Tuesday, January 31, 2012

|| #KakiPhoto Penang ||

Salam.
2 bulan lalu, iaitu tahun lepas, aq bace satu email. Email tu berkaitan jemputan utk join photo outing under MEDTECH. Email tu bukan la pelik utk masuk dlm inbox aku,cumanya ade something yg menarik utk photo outing kali ni. Lokasi photo outing kali ni adalah di Penang selama 2 hari satu malam! Biasenya photo outing pergi tempat2 sekitar UTP dan ambil mase separuh hari atau kurang dr itu.  So, disebabkan kali ni lain dr yg lain, aku decide utk join setelah berapa lama xjoin sejak balik internship. Tgk plak tarikh, mmg time aku dah grad!So, mmg best ni utk vacation selepas grad. Hehe.

Maka, bertarikh 28 Januari 2012, seramai 25 org ahli #KakiPhotoPenang telah bergerak menuju Penang dgn menaiki 5 buah kereta. Bertolak dlm pukul 8pagi selepas bfast, kitaorg terus menuju ke destinasi pertama iaitu, Bukit Bendera. Dalam kul 11 pagi, skuad #KakiPhotoPenang tiba kat sana. Tiket train utk naik turun Bukit Bendera adalah RM8 utk dewasa dan RM4 utk pelajar/kanak2. So, sebagai bekas pelajar UTP yg dah xde kad pelajar, maka aq dgn akurnya membeli tiket dgn harga RM8 tanpa sebarang protes. Tren baru ni besar dan laju. Ade aircond lagi. Sekejap je dah sampai atas. Best kat atas tu, byk posing je. Suka sgt udara kat atas. Nyaman.









Pas jejalan kat Bukit Bendera, kitaorg gi check in hotel kat Georgetown. Nama hotel tu adalah An-Nur AnCasa Express. Amik 3 apartment utk 25 org. 2 laki2, satu perempuan. Ok la..selesa la jugak. Harga pun berpatutan. Tempat strategik. Pas rehat seketika, kitaorg gi lunch kat Restoren Kapitan. Makan nasi briyani. Alhamdulillah. Sedap. pastu, terus gi wat aktiviti street photo di sekitar Komtar dan Prangin Mall. Task kali ni adalah utk mengambil gambar subjek dlm list yg diberi dgn kreativiti masing2. Menarik.



Malam plak, kitaorg lepak kat Queensbay Mall. Aktiviti mlm ni bertemakan bebas. So,disebabkan ade perlawanan bola sepak antara Man U and Liverpool, kitaorg cari port yg best utk tgk bola. Mula2 gi Restoren Kapitan (cawangan), tp mamak tu ckp xde siaran bola. So, aku call member Penang aku uk tunjuk mane tmpt best. Akhirnya kitaorg jumpa tmpt best. Dinner tepi laut dgn berlatarkan Jambatan Pulang Pinang. Sungguh nyaman dan menyegarkan. Cumanya, tmpt tu mmg ade tunjuk bola tapi antara Kedah vs Johor FC. Kedah menang 3-1. Jadilah. Janji bola sepak.



Hari Ahad, hari kedua program #KakiPhotoPenang ni. Pagi2 bfast roti canai yg dibeli oleh komiti program. Pas siap2 suma, kitaorg pun checkout dr hotel tu. Pas settle suma, terus gerak ke Botanical Garden/Waterfall. Kat sini, kitaorg men cam treasure hunt skit. Cari2 org n settlekan task yg diberi. Team aku dpt #2. Yeay!





Pas penat berlari sana-sini,kami ke Komtar sekejap utk jejalan. Pastu ke Padang Kota. Hidup udara tepi laut kejap. Cuaca xbrape nk mengizinkan. Hujan rintik2. Singgah kejap tempat makan kat situ utk beli pasembuq ngan laksa penang. Pas beli, terus gerak sama2 ke jeti utk pulang ke seberang. Misi terakhir kami adalah ke rumah salah sorg ahli #KakiPhotoPenang, Salwa utk memenuhi jemputan tuan rumah. Maka, kami dihidangkan lunch yg sgt sedap. Masakan org Penang. Setelah amik2 gmbr skit, maka kami pun berangkat pulang ke UTP. Kali ni xkonvoi. Masing2 ngan kereta masing2. Kereta aku sampai UTP dlm kul 10 malam. Terus gi Al-Bayan (mapley) utk lepak2 sambil tgk AJL. Tahniah Hafiz atas kejayaan menjuarai AJL kali ni.




