pun.jadual exam ni byk kali bg kontravesi.Ade ke patut ubah 2 paper pada satu hari.Dua2 tough subjek lak tu.Alhamdulillah.Nasib baek dah tukar balik ke hari asal.Terima kasih ACS UTP.

||CHEMICAL||STUDY||

So, ALL THE BEST utk suma warga utp utk study week ni.Wish utk final exam nanti la.Awal lagi.hehe.Gud Luck for study first.

Semoga kita dapat study dengan berkesan.Apepun,study week ni sekadar usaha kita utk hadapi final exam ni.Jgn lupe utk berdoa pada Allah SWT agar ape yg kite study,kita xlupa dan dapat jawab final exam ni dgn cemerlang.Amiin.......

Dikesempatan ni,aku nk mohon kemaafan kepada semua yg mengenali aku atas kesalahan dan kesilapanaku.Dan aku minta halalkan makan minum serta ilmu2 yg telah aku terima.Sekian.

||USAHA DAN TAWAKKAL,INSYAALLAH BERJAYA||

Sehingga kini.
Wassalam (^_^)

Saturday, April 25, 2009

>>Pilihan [Friendship Award]<<

Assalamualaikum...
Ni award yg aku ade janji nk bg kan...
ok....so,sape yg bg aku award ni,terima kasih sesgt.
Thankz very2 much.

So,mari kita lihat sape yg kena.................................


1- Amad Hasif --> Ni adik aku.adik angkat aku la.budak sekolah aku gak,SERATAS.skang form 5,nak SPM dah dia ni.Sekojap je rase.Suke bace blog dia sebab best,kreatif,kdg2 kelakar dan bersifat matang.Nice2.Anyway, All The Best ek Amad for SPM (^_^)

2- Saifullah --> Beliau ni lak rakan baik aku.berkawan sejak zaman sekolah rendah .Sama sekolah rendah dan sekolah menengah ngan aku.Rakan persaingan aku sejak sekolah rendah.Pas SPM,dia amik medic kat oversea,tapi aku amik engineering kat UTP je,usah kate luar negara,luar negeri aku (Perak)pun tidak.hehe.Tapi best ar UTP.Blog dia menarik sebab byk bnde yg bleh buat kita muhasabah balik diri ni.Thankz for being my best frenz.Hope,u will success there. (^_^)

3- Anis --> Rakan baik from The Titans (Group drama mase foundation di UTP).Best berkwan ngan dia ni.Aktif.Blog dia lak byk kisah2 menarik.seronok bace.Teruskan (^_^)

4- Amin Baek --> Rakan seChemi ngan aku kat UTP.Antara dak perform dlm kelas aku.hehe.Blog amin ni byk pasal isu semasa.So,kalo sape malaz bace berita,leh la dtg blog dia.Haha. (^_^)

5- Azura --> X-Labmate aku mase tahun lepas.Kawan yg baek.Sempoi.hehe.Blog dia aku jarang gak bace actually.Sowie ar Azura.yang pasti,menarik gak blog dia.Sebab macam berkias skit isi2 nya.So,kalo bace,kene paham betul2 pe berlaku.best ade kawan cam ko. (^_^)

6- Irda --> Rakan baik seChemi aku gak.Kenal sejak masuk UTP.Seorg yg periang.Happy go lucky la org kata.Hehe.Blog dia menarik dengan aktiviti2 serta sharing info dia terutama berkaitan hobi dia,memasak.Terima kasih jadi rakan baik aku. (^_^)

7- Kak Long --> This my Eldest Sister.Walaupun ni friendship award,nak kasi gak kat beliau.kakak ku yg sgt baek,prihatin,penyayang dan bertanggungjawab.Bertuah ade kakak cam beliau.Amat menyayangi keluarga.So,31 Mei ni,insyaAllah beliau akan di ijabkabulkan bersama pasangan beliau dr Kelantan.Ude (Hunter @ aku) doakan semoga ape yg dirancang berjalan ngan lancar.Amiiin (^_^)

8- Abir --> Ni lak aku kenal melalui syazwan.Rakan baik syazwan. Juga merupakan kawan baik aku sejak dia masuk UTP.Seorg yg slumber.Best ade kawan cam ko. Blog ko lak,byk bnde aku xpaham.tapi selalu je usha.haha.So,bila kita nk hangout lagi nih?? (^_^)

