Wednesday, December 31, 2008

...::Aktiviti Minggu Ini::...

Assalamualaikum...
Untuk minggu terakhir aku percutianku di rumah sebelum pulang ke UTP bg meneruskan pelajaran semester yg baru,beberapa aktiviti telah dijalankan...

Hari sabtu,27 Disember 2008,aku ngan family aku gi melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak di Pasir Salak,Perak Darul Ridzuan.Suma ni terdetik setelah mengetahui bahawa nenek moyangku dulu turut terlibat sama dlm peristiwa bersejarah ketika zaman pemerintahan British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. So,dalam salah sebuah Rumah Kutai,iaitu rumah tradisional org perak,kitaorg ade la jumpa salasilah keturunan Dato' Sagor. Ade la nama Alang Ismail,namun tiada waris yg tercatat di bawah nama beliau. So,masih xdpt memastikan lagi kesahihan kajian yg sedang aku jalankan nih.Pastu,kitaorg trus balik ke kampung di Sg Manik, Teluk Intan.

Hari Ahad,ade majlis kenduri perkahwinan sepupu aku.Kenduri itu dilaksanakan secara bergotong royong. Dah lama xmerasai suasana sebegitu kerna ramai kini yg menggunakan Catering utk menlansungkan kenduri. Namun,insyaAllah amalan bergotong-royong tetap ade walaupun catering.

[ Tugu peringatan pahlawan mementang penjajah di Pasir Salak]

Hari Isnin,masih di kampung. Mengisi hari pertama Tahun Baru Hijrah 1430 H. Ptg tu dlm kul 5.30 ptg,baru la bertolak pulang ke rumah.

Selasa,tiade yg luar biase aku lakukan. Seperti biase,bgn pagi,kemas2 umah.
Ptg lak,maen bola sepak bersama rakan2 ku. Alhamdulillah,pasukan ku mng lagi.Walaupun pasukan ku terdiri drpd junior2 berbanding pasukan lawan,namun kehandalan serta semangat mereka membuktikan mereka mampu mng. ( semangat lebih plak...aiseh).

So,hari ni,Rabu,31 Disember 2008, insyaAllah aku akan pergi memancing lagi di paya seperti sebelum2 ini bersama rakan2 aku. Diharap tangkapan kali ini lebih lumayan dr yg sebelum ini. InsyaAllah.

Wassalam (^_^)

Monday, December 29, 2008

...::Salam Ma'al Hijrah::....

Assalamualaikum...
Salam Tahun Baru Hijrah diucapkan...
Semoga tahun baru ni memberi kita azam baru untuk menghijrahkan diri kite ke arah yg lebih baik dr tahun2 yg sebelumnya.InsyaAllah....

Semalam adalah Sejarah....
Hari ini adalah Kenyataan.....
Esok adalah Harapan.....


Wassalam (^_^)

Friday, December 26, 2008

....::Dato' Sagor::...

[ Dato' Sagor atau nama sebenarnya ialah Ngah Kamdin]

Salam.....
Aku ngah wat kajian tentang keturunan pahlawan Melayu ni,Dato' Sagor yg pernah berjuang menegakkan hak orang Melayu di Perak dimana beliau terlibat dgn pembunuhan JWW Birch,Residen pertama Perak. Akibatnya,beliau bersama 2 org lagi iaitu Dato' Maharaja Lela dan Pandak Endut telah dihukum hukuman gantung sampai mati.Begitu la nasib pejuang Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Utk maklumat lebih lanjut,sila klik link dibawah.

Info Berita Harian,Sejarah yg dilupakan

Info Laman Web Keturunan Dato' Sagor


Mengikut kajian aku,berkemungkinan aku adalah keturunan Dato' Sagor ni.tapi ni masih dlm kajian.Bila dah sah atau confirm nanti,aku akan post cam ne salasilah keturunan Dato' Sagor bersangkutan ngan aku.Ok.

Just mencari salasilah keturunan.

P/s:Nk gi memancing lagi pagi nanti.Baru pas beli pancing baru.semangat2.hehe (^_^)

Wassalam (^_^)

Wednesday, December 24, 2008

...::Pengisian Sisa2 Cuti Semester::...

Salam sejahtera.

2 minggu lagi aku akan pulang ke UTP.So,mcm2 gak dah aku wat dlm minggu nih.
Aku cube mengisi mase2 yg ade dirumah ni dgn aktiviti2 yg memberi makna dan faedah kepada aku serta org sekeliling aku.

