Monday, June 1, 2009

:: Majlis Perkahwinan Kakak ku::

Salam sejahtera semua.
Selamat bercuti bg semua yg sedang bercuti.enjoy your holidays.

Semalam,tanggal 31 mei 2009,selesai sudah satu misi aku utk cuti ni iaitu majlis persandingan Kakak ku yg dinikahkan pada mlm 30 Mei 2009 dgn pasangannya dr Kelantan.

|| Ayah ku sedang melafazkan akad nikah kepada abg iparku,Abg Shahimi ||

|| Abg Shahimi sedang melafazkan Taklik kepada Kak Long sebaik sahaja mereka dinikahkan ||

Pada mlm 30 mei tu,seramai 4 pasangan selamat dinikahkan di Masjid Dato' Kamaruddin oleh Imam Pak Ya.Kalo ikut mlm tu,imam tu buat 3 sesi sebelum selesai semua acara.Pertama,Khutbah kepada pengantin selama 45 minit,diikuti Akad Nikah dan diakhiri dgn lafaz taklik oleh pengantin lelaki.Bermula pukul 10 malam dah berakhir pada 12 malam.lama gak tu.huhu.namun,alhamdulillah,selesai gak majlis akad nikah tu ngan selamat.

|| Pasangan pengantin dihari persandingan,padan tul depe ||

Esoknye plak majlis persandingan kedua-dua mempelai di rumah ku.Sebaik sahaja selesai solat subuh,trus jalankan tugas.Huh!!siyes sibuk giler.adeyh.....mandi pun lmbt,sarapan pun tah kemana.huhu.Aku ditugaskan secara rasmi utk menjaga sistem audio dan DJ nya adalah bapa sedare aku sendiri yg di import dr Langkap,Perak.So,pepagi tu dah sibuk pasang2 suma alat2 yg diperlukan termasuk komputer aku nih.huhu.Selesai suma kerja persiapan,bermulalah waktu utk menyambut tetamu2 yg hadir yg mula mengisi ruang khemah kul 12 pm.
|| Makan Rasmi Pengantin.Sedap tul hidangan2 tu.Tapi xdapat merase sebab duk jaga amplifier. rugi2.Kelapa muda tu plg xtahan :P ||

Alhamdulillah.Ramai tetamu hadir pada hari ni.Memang agak lewat juga tetamu mula hadir sebab selalunye kul 11 pagi patutnya dah mula ramai. Kali nih kul 12 baru diorg start dtg.Tapi,x henti2 lak dtgnya.Xmenang tgn la menyambutnya.

Ape yg best utk majlis2 cam ni adalah aku dpt jumpa balik kawan2 lama,kenalan2 lama dan juga rakan2 yg jauh yg jarang aku dpt jumpa termasuk la rakan2 sperjuangan aku dr UTP. Rindu kat diorg n nk tau sgt khabar diorg cam ne.Alhamdulillah dpt jugak jumpa diorg walau sekejap.

|| Warga UTP yg hadir.Bergambar depan rumah aku.Tq korg sebab hadir :D ||

So,mlm td majlis buka hadiah oleh pasangan pengantin.Byk gak hadiah diorg dpt.kire ok la jumlah tu.penuh gak bilik pengantin ngan hadiah je.Mula2 tabur gula2 pada tetamu yg hadir iaitu sedare mare la.pastu buka hadiah sambil bace ucapan2 pemberi hadiah kepada pengantin.

Habis je buka2 hadiah.TUP!!!!aku xdpt tahan dah.Trus tertido.pergh.seperti yg kusangka,mmg letih giler ar.selesai je mlm tu,trus tertido sampai la ke pagi nih.Apepun,aku bersyukur sebab majlis tu berlangsung ngan lancar.Alhamdulillah.terima kasih pada semua yg telibat dlm menjayakan majlis bersejarah ni termauk juga tetamu2 yg hadir.

|| Malam lepas majlis persandingan.Dgr ucapan2 dr ketua2 keluarga (2 kuarga mlm tu) setelah selesai majlis yg berjalan ngan lancar.Alhamdulillah ||

Sampai sini saje celoteh aku kali ni.Pada kakak ku,Kak Long dan pasangangnya Abg Shahimi,tahniah kerana sudah menjadi pasangan suami isteri yg sah.Semoga hubungan itu berpanjangan bahagianya sehingga akhir hayat malah didunia dan akhirat.Amiiin.

Pada dak2 UTP yg hadir,terima kasih.Dah tau umah aku kan,so lain kali dtg ar lagi.Raya2 :P

P/s: 2 dah selesai.ade lagi 6.aku ke 4.so,bila?? (sape tau maksud aku ni,sonyap2 je la ek :P)


Sehingga kini,
Wassalam (^_^)

5 comments:

Hazwan Arif said...

"2 dah selesai.ade lagi 6.aku ke 4.so,bila??"

BAITUL MUSLIM kan ade~~

penaberkala said...

aih nash,xsabor dh ke?hak3
relax2..lambt lg turn ko tuh
ke-4.haha

Abir Abhar said...

oooo...
x ajak!
haha..
kau nye turn next year ar

beliamuda said...

kecek klate lalu...

~izzati amri~ said...

semoga sentiasa diberkati hendak-Nya..insyaAllah :P