Monday, January 16, 2012

|| SayGoodBye #1 : My Bestie, Safwan ||

Salam.
Semalam, 15 Januari 2012, my bestie dan family beliau dtg menziarahi family ku di Manjung. Kunjungan itu bersempena tamatnya pembelajaran kami di UTP disamping sebagai tanda perpisahan kami setelah 5 tahun bersama di UTP. So, sempena itu,aku nk tatapkan sedikit mengenai persahabatan kami dlm blog Hunter. Sekurang2nya ade kenangan yg dpt ditatap semula di masa depan, InsyaAllah.


Pada 13 Januari 2007, aku telah selamat mendaftarkan diri sebagai pelajar Chemical Engineering di UTP. Pada waktu tu, semangat baru berkobar2. Semangat tempat baru, dunia baru dan kawan2 baru. So, perjalanan di UTP bermula dgn MAS, iaitu minggu orientasi bagi warga baru UTP. Disinilah aku kenal sahabat aku ni, Safwan. Kalo xsilap, aku kenal dia pada hari kedua MAS, maknenye 14 Januari 2007 la kan. Aku pun xtahu nape, first2 je aku kenal dia terus aku set nk kawan bek ngan dia. Something that cannot be explain by words.

Alhamdulillah, mase MAS tu mmg dah mula rapat la. Lepak sekali je terutamanya mase program la. Luar program tak sgt sebab kitaorg stay lain2 village. Dia V6 sedangkan aku V1. Mase tu aku xtau pun dia sama course ngan aku. Bila tau sama, aq bersyukur sgt2 sebab dpt teruskan geng tu sepanjang kelas. Tambah2 lak tau result dia gempak, mmg best ar kan. Hehe. Kawan ngan org gempak, baru leh jadi gempak gak.So, dr situ la bermula persahabatan kitaorg. Develope dr semasa ke semasa.

Safwan kuasa 3. Tiga2 ni kawan aku bernama Safwan. Ang-Wan-Sap

So, itulah sedikit ringkasan perkenalan kitaorg. Kitaorg mula jadi rumate pada July 2008, iaitu pada semester  ke-4 di UTP. Sepanjang 5 tahun kitaorg kenal, mcm2 berlaku. Mcm2 kenangan manis dah pahit dilalui sama2. Sgt byk kenangan manis ngan beliau. Dan tipu la kalo ckp xpenah gaduh atau ada masalah kan. Tapi bg aku semua yg berlaku ade hikmahnya. Segala yg berlaku itulah yg mewarnai persahabatan kitaorg dgn begitu menarik sekali. Segala yg berlaku membuatkan aku sgt menghargai beliau sebagai sahabat aku. Biarlah segala kenangan manis dan pahit tu tersemat rapi dlm hati sanubari aku ni. Xperlu nk citer suma kan. Kalo nk citer pun, sgt la panjang utk dirungkaikan.


Cuma yg bleh aku bg tau pada semua termasukla dia sendiri, aku sgt sayang beliau sebagai sahabat aku. Semalam 15 Januari 2012, genaplah 5 tahun persahabatan kita. Dan pada hari itu jua kita berpisah meninggalkan UTP, membawa diri masing2 utk stage hidup yg seterusnya. Aku sgt2 berharap dan berdoa agar persahabatan kita xstop kat sini je. Malah berterusan hingga akhir hayat dan seterusnya di Syurga kelak. InsyaAllah. Keep in touch Bro!

Ukhwah fillah abadan abadaa (^_^)


The persons that stand behind us for whatever happen. We love you Mak and Ummi <3 (^_^)

 Haa...ni aku ngan 2 org kawan baek aku. Sorg lagi tu sape?nantikan next post..insyaAllah (^_^)

Wassalam
(^_^)


1 comment:

Unknown said...

a happy friendship is something I would be jealous with...I failed many times myself.

But you got it bro.
Appreciate and cherish it even distance bring you guys apart. may would be longing such happiness.

but Allah give it to you.
Be grateful as we are imperfect.

:)