Antare aktiviti itu ialah,yg pertama ialah memancing di kolam paya berdekatan perumahan di Venice Manjung pada hari Isnin yg lalu.Dekat jugak la ngan umah aku. Memancing ngan budak2 sekolah mngh dr taman perumahan aku.Ni la kirenye kawan2 aku.Mereka adalah Ajis F4,Adiib F3 dan Aidil F2.

[ Ni antara hasil pancingan aku,ni contoh yg kecik.Ade je yg besau dr ni.yg best nye bila joran kite mengena dan ikan tu ditarik ke atas darat.(^_^)]

Tempat tu agak menarik. Berbekalkan tiga btg pancing,byk gak ikan yg kitaorg lemaskan di udara.Dr kul 8 pagi sampai la 12 tgh hari kot berjemur di bawah sinaran mentari.ade dua jenis je pun,talapia ngan ikan duri. Tapi majoriti ikan talapia ar.Best2.siyes best.Kejap je dah dpt.Baling je...umpan kene.Layan.(^_^)

Rabu,iaitu hari ni.Aku bawak lak diorg tgk wayang kat Sitiawan. Budak2 ni jarang atau xpenah gi wayang.Kire aku dah rosakkkan diorg ar ni.Haih.Jahat tul aku.Tambahan plak,aku bawak 2 org adik aku sekali.Huh. Citer yg kitaorg tgk ialah Ip Man ( bace Yip Man dgn longhat Cina).Citer kungfu yg berunsur sejarah semasa perang dunia kedua. Menceritakan kisah hidup seorg Sifu kungfu yg amat handal ketika itu.Byk cabaran yg dilalui beliau dlm menempuh zaman itu. Beliau juga merupakan Sifu kepada Bruce Lee.Ikutilah kisah hidup tu dgn menonton citer tu.Serius best! (^_^)

[ Ip Man atau Yip Man,Master kungfu yg berdedikasi dan hebat--> Klik utk trailer]

Selain tu,aku juga sedang mengupdate diri berkaitan UTP dan juga mengupgrade komputer aku.Alhamdulillah.RAM komputer aku dah besar la dari yg sebelumnya.Genuine2 utk OS (Operating System) pun dah dapat disingkirkan.Harap2 xde masalah la pasni.

So,takat ni je la.
Sehingga diupdate lagi.

Wassalam(^_^)

Tuesday, December 23, 2008

...:Tagged lagi:::...

Aku ditagged lagi.aih.....
kali ni oleh Fastrack.terima kasih la ye... (^_^)

1.What is the relationship of you and him/her?
-He is my junior at my school,Seratas
. Can be my bro,can be my fren or both.

2. Your impressions towards him/her.
-Xtau nak kate cam ne.Ok je.Junior yg baek bg aku.


3. The most memorable things he/she had done for you.
-pe dia buat utk aku ek??Disebabkan dia junior aku,so dia jadi mangsa buli aku la kot.hehe


*Soklan no 4 aku xtau la mane pi.next je la -->

5. If he/she become your lover, you will..
-Minta clash trus.xmo2.minta jauh la...


6. If he/she become your enemy, you will...
-Aku tembak ngan M16 kalo bleh.haha.xmo ar enemy2. kalo nk jadi gak,jadila.Janji jgn kaco idup aku.:P


*Mane pi lak soklan no7 ngan no8??haih..next2!!-->

9. The most desirable thing to do on him/her is..
-Lepak2 sambil gebang diwaktu malam bersama amad di dorm A1-1.Really miss that time (^_^)


10. The overall impression of him/her is...
-Unsangkarable...Faris,ko penah dgr istilah ni?


11. How do you think the people around you will feel about you?
- Don't know.Just be myself. ape korg rase ek tentang aku??

12. The character of you for yourself is?
-Friendly.Saya suka berkawan.budak2 pun layan je.budak2 ar best.haha (^_^)

[ Ni la sebahagian kawan2 aku mase cuti nih.Budak2 ni ngah siap2 nk memancing ikan kat paya belakang tu. Byk gak dapat.Layan (^_^)]

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
-Saya pemalaz (*_*)


14. The most ideal person that you wanna be is?
-Be myself. Just perbaiki diri dari yg buruk kepada yg baik.


15. For the people who likes you, say something to them.
-Ade ke org suke aku?? Trimas!!

16. 8 people to tag:
1. Amad Hasif
2. Safwan
3. Azlan
4. Faizura
5. Azura
6. Faris si pengetag.haha (Aku kejam)
7. Anis
8. Syazwan


17. who is no. 2 having a relationship with?
-entah.biarlah rahsia.

