Monday, June 8, 2009

:: Journey to The Kelantan ::

Salam sejahtera dan salam percutian.

Hari ni hari yg indah.cuaca yg baik. Alhamdulillah.
So,sini ade skit citer mengenai rombongan kerabat keluargaku ke Kelantan utk majlis persandingan Kak Long dan Abg Mi di rumah Abg Mi plak di Kelantan. Atau rombongan ini juga boleh dikenali sebagai rombongan percutian Cuti2 Kelantan.

Dengan menaiki sebuah bas yg disewa khas yg dinamakan Arwana,AGH 2629,kitaorg seramai 43 org termasuk pemandu bas bertolak dr depan rumah aku, No. 72,Fasa 2H pada pukul 8.30 pagi,5 Jun 2009 hari Jumaat.

|| Port aku dalam bas. Duk belakang sekali kat ujung,tempat pintu kecemasan.Pening gak duk sini sebab plg byk goyang2 serta bunyi enjin bas yg menarik,ditambah pulak merupakan tempat paling riuh :P ||

So,perjalanan yg agak lama ni mmg mencabar sebabnya mengambil masa yg lama utk sampai ditambah plak laluan nya yg berbukit bukau dan selekoh sana sini.Mmg pening kepala.

Untuk perjalanan menuju ke Kelantan, bas telah berhenti seketika sebyk 4 kali sebelum sampai ke tempat penginapan kitaorg di Tok Wan Hostel (homestay).Hentian yg ke 4 adalah yg plg menarik sebab tempat itu adalah Rantau Panjang dimana kami semua berpeluang membeli dan blah kat situ. Mmg best ar shoping kat sana.Be4 ni aku dgr2 je org ckp best. Bila dah pegi sendiri,mmg betul2 rase best.Byk gak aku shopping kat sana. Rasenye kali tu rekod terbyk kot aku membeli blah.Huhu. Nilai dirahsiakan. :P

|| Subhanallah. Jalan berbukit bukau. Berhenti rehat kejap dan amik gmbr nih.Menarik gak.Berjaya snap serangga tu terbang kat depan bunga ||

So,dlm kul 8 malam kitaorg tibe ke destinasi iaitu di Tok Wan Hostel. Ade 6 bilik hostel tu.Kire layan la sebab ade kemudahan macam kat rumah kita. So,pas solat dan mandi,dlm kul 10 mlm,kitaorg decide nk kuar lagi.Nk shopping2 gak.Kali ni kat Pasar Borong Wakaf Che Yeh.Kire kalo kat perak standard dia cam Gerbang Malam kat Ipoh dan kalo kat KL,macam Petaling Street xsalah. Dalam kul 12 malam,kitaorg balik dan trus melelapkan mata yg dah xtahan nk dilelapkan.

Esoknya bgn,pas solat dan siap2 mandi suma,kitaorg gi Shoping lagi.Mmg giler shoping gak la rombongan kali ni. Kali ni plak gi Pasar Besar Siti Khadijah. Best sebab dpt tgk sendiri rupe pasar tu yg duk selalu kuar TV. So,shoping kali ni plak utk beli makanan2.

Pas puas jalan2 kat ctu,kitaorg pun pulang ke hostel utk kemas2 dan check out sebelum ke rumah pengantin lelaki di Bachok.Lebih kurg kul 12.30 tgh hari,kitaorg check out dr hostel tu. Terima kasih ek Tok Wan sebab sediakan penginapan yg kami bayar ni. :P

|| Antara pemandangan menarik keika merentasi Banjaran Titiwangsa utk ke Pantai Timur ||

Pukul 1 tgh hari,kami selamat sampai di rumah pengantin lelaki. Setibanya kitaorg kat rumah tu,kami disambut ngan baik sekali dan dijamu makanan2 yg kebanyakannya masakan Kelantan.Antara yg lawaknya,diorg hidang Labu manis bersama nasi dan lauk2.So,biasenya kat Perak ni kitaorg makan labu ngan nasi dlm bntuk gulai la.So,kitaorg tanpa bertanya,makan la labu manis tu ngan nasi.Last2,rupenye labu tu utk pencuci mulut.kelakar gak ar bila kitaorg tau mase on the nak balik dah. :P

|| Misi menghantar pengantin ke rumah pengantin lelaki berjaya.Mission accomplished :) ||

Lepas habis majlis,kitaorg pun bertolak balik dr Kelantan ke Perak. Perasaan agak sedih bila bersalam salaman ngan Kak long yg ditinggalkan di rumah kuarga lelaki,Abg Mi. Tapi kejap je tu.Saje je nk sedih2 skit.Jauh la katakan.hehe

Pas solat,kitaorg pun bergerak pulang.Dalam perjalanan pulang,sempat lagi berhenti shopping kat satu lagi tempat yg bernama Bukit Bunga.Kat sini ade jual buah2, pepatung bear ngan baju2 skit. Kire kat sini shopping buah2 je la.

So,pas tu kitaorg truskan perjalanan pulang dan berhenti kjap utk solat di RnR Timur Barat,Grik.Then,trus balik umah. Alhamdulillah,selamat tiba ke destinasi 72 Fasa 2H pukul 2 pagi.Then,pas kemas2 dan masing2 balik ke destinasi masing2,aku pun tido (kul 4 baru tido :P ).

Huh...tu je la sedikit cerita perjalanan aku dan keluargaku serta kerabat2 ku ke Kelantan.
Kesimpulannya,perjalanan kali ni mmg best. Kalo de peluang,nk pi lagi,insyaAllah.

|| Selamat Pengantin Baru kami ucapkan kepada Kak Long dan Abg Mi. Semoga berbahagia didunia sehingga ke akhirat.Amiin. Kelantan Best!! ||


Sehingga kini.

Wassalam (^_^)

3 comments:

nifi a.k.a beliamuda said...

hehe.. makan labu manis dengan nasi.. x de masalah pun kan.. sedap pe..

~~bachok tu kat area mana?

FaReAsT AL-MuHAnDIsU said...

pasar wakaf che yeh tu x sampai 5 minit dari umah aku... hahaha

irda zahari said...

rantau panjang tu kampung aku nas. umah atok ak tepi jalan jer. 1km je pun dr bandar tu. kalau aku ada kt kg leh gk ajk korang singgah minum. hehe~