Salam.
2 bulan lalu, iaitu tahun lepas, aq bace satu email. Email tu berkaitan jemputan utk join photo outing under MEDTECH. Email tu bukan la pelik utk masuk dlm inbox aku,cumanya ade something yg menarik utk photo outing kali ni. Lokasi photo outing kali ni adalah di Penang selama 2 hari satu malam! Biasenya photo outing pergi tempat2 sekitar UTP dan ambil mase separuh hari atau kurang dr itu. So, disebabkan kali ni lain dr yg lain, aku decide utk join setelah berapa lama xjoin sejak balik internship. Tgk plak tarikh, mmg time aku dah grad!So, mmg best ni utk vacation selepas grad. Hehe.
Maka, bertarikh 28 Januari 2012, seramai 25 org ahli #KakiPhotoPenang telah bergerak menuju Penang dgn menaiki 5 buah kereta. Bertolak dlm pukul 8pagi selepas bfast, kitaorg terus menuju ke destinasi pertama iaitu, Bukit Bendera. Dalam kul 11 pagi, skuad #KakiPhotoPenang tiba kat sana. Tiket train utk naik turun Bukit Bendera adalah RM8 utk dewasa dan RM4 utk pelajar/kanak2. So, sebagai bekas pelajar UTP yg dah xde kad pelajar, maka aq dgn akurnya membeli tiket dgn harga RM8 tanpa sebarang protes. Tren baru ni besar dan laju. Ade aircond lagi. Sekejap je dah sampai atas. Best kat atas tu, byk posing je. Suka sgt udara kat atas. Nyaman.
Pas jejalan kat Bukit Bendera, kitaorg gi check in hotel kat Georgetown. Nama hotel tu adalah An-Nur AnCasa Express. Amik 3 apartment utk 25 org. 2 laki2, satu perempuan. Ok la..selesa la jugak. Harga pun berpatutan. Tempat strategik. Pas rehat seketika, kitaorg gi lunch kat Restoren Kapitan. Makan nasi briyani. Alhamdulillah. Sedap. pastu, terus gi wat aktiviti street photo di sekitar Komtar dan Prangin Mall. Task kali ni adalah utk mengambil gambar subjek dlm list yg diberi dgn kreativiti masing2. Menarik.
Malam plak, kitaorg lepak kat Queensbay Mall. Aktiviti mlm ni bertemakan bebas. So,disebabkan ade perlawanan bola sepak antara Man U and Liverpool, kitaorg cari port yg best utk tgk bola. Mula2 gi Restoren Kapitan (cawangan), tp mamak tu ckp xde siaran bola. So, aku call member Penang aku uk tunjuk mane tmpt best. Akhirnya kitaorg jumpa tmpt best. Dinner tepi laut dgn berlatarkan Jambatan Pulang Pinang. Sungguh nyaman dan menyegarkan. Cumanya, tmpt tu mmg ade tunjuk bola tapi antara Kedah vs Johor FC. Kedah menang 3-1. Jadilah. Janji bola sepak.
Hari Ahad, hari kedua program #KakiPhotoPenang ni. Pagi2 bfast roti canai yg dibeli oleh komiti program. Pas siap2 suma, kitaorg pun checkout dr hotel tu. Pas settle suma, terus gerak ke Botanical Garden/Waterfall. Kat sini, kitaorg men cam treasure hunt skit. Cari2 org n settlekan task yg diberi. Team aku dpt #2. Yeay!
Pas penat berlari sana-sini,kami ke Komtar sekejap utk jejalan. Pastu ke Padang Kota. Hidup udara tepi laut kejap. Cuaca xbrape nk mengizinkan. Hujan rintik2. Singgah kejap tempat makan kat situ utk beli pasembuq ngan laksa penang. Pas beli, terus gerak sama2 ke jeti utk pulang ke seberang. Misi terakhir kami adalah ke rumah salah sorg ahli #KakiPhotoPenang, Salwa utk memenuhi jemputan tuan rumah. Maka, kami dihidangkan lunch yg sgt sedap. Masakan org Penang. Setelah amik2 gmbr skit, maka kami pun berangkat pulang ke UTP. Kali ni xkonvoi. Masing2 ngan kereta masing2. Kereta aku sampai UTP dlm kul 10 malam. Terus gi Al-Bayan (mapley) utk lepak2 sambil tgk AJL. Tahniah Hafiz atas kejayaan menjuarai AJL kali ni.
Kat UTP, aku lepak bilik junior. Kat V2. Bila lepak situ, terimbau kembali di saat2 ketika aku masih lg foundation. Suasana disana lebih kurg je. Tapi bnde tu just tinggal kenangan yg membuat aku tersenyum bila mengimbau balik kisah2 lama.
Pagi esoknya balik rumah. Sempat bfast di RTM sorg2. Solo Ranger. Aku bukan lg pelajar UTP. Aku..ex-student UTP. (^_^)
Wassalam
(^_^)
2 comments:
oh kapitan~
Kapitan sajo (^_^)
Post a Comment