Minggu nih,2 kali gi ipoh....
First gi Lost World Tambun bersama rakan2 sekolah lamaku,SERATAS.
Dr Manjung,aku ngan Hafiz Mat Salam je,yg lain dr Ipoh dan Parit Buntar.Suma ade la dlm 10 org.
Janjinye kul 10 kumpul kat Jaya Jusco (JJ),tp last2 kul 12.30 baru kumpul.
Agak panaz ngan situasi tu pasal dah sampai kul 10 pg kat sana,2 jam setgh menunggu,baru dak2 ni sampai.Padahal dak2 ni suma kat Ipoh dah mase tu.Haih..sabar je la.
Aktiviti ni agak kurg menyenangkan aku kerana ade beberapa maksiat yg dilakukan oleh rakan ku sendiri.Betapa lemah diri ini bilamana aku masih blum mampu nk menasihati diorg. Antare maksiat tu ialah membuka Aurat dan bergaul bebas lelaki dan perempuan. Ade la sepasang couple dr kalangan rakanku.Kelakuan yg agak menyakitkan mata,tp sekadar nasihat je la yg mampu diberi.Utk menghalangnye dgn tgn ku ini,xmampu. Astaghfirullahal 'Azim.
Rasulullah SAW pernah bersabda yg bermaksud:
“Pandangan lelaki terhadap wanita (terutama yang cantik) adalah panah daripada aneka macam panah iblis yang beracun. Maka barang siapa yang menghindar daripada panah itu, maka Allah akan menggantikannya dengan ibadah yang membuatnya rasa selesa.”
~Riwayat Ahmad (Ibnu al Qayyim, Raudhatul Muhibbin 80)
Masuk kul 1,kuar kul 4 ptg tu gak.Puas gak maen,sampai pening2 kepala gak ar.Pas tu,kitaorg gi makan kat JJ.Then,masing2 menghala ke destinasi masing2.Aku ke rumah aku la.....
[ Kalo tinggi kurg 90 cm,masuk free.Aku test ar.Duduk pun aku still kene bayar harga dewasa,hehe :) ]
Second,semlm aku gi sekali lagi ke Ipoh.Tapi ke Sg.Siput bersama parents dan 2 adik lelaki aku. Dgn 2 tujuan,pertama nk gi daftar adik aku yg pas UPSR kat Sekolah Agama Seri Al-Ummah,Chemor.Kedua,nk gi AGROFIEST peringkat negri Perak kt Sg. Siput.
Agrofiest ni ialah cam hari peladang peringkat negri Perak. So,kat sini dpt la usha pameran2 dan jualan2 yg berkaitan pertanian. Disini dpt la usha betapa kayanye hasil bumi ni. Setiap ciptaan Allah swt,ade kebaikannye xkurang jua ade kekurangan.
Banyak ayat dalam Al-Quran yang menyentuh atau berkaitan dengan pertanian dan tanaman makanan. Antaranya, firman Allah yang bermaksud:
"Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun itu (pelbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak dan dari kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu."
(Surah al-Mukminun, ayat 19)
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Agrofiest ni diadakan sehingga hari Ahad ni.So,sesiape yg ade keinginan nak gi,bleh la. Semalam, aku dpt la jumpa beberapa kenalan,termasuk la my brother,Hasif and his family. Sempat juga aku test Paintball 10 das.Ok la gak,3 tepat ke sasaran.First time try. :P
Dalam kul 4 pm,kitaorg pun balik umah.
Sampai sini saje,sehingga berupdate lagi.
Wassalam(^_^)
No comments:
Post a Comment