18. Is no. 3 a male or a female?
-Male = Lelaki


19. If no. 7 and no. 8 were together, would it be a good thing?
-huh.Cam menarik je.hehe

20. How about no. 5 and 6?
-Diorg xde kaitan pape.Just sedare seIslam.

21. What is no. 1 studying about?
-Amik aliran sains tulen kat SERATAS tanpa amik subjek EST.

22.Is no. 4 single?
-No more i think.kan2??

23. Say something about no. 2.
-He is my BEST FRIENDS (^_^)

So,takat ni je la tagged yg aku nak jawab.
Malaz tul la.Nasib baek pendek je.
Kepada yg kene tagged,ikutla nk jawab ke tak.Aku berbesar hati kalo korg jawab dan terima kasih diucapkan.

P/s: No more tagged pas ni.Pliz!!malaz nk jawab lar....

Wassalam(^_^)

Monday, December 22, 2008

...::Aku,Midvalley dan Sahabatku::....

Assalamualaikum...
saje mau isi entry mengenai tajuk post ni...

Pada 17 Disember 2008,aku telah ke Midvalley Megamall buat pertama kalinya dgn menaiki komuter dr UKM. Akhirnya,tiba jua aku ke tempat yg besar cam tu. Namun aku tidak keseorangan kerana aku bertemankan sahabat aku yg juga roomate aku kat UTP,Safwan.

Kitaorg dah plan lama dah nk gi Midvalley.Dia saje nk bawak aku jejalan sana. Almaklumla,aku xpernah jejak tempat tu. So,terlaksana juga plan time tuh.Aku tiba kat midvalley kul 10.30 pagi. Dia lak sampai kul 12.30 tgh hari direct dr Seremban.

[ Midvalley Megamall...gmbr diambil dr jejambat nk ke pintu masuk]

Aku diarah tunggu di foodcourt sebab dekat je ngan pintu masuk ke stesen komuter.So senang nk jumpa. Memang besar tempat tu. Aku juga dinasihat supaya jgn merayau2 lagi sebab dikhuatiri sesat.haha.kelakar skit kat sini.

So pas kitaorg jumpa,tempat pertama di explore ialah Pet World. Tempat tu memang besar dan ade macam2 jenis pet. Sahabat aku ni rindukan hamster beliau yg telah mati. Saje la nk usha hamster2 yg ade kat situ. Tapi xbeli pun sebab xtau nk bawak balik cam ne.Jauh kan.

Then,kitaorg truskan perjalanan dgn membeli barang2 beliau iaitu beg utk ke kelas dan jua tali pinggang kat kedai Tropicana. Smart gak ar dia beli. Aku xmampu nk beli barang cam tu.So,usha je la.hehe

Pas settele bayar suma,kitaorg cari makan lak. Kali ni aku memang dah janji nk belanja dia.So dia pilih la kedai yg dia nak. Sekali dia pilih Kenny Roagers Roaster. Pergh,tempat yg xpernah aku masuk. Maklum la dgn harga dan makanannya yg ala barat atau dikenali sebagai Western Food.
[ Ni dia menu yg kiatorg makan,bleh tahan ar sedap dan tahap kepuasannya..try2 ]


Kat situ,macam2 dia ajar aku cam ne nk tempah dan cam ne nk makan.Haha.agak kelakar sebab memang aku xtau cam ne nk makan menu cam tu. Tapi aku layan je. janji sedap kan.
So,that's the first time aku makan kat tempat yg agak high class cam tu sebab harga dia memang mantap ar.hoho.

Pas solat zohor,akua ajak dia gi tgk wayang kat Golden Scene. Disebabkan kesuntukan mase,kitaorg terpaksa amik citer Cicak Man 2-Planet Hitam.Entah la.Bagi aku xbrape best ar citer tu. Terlalu tumpukan pada graphics tapi jalan citer agak xmenarik.Bg aku la.So,aku hanye layan sebab sound system dan skrinnya yg sgt mantap ar.Serius aku layan audio dia..memang sedap didgr.

[ Menunggu di ruang menunggu sebelum masuk ke pawagam. Byk giler screen,xsalah aku ade 18 kot.]

So,pas habis citer tu dalam kul 6,kiatorg trus ke stesen komuter. Safwan dikehendaki pulang sebelum malam.So,kitaorg trus la balik. komuter time tu amat2 la penuh. Berhimpit la kitaorg dalam tu. Huh,bleh dikatakan darurat gak ar sebab terpaksa berhimpit laki pompuan sekali.Aiseh,tergugat gak iman ni sebab byk plak ah moi time tu. Xpe2,ujian.