9- Syazwan --> SeChemian ngan aku.Kenal sejak foundation.Kawan baik aku juga.Player bola sepak yg hebat.Goreng giler2 ar. Kalo nk main futsal,ikut hati nk selalu geng ngan ko sebab best main ngan ko, ko leh bace pergerakan aku dan aku leh gak bace pergerakan ko.Hehe.Otai designer atau PnP.Bertuah ada kawan cam ko.Hope kite ade mase lagi nk jalan2 Ipoh ke,atau mane2 je la. Ko dah hafal blum jalan2 kat Ipoh ni??hehe :P (^_^)

10- Hazwan --> Ni lak bekas jiran aku mase duk V1C atau mase foundation dulu ar.Orang pantai timur. Jua merupakan rakan SeChemi ngan aku.Ish3,puji aku lebih2 lak dlm blog ko.Mane de hebat,biase2 je.Hehe. Jom maen futsal kat court V5. (^_^)

So,ini jela 10 org yg dapat award ni seperti yg telah ditetapkan dlm rules dia.Follow je la.Tapi ade sorg lagi aku nk bg award ni even beliau xde blog lagi. *lagi???*.hehe,beliau adalah.........................

**Safwan** --> Ni Special Friendship Award yg aku nk kasi.Merupakan sahabat baik aku jua merupakan Roommate aku. Orang Nogri Sembilan (sedikit sebyk dah pengaruh loghat percakapan aku :P).Very2 thankful to Allah SWt becoz dpt kenal beliau di UTP sejak MAS Jan07 lagi dan menjadi sahabat terbaik aku.Susah senang,beliau byk bersama.Sekelas ngan aku gak,Chemical Engineering. Thankz Safwan for being my bestfriend.
Don't walk in front of me,becoz i can't follow,don't walk behind me,becoz i can't lead,but walk beside me,becoz we can lead and follow each other. Ukhwah fillah, Abadan abadaa.InsyaAllah.

Ramai lagi rakan2 yg aku nk kasi award ni.tapi syarat dia 10 je,nk wat cam ne kan.Kalo nk taruk suma,penuh post aku kali nih.ramai malaz bace lak kan.hehe.So,thanks to all yg jadi kawan2 aku.

Sehingga kini,

Wassalam (^_^)

Sunday, April 19, 2009

>>Lately<<

Salam....

Lately,semalam,ade karnival sukan UTP.hari pun ade gak.minggu depan pun ade gak.Closingnye 29 April ni.

So,semalam aku mewakili Course Chemical Engineering Contigen dalam tournament hoki. Kire ok la dapat no.3.Itu pun ade la sebabnya yg amat2 mengecewakan.Kalo tak,insyaAllah bleh gi final kalo ade rezki.Xpe la,bnde dah lepas.Redha je la.Tahniah la pada Team Mechi sebagai johan ngan Team BIT sebagai Naib Johan.Kalo de rezki,kite jumpa lagi di tournament yg sama di tahun hadapan.

Lately,byk assignment,quiz dan juga test.Minggu ni,iaitu start hari selasa sampai la jumaat,ade test ngan quiz.So,semoga aku dan sahabat serta rakan2 aku dapat menjalani test dan quiz dgn baik dan mendapat keputusan yg cemerlang.

Lately,byk kali gak berlaku salah paham antara aku ngan dia.So,aku minta maaf sesgt diatas ape yg berlaku.Semoga selepas ini,kita akan lebih memahami anatara satu sama lain.Semoga persaudaraan yg telah lama terikat ni akan kekal sehingga akhir hayat malah sampai di akhirat kelak.Amiiin.Friendship Forever.

Lately,dibawah ni gmbr latest la.Ni adalah semasa KickStart Night utk Komiti Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009 Antara Universiti.

[Safwan dan Nash,posing bersama Acap yg telah ditransform menjadi Robot Alam Sekitar.Dapat naib johan utk mlm tu.Tahniah Acap (^_^)]

So,sehingga kini utk gebang2 kali ni.pas ni nk bg Friendship Award lak.Tunggu ek.Kite lihat siapa yg dapat..hehe

Wassalam(^_^)

Tuesday, April 14, 2009

>>3 in 1<<

Salam
3 in 1...ini tajuk post kali nih.
pe yg anda pikir bila bace 3 in 1...
byk bnde skang 3 in 1 kan...???
contoh,milo 3 in 1,coffee mix 3 in 1,buku nota 3 in 1(ade aku jumpa kat UTP nih,biase kan?),dan byk lagi la.kalo korg nk tmbah lagi,tulis dlm komen.nanti aku tambahkan,insyaAllah.hehe.