Kat UTP, aku lepak bilik junior. Kat V2. Bila lepak situ, terimbau kembali di saat2 ketika aku masih lg foundation. Suasana disana lebih kurg je. Tapi bnde tu just tinggal kenangan yg membuat aku tersenyum bila mengimbau balik kisah2 lama.

Pagi esoknya balik rumah. Sempat bfast di RTM sorg2. Solo Ranger. Aku bukan lg pelajar UTP. Aku..ex-student UTP. (^_^)

Wassalam
(^_^)

Thursday, January 26, 2012

|| Thankz CBK ||

Salam.
Alhamdulillah. Selamat sampai ke Manjung. Another travel, firstly before CNY, and secondly after CNY. This time, sent CBK for real. Before CNY, first objective is to send the car. Tapi tiket nk balik Perak lak habis, so balik semula ke Perak ngan CBK. Never mind. Ade hikmah. Then, after CNY, mmg antar terus. For real.

Pagi selasa tu, iaitu hari kedua CNY, gerak ngan adik aku dlm kul 10.30pagi. Alhamdulillah, traffic pada hari tu sgt lancar. Pukul 2 ptg dah sampai umah Kak Long. So, just take 3 and half hours for that journey. Ptg tu, lepak Putrajaya kejap ngan geng2 yg ade kat sana. Sempat lepak Masjid Besi n took some pictures with CBK,before officially give it to my sister. Malam tu train kejap adik aku bawak kete...to build her confidence.


Esoknya, pas officially bg CBK kat adik aku, aku pun gerak balik ke Perak. Naek ETS. Gamble je gi KL Sentral. Alhamdulillah, dpt tiket. System dorg down. Sian. Tiket pun tulis tgn je. Layan sajo. 12 pm, gerak dr KL Sentral. Smpai Bt Gajah dlm kul 2.20pm. Sami n Zaki pickup me there. Hari tu adalah bday Zaki. So, wat surprise skit kat dia. Plus, adik dia, Sami akan bertolak ke Kuantan, Pahang esok. Leave for good.


To Zaki, Happy Birthday Bro! Wish u all the best in ur life (^_^)
To Sami, Happy Working! Wish u Best of Luck! (^_^)


Balik ke Manjung dgn scooter. Merempit pulang ke Manjung. The last time I did that was 4 years ago. Before I drove CBK to UTP. Very nostalgic. Alhamdulillah, selamat sampai. 80km/h for 1 hour. Oh, for sure jarak rumah aku ngan UTP bukan 80km. (^_^)

Wassalam
(^_^)

Tuesday, January 24, 2012

|| CNY 2012 : Tahun Naga ||

Salam.
Selamat Tahun Baru Cina kepada warga Tiong Hua.
Tahun baru kali ni menarik sebab jatuh pada hari Isnin. So, cuti menjadi lebih lama bermula dari hari Jumaat sehinggalah Selasa. Lebih menarik, kebykan sekolah bercuti sehingga hari Ahad depan.

So, utk cuti kali ni, family aku berkumpul di Teratak Aisyah. Ade 4 keluarga yg join. Malam tahun baru cina tu, kitaorg BBQ di depan rumah. Esoknya plak, sarapan ramai2 dlm rumah. Tgh hari tu, anak2 muda gi mandi-manda di Kuala Woh. Sampai pening kepala aku. Haha. So, aku xmau tulis pnjg post kali ni.

Esok gi Bangi, antar CBK. Adik aku nk pakai. Maybe sampai sini saje khidmat beliau pada aku. Semoga khidmat beliau pada keluarga aku berterusan dgn baek. Ok. Tido. (^_^)



Wassalam
(^_^)

Sunday, January 22, 2012

|| 1st Travel Of The New Book ||

Salam.
1st Travel of the New Book.
Dari Manjung ke UTP.
Dari UTP ke Bangi.
Dari Bangi ke Seremban.
Pulang semula ke Manjung.

1st travel ni berobjektifkan utk membawa pulang adik aku bercuti raya Cina.
So,jumpa la anak buah tersayang, Syafiqah.
Budak comel yg sudah pandai berkata2 dan menyanyi!
Jerit sana sini. Lompat sana sini.