So,akhirnya aku sampai ke UKM dan turun di stesen tu sedangkan sahabat aku tu meneruskan perjalanan ke Seremban. Akhirnya,pas maghrib kitaorg masing2 tiba ke destinasi masing2.Alhamdulillah.

Best gak time tuh. Aku terase seperti budak kecil yg di bawak oleh seorg abg berjalan2 di sebuah pusat beli belah yg amat besar. Siap ade 5 Court. Centre Court,North,South,West dan juga East Court.memang besar. Kire perak ar skit sampai sana.haha.
Papepun,terima kasih pada sahabat aku tu,Safwan yg sudi bawak aku round2 Midvalley Megamall. Lain kali gi tempat lain lak,Times Square ke..hehe

[ Aku dan Safwan dalam perjalanan pulang...really miss this time..bila la leh jalan2 cam ni lagi ek.... (^_^)]

Sehingga kini. Wassalam(^_^)

...::Eksiden::...

Dalam tempoh perjalanan Journey to The South,3 eksiden berlaku dihadapan mata aku.
Ish3......berikut adalah kes2 yg terlibat:

Kes 1: Kerete dan Kereta

--> Bertempat di pasar malam Bangi pada hari Selasa bersamaan 16 Disember 2008.sebuah kereta Proton Persona kelabu telah melanggar pintu sebuah kereta Proton Iswara Silver tyg dibuka secare tiba2. Laluan tu memang la sempit.Muat2 utk satu kete je.Yg Iswara tu parking then trus buka pintu. Prakk!!sesedap bunyi keropok ikan yg dikunyah. Bengkok ke depan trus pintu kete tu. Nasib la.alhamdulillah,tiada kemalangan jiwa.
--> Moral>> Nak buka pintu kereta,usha dulu depan ngan belakang kot2 ade kenderaan mahupun manusia xlupe juga haiwan2 yg nk lalu. Kalo xpintu kete yg rosak,yg lalu tu pun bleh cedera.

Kes 2: Kereta dan Motosikal

--> Ni plak kat Batu Pahat, Johor pada 20 Disember 2008. Berdekatan laluan masuk ke rumah kenduri sepupu aku tu. Laluan besar,nak masuk ke simpang taman perumahan. Satu kerete mercedes lama berwarna perang telah memperlahankan kelajuannya utk memasuki simpang taman,namun pemandu wanita itu tidak memberi lampu isyarat utk membelok. Lalu,sebuah motosikal yg dipandu anak muda dlm linkungan umur 16-18 tahun telah melanggar belakang kereta dgn niat utk memotong kereta Mercedes yg sedang memperlahankan kenderaannya.Krapp!!Satu lagi bunyi plastik pecah atau bunyi rangup kedengaran. Mase tu aku duk lepak tepi jalan tu je menunggu rombongan pengantin.
--> Lampu belakang kereta pecah. Sayap kiri moto pecah. Keadaan moto xdpt dikenalpasti.Yg pasti cam xleh nk start je. Alhamdulillah,penunggang motosikal tu xcedera parah. Dia just terlompat jatuh dr moto ke atas jalan raya. Topi keledar yg diikat kemas pada kepalanya menyelamatkan nya.
--> Moral>> Pakai topi keledar dan ikat dgn kemas.InsyaAllah kecederaan dpt dikurangkan kalo berlaku eksiden. Kedua,dah kete tu direka mempunyai lampu signal,guna la. Nak wat pe simpan.Harap je kete lawa.tapi xtau gune.Padan muka dah pecah lampu tu.huhu.

[ Kes 3: Mangsa kemalangan yg telah meninggal dunia]

Kes 3: Motosikal dan misteri

--> Ni berlaku kat lebuh raya. Tapi kes ni au xtgk sewaktu berlaku la. tapi selepas kejadian. Yg aku nmpak,just motosikal lagenda hijau dan mayat berdarah yg ditutupi plastik hitam atas jalan. Darah dia agak byk membasahi jalan. Xtau la cam ne berlaku.Tapi keadaan tu cam menununjukkan kemalangan berlaku dlm kelajuan yg tinggi. papepun,semoga roh simati dicucuri rahmat.
--> Moral>> Hati2 di lebuh raya yg kenderaannya laju2 belaka.

Demikian lah 3 kes kemalangan yg berlaku baru2 ni di depan mata aku. Kes 3 la paling ngeri.Tapi aku xnampak la sewaktu kejadian. Kes 1 dan Kes 2 memang btul2 depan mata aku berlaku.

Apepun,kite minta perlindungan dari Allah SWT agar dijauhkan dr sebarang kecelakaan mahupun kemalangan yg memang xde bau ni.

Wassalam (^_^)