Saje mengarut skit dlm post kali nih.3 in 1 dlm tajuk post kali nih merujuk pada situasi aku skang.Saje nk state dlm blog aku.hehe.3 in 1 yg aku mksdkan ialah 3 perkara yg menjadi kerja berat atau tanggungjawab besar aku dlm satu masa ni.

2 minggu lagi,study week akan bermula.Maknenye,3 minggu lagi Final Exam utk semester ni akan berlangsung.Dan bermaksud juga,lebih kurg sebulan lagi dah nk habis semester Januari 2009 ni.Sekojap je raso.Ish3.

So,dlm mase sebulan nih,atau bulan April ni,ade 3 perkara besar yg aku kene settlekan.
1-Kerja2 Crew Developement (MEDTECH).
2-Kerja2 Logistic Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009.
3-Kerja2 Study seperti assignment,test,quiz,projek.


Ni antara yg berat2 la.Byk lagi tanggunjawab lain seperti tanggungjawab sebagai Muslim dan sebagai anak mahupun sebagai sahabat atau rakan.

[Somewhere in Seremban.Just a little sweet memory here...(^_^)]

P/s:
-->Selamat hari jadi princess Irda.Dah 20 dah.Hehe....semoga panjang umur,murah rezki,bahagia dunia dan akhirat.Amiin.


Sehingga kini.

Wassalam(^_^)

Thursday, April 9, 2009

>>Fikir2kan,dan Selamat Beramal<<

Salam.
Kat bawah ni,ade sedikit sedutan artikel yg aku bace dr blog rakan aku,Amin.
Menarik artikel ni,moga2 bermanfaat pada semua pembaca.

***************************************************************************************************************************
Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia ciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir.” Surah Ar-Ruum, ayat 21. Jadi kalau kita buat apa yang Nabi tak suruh, kita ikut sunnah siapa? Sedangkan perkahwinan itu adalah amalan Rasul-Rasul terdahulu. “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan......ilaa akhir ayat.” Surah Ar-Ra’ad, ayat 38.”

Panjang lebar penjelasannya. Aku seolah-olah disindir secara halus. Pedih untukku rasa. Pahit untukku telan. Tapi itulah kebenaran yang harus kuterima. “Kalau lelaki tu baik, pertama sekali, dia akan selamatkan kita dari maksiat. Selamatkan kita dari dosa. Dia takkan pegang-pegang kita sebab dia tahu tangan kita hanya untuk suami. Dia takkan ajak kita berjumpa berdua sebab dia tahu apa hukumnya. Kalau sebelum kahwin lagi dia tak boleh pimpin kita, bagaimana esok lusa? Boleh percaya ke mereka boleh bimbing kita?
Dan kalau wanita itu baik, dia akan pastikan lelaki pertama di Hatinya adalah suaminya. Lelaki pertama selain mahramnya yang menyentuhnya adalah suaminya. Bukan senang-senang je bagi kat lelaki yang entah apa-apa. Dan lelaki ni, walau sejahat mana pun apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia mesti nak juga memilih wanita yang baik.” Aku tunduk. Mukaku merah. Malu. Tapi pada siapa? Pada Kak Siti atau.....? Ada rasa bersalah. Ada rasa berdosa tapi pada siapa...? Air mataku cuba kutahan. Tak ingin kulepaskan di depan Kak Siti. Biar ia bertakung di tasik hatiku yang kering kontang dilanda kemarau lantaran dosa yang kulakukan. Masih adakah setitis embun yang sudi bertakung di dalamnya? Kupandang langit hatiku. Gelap. Suram. Tiada bercahaya. Masih adakah mentari yang sudi menyinari segenap ruang hatiku? “Jadi Kak, perempuan yang bercinta tu jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?” “Tentulah. Mana ada lelaki normal yang suka pada barangan ‘second hand’,sedangkan barang baru masih ada. “ Dadaku bergetar mendengar suaranya. Tegas tapi berhikmah.
****************************************************************************************************************************
*Aku dlm cerita ini adalah seorg wanita.

So,utk cerita yg lebih lanjut dan menarik,bleh la trus ke blog kawan aku ni.
Klik je kat sini.(http://aminbaek.blogspot.com/)

P/s:
-->Amin,pinjam artikel dr blog ko ek.Tq (^_^)

Sehingga kini,
Wassalam (^_^)