Sempat jumpa member2 kat Seremban.
Lepak kat Ijan's burger.
Pastu si Pojie ajak karok.
Atas persetujuan suara majoriti, layan sajo.
Jerit habis malam tu sampai ade yg bertukar suara pas habis karok.
Layan.
Enjoy this life of the New Book
(^_^)



I'm waiting for wearing this. Bila la nk dapat surat panggilan? (^_^)

Wassalam
(^_^)

Saturday, January 21, 2012

|| SayGoodBye #4 : Syaz, Faiz, Pojie, Capiq, Azizi ||

Salam
Ini post #SayGoodBye terakhir aku.
#SayGoodBye #4


Kali ni,aku meninggalkan kawan2 di UTP.
The last stand Men.
Setelah hampir suma meninggalkan UTP,kami masih kesana kemari di sana.
17 Januari 2012, Selasa.
Pelbagai urusan diselesaikan pada masa2 terakhir di UTP.
Antaranya Clearance dan juga submit Hardbound Report utk FYP.
Sempat bergambar kat Chancellor Complex tgh hari tu.
So, sampai mase aku plak tinggalkan dorg.
Selesai solat asar, maka aku pun berangkat pulang.
(^_^,)

Apetah dorg wat. Aku pun xpaham.

Ni Syafiq Hassan. Aku panggil Capix. Geng renang, kuar makan.

Ni azizi. Geng aku jugak Join makan.

Ni Faiz Fudzaili. Hosmet aku. Ni geng photography aku. Otai ni.

Ni lak Pojie. Geng maen badminton, bfast RTM. Org johor. Best lepak ngan beliau.



#SayGoodBye #4
 Ini Syazwan. Bestfren aku yg sorg lagi. BBF jugak la. Soulmate.
Beliau ni org Perak. Sama macam aku.
Beliau amik Chemical Engineering. Sama jugak macam aku.
Aku kenal dia sejak masuk UTP la kan. Tapi lmbt skit kot. Pas dah start kelas mase foundation dulu, baru kenal dia. Tapi yg aku ingat, pas kenal dia je terus jd geng ar. Kitaorg byk berkongsi minat yg sama. Futsal,bola,teknologi2,media dan mcm2 lg la.
So,bg aku bnde tu yg menyebabkan kitaorg rapat as sahabat.
Syazwan ni orgnye pendiam. Bersuara bila perlu je. 
Sekali dia ckp, mcm kuar emas. Impaknya dahsyat.hehe (^_^)

Papepun, pada Syazwan, selama kita kenal,
aku nk minta ampun maaf atas segala kesilapan aku samada sedar atau xsedar.
Mohon halal makan minum.
Dan plg pntg, terima kasih utk segalanya.
Pasni, keep in contact. Jom jejalan lagi.
All The Best for your life Bro!
(^_^)

 #Untungla sape dpt bilik ni.
Kitaorg dah kosong dan kemas bilik ni before back for good from UTP.
The place that we will not fill it again. Good Bye.
(^_^)

Wassalam
(^_^) 

|| SayGoodBye #2 #3 : Dr Lukman, Abg Khaibad ||

Salam.
Alhamdulillah.
Malam sebelum aku balik rumah (16 januari 2011)  ade 2 #SayGoodBye.
Btw, Happy Birthday to Abg Khaibad =)

#SayGoodBye #2
Ini Dr. Lukman.
Pensyarah UTP, Chemical Engineering.
First dia mengajar aku adalah subjek Thermodynamics. Utk Final sem aku di UTP, beliau menjadi Coordinator FYP2.
To be honest, aku suka belajar ngan dia. He is a fatherly type of lecturer.
Good to know and close with him.

To Dr Lukman, thankz for everything.
Mohon ampun maaf dan halalkan segala ilmu serta makan minum.
Doakan kejayaan saya didunia dan akhirat.
Until We Meet Again
(^_^)

#SayGoodBye #3
Beliau aku kenali sebagai Abg Khaibad.
Aku kenal beliau sejak awal permulaan aku join kelab di UTP, MEDTECH.
Pastu ade la join event2 kelab yg memerlukan aku berurusan dgn beliau sebagai Advisor kelab.
Aku mula rapat dgn beliau sejak aku menjadi PM program Media Junior 2009, iaitu event yg sgt byk memberi aku pengalaman pahit dan manis. Pastu, dilantik plak jadi Presiden Kelab, lagi2 la kene byk deal ngan beliau.
Namun, bg aku, dia yg aku kenal adalah more than Advisor kelab. He is my brother, advisor, supporter.
Thankz for eveything.
We will keep in touch. InsyaAllah.
(^_^)

Wassalam
(^_^)

Monday, January 16, 2012

|| SayGoodBye #1 : My Bestie, Safwan ||

Salam.
Semalam, 15 Januari 2012, my bestie dan family beliau dtg menziarahi family ku di Manjung. Kunjungan itu bersempena tamatnya pembelajaran kami di UTP disamping sebagai tanda perpisahan kami setelah 5 tahun bersama di UTP. So, sempena itu,aku nk tatapkan sedikit mengenai persahabatan kami dlm blog Hunter. Sekurang2nya ade kenangan yg dpt ditatap semula di masa depan, InsyaAllah.


Pada 13 Januari 2007, aku telah selamat mendaftarkan diri sebagai pelajar Chemical Engineering di UTP. Pada waktu tu, semangat baru berkobar2. Semangat tempat baru, dunia baru dan kawan2 baru. So, perjalanan di UTP bermula dgn MAS, iaitu minggu orientasi bagi warga baru UTP. Disinilah aku kenal sahabat aku ni, Safwan. Kalo xsilap, aku kenal dia pada hari kedua MAS, maknenye 14 Januari 2007 la kan. Aku pun xtahu nape, first2 je aku kenal dia terus aku set nk kawan bek ngan dia. Something that cannot be explain by words.

Alhamdulillah, mase MAS tu mmg dah mula rapat la. Lepak sekali je terutamanya mase program la. Luar program tak sgt sebab kitaorg stay lain2 village. Dia V6 sedangkan aku V1. Mase tu aku xtau pun dia sama course ngan aku. Bila tau sama, aq bersyukur sgt2 sebab dpt teruskan geng tu sepanjang kelas. Tambah2 lak tau result dia gempak, mmg best ar kan. Hehe. Kawan ngan org gempak, baru leh jadi gempak gak.So, dr situ la bermula persahabatan kitaorg. Develope dr semasa ke semasa.

Safwan kuasa 3. Tiga2 ni kawan aku bernama Safwan. Ang-Wan-Sap

So, itulah sedikit ringkasan perkenalan kitaorg. Kitaorg mula jadi rumate pada July 2008, iaitu pada semester  ke-4 di UTP. Sepanjang 5 tahun kitaorg kenal, mcm2 berlaku. Mcm2 kenangan manis dah pahit dilalui sama2. Sgt byk kenangan manis ngan beliau. Dan tipu la kalo ckp xpenah gaduh atau ada masalah kan. Tapi bg aku semua yg berlaku ade hikmahnya. Segala yg berlaku itulah yg mewarnai persahabatan kitaorg dgn begitu menarik sekali. Segala yg berlaku membuatkan aku sgt menghargai beliau sebagai sahabat aku. Biarlah segala kenangan manis dan pahit tu tersemat rapi dlm hati sanubari aku ni. Xperlu nk citer suma kan. Kalo nk citer pun, sgt la panjang utk dirungkaikan.


Cuma yg bleh aku bg tau pada semua termasukla dia sendiri, aku sgt sayang beliau sebagai sahabat aku. Semalam 15 Januari 2012, genaplah 5 tahun persahabatan kita. Dan pada hari itu jua kita berpisah meninggalkan UTP, membawa diri masing2 utk stage hidup yg seterusnya. Aku sgt2 berharap dan berdoa agar persahabatan kita xstop kat sini je. Malah berterusan hingga akhir hayat dan seterusnya di Syurga kelak. InsyaAllah. Keep in touch Bro!

Ukhwah fillah abadan abadaa (^_^)


The persons that stand behind us for whatever happen. We love you Mak and Ummi <3 (^_^)

 Haa...ni aku ngan 2 org kawan baek aku. Sorg lagi tu sape?nantikan next post..insyaAllah (^_^)

Wassalam
(^_^)


Friday, January 13, 2012

|| #CJ7FareWell ||

Salam
#CJ7FareWell Photo Shooting

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia



















Wassalam
(